Euforia Bola 2026
Rakyat

Alert! Penutupan Jalan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Di Putrajaya, Ini Laluan Yang Terjejas

jalan di putrajaya

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya, beberapa jalan di Putrajaya akan ditutup secara berperingkat bagi melancarkan perjalanan raptai dan acara kemuncak.

Menurut perkongsian Perbadanan Putrajaya, kawalan lalu lintas serta penutupan jalan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perbadanan Putrajaya mengikut jadual yang ditetapkan.

Baca juga: “Dulu Selalu Skip, Sekarang Tak Pernah Miss”– Wanita Kongsi Rutin Sarapan Baharu, Telur Jadi Menu Wajib

JALAN DI PUTRAJAYA TUTUP SEMPENA SAMBUTAN MERDEKA

JALAN DI PUTRAJAYA

Jadual penutupan jalan di Putrajaya 1.

1. Raptai Skeleton: 26 hingga 28 Ogos 2026

Penutupan penuh akan dilaksanakan di Persiaran Perdana, bermula dari Jalan Kemerdekaan hingga Lebuh Bestari.

2. Sesi raptai: 28 dan 29 Ogos 2026

Penutupan jalan bagi sesi raptai akan berlangsung dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sebanyak lapan laluan terlibat, iaitu:

  • Dataran Putra
  • Persiaran Perdana
  • Laman Perdana
  • Jalan P2a
  • Jalan P2t
  • Jalan P2s
  • Jalan P2w
  • Jalan P2y

Orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar laluan berkenaan dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

3. Acara kemuncak: 30 hingga 31 Ogos 2026

Penutupan penuh Core Island akan dilaksanakan bermula jam 5.00 pagi pada 30 Ogos sehingga jam 6.00 petang pada 31 Ogos 2026.

Antara jambatan yang akan ditutup ialah:

  • Jambatan Seri Wawasan
  • Jambatan Seri Saujana
  • Jambatan Seri Gemilang
  • Jambatan Putra
  • Jambatan Seri Ehsan

Beberapa jalan turut terjejas sepanjang tempoh penutupan, antaranya:

  • Lebuh Bestari
  • Lebuh Setia
  • Lebuh Saujana
  • Lebuh Gemilang
  • Lebuh Wawasan
  • Lebuh Sentosa
  • Jalan Tun Hussein
  • Persiaran Barat
  • Persiaran PSSAAS

Bagi penduduk di Core Island dan Presint 18, akses keluar dan masuk hanya dibuka melalui Jambatan Seri Bestari dan Jambatan Seri Setia.

Dinasihatkan rancang perjalanan

JALAN DI PUTRAJAYA

Orang ramai dinasihatkan rancang perjalanan dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh sambutan.

Orang ramai juga digalakkan menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma yang disediakan serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesesakan.

Selain itu, orang ramai diminta tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan atau di lokasi yang dilarang bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan semua pihak.

Penggunaan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa turut dilarang kerana Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan kawasan larangan penerbangan dron tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Justeru, warga Putrajaya dan orang ramai yang ingin berkunjung ke kawasan sekitar Dataran Putrajaya sepanjang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 dinasihatkan mengambil maklum jadual penutupan jalan dan merancang perjalanan lebih awal.

Baca juga: Gara-Gara Jawab ‘Ponteng Kot’, Pelajar 15 Tahun Dipukul Rakan Perempuan Hingga Patah Hidung!

Sumber: Perbadanan Putrajaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×