Euforia Bola 2026
Didik

Gara-Gara Jawab ‘Ponteng Kot’, Pelajar 15 Tahun Dipukul Rakan Perempuan Hingga Patah Hidung!

PATAH HIDUNG

Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun mengalami kecederaan seperti  patah hidung dan retak bahu kanan selepas didakwa dipukul pelajar perempuan sebaya di sebuah sekolah pada 30 April lalu.

Akibat kejadian itu, mangsa turut mengalami kecederaan pada mulut yang memerlukan lima jahitan serta saraf lengan terkepit dan berkemungkinan perlu menjalani pembedahan.

Baca juga: Dulu Menari ‘Baby Shark’, Kini Jadi Penyanyi K-Pop! Transformasi Bintang Cilik Baby Shark Boy Buat Ramai Cair

PATAH HIDUNG AKIBAT DIPUKUL RAKAN PEREMPUAN SEBAYA DI SEKOLAH

PATAH HIDUNG

Kredit: Harian Metro

Ibunya, wanita berusia 45 tahun, berkata kejadian dipercayai tercetus selepas anaknya memberikan jawapan spontan ketika seorang guru bertanyakan mengenai ketidakhadiran beberapa pelajar dalam satu aktiviti kokurikulum.

Menurutnya, anaknya menjawab ‘tak tahu, ponteng kot’ dan tidak berniat untuk memberitahu atau mengadu mengenai mana-mana pelajar.

“Namun esoknya, berlaku pertengkaran sebelum anak saya ditarik dan kepalanya dihentakkan ke papan putih,” dakwa ibu mangsa.

Ibu mangsa berkata, dia dimaklumkan oleh guru disiplin mengenai kejadian tersebut sebelum mendapati anaknya mengalami pendarahan pada hidung dan mulut serta mata yang bengkak.

“Melihat keadaan anak ketika itu, saya memapah dia turun dari tingkat satu sebelum membawanya ke Hospital Tanah Merah. Pemeriksaan di hospital mendapati tulang hidung anak saya patah dan cedera pada mulut yang memerlukan lima jahitan,” katanya.

Selepas membuat laporan polis pada hari sama, keadaan mangsa dikatakan semakin membimbangkan apabila dia mengalami sakit kepala, muntah dan kesukaran berjalan sehingga terpaksa berpaut pada dinding serta dipapah selepas pulang ke rumah di Jeli.

“Anak masih cuti sakit sehingga September ini, namun saya lebih bimbang keadaan emosinya kerana masih kerap meracau dan menggigil,” jelasnya.

Anak pindah sekolah baharu

PATAH HIDUNG

Kredit: Harian Metro

Menurut wanita itu, anaknya kemudian berpindah ke sekolah baharu pada 16 Ogos lalu atas nasihat doktor supaya tidak terus berada dalam persekitaran yang boleh mengingatkannya kepada kejadian tersebut.

“Trauma yang dialami anak menyebabkan saya perlu menghantarnya hingga ke kelas walaupun sudah berpindah ke sekolah baharu.

“Saya mahu anak kembali menjalani kehidupan seperti biasa tanpa terus dihantui ketakutan. Kini saya dalam proses ambil tindakan undang-undang dan saman berhubung kejadian itu, selain mengekalkan laporan polis yang dibuat selepas kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Kelantan, Siti Norina Muhamad, memberi jaminan siasatan telus dan terperinci akan dijalankan berhubung kejadian berkenaan.

Difahamkan, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman selain bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kes sudah jadi kes polis dan siasatan lanjut mengenainya diserahkan kepada pihak berkuasa berkenaan. Jabatan Pendidikan Kelantan menyediakan bantuan bimbingan psikososial kepada pihak yang terbabit.

Baca juga: Mulakan Hari Dengan Solat Subuh, Cara Guru Ini Pupuk Kesedaran Murid Sebelum Ke Sekolah Dapat Pujian ‘Terbaik’

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×