Euforia Bola 2026
Famili

Bukan Tolong, Tapi Sama-Sama Buat. 5 Tugasan Rumah Yang Ayah Boleh ‘Take Over’ Tanpa Perlu Disuruh

tugasan rumah suami isteri

Pernah tak ibu-ibu rasa bila balik saja dari pejabat atau selepas seharian menguruskan rumah, fikiran tu masih ‘berjalan’ laju? Kain baju dalam bakul belum berlipat, barang dapur makin menipis dan anak pula mula merengek nak mandi.

Kadang-kadang, apa yang buat seorang ibu atau isteri penat bukan semata-mata tenaga fizikal tapi mental load iaitu beban memikirkan dan merancang segala benda dalam rumah tangga.

Di sinilah pentingnya peranan si suami. Bukan lagi konsep menolong isteri tapi sama-sama menguruskan. Bila tanggungjawab dilakukan bersama, persekitaran rumah jadi lebih tenang dan hubungan suami isteri pun makin mesra!

Buat para suami di luar sana, ini 5 tugasan rumah yang anda boleh ambil alih secara proaktif tanpa perlu tunggu arahan.

Baca juga: 5 Gajet Parenting Viral Untuk Mudahkan Urusan Ibu Bapa Moden

1. Rutin Sebelum Tidur Anak

rutin membaca buku bersama anak sebelum tidur

Ayah mengendalikan rutin malam anak memberi masa rehat berharga untuk ibu.

Menguruskan anak-anak sebelum waktu tidur boleh jadi satu proses yang agak mencabar. Daripada memandikan anak, memotong kuku sehinggalah membacakan buku cerita, tugasan ini memerlukan kesabaran yang tinggi.

Bila ayah ambil alih rutin ini, ibu dapat sekurang-kurangnya 30 hingga 45 minit masa rehat (me-time) untuk bernafas atau menyelesaikan urusan peribadi.

Supaya waktu tidur anak lebih selesa dan ceria, ayah boleh siapkan baju tidur yang lembut dan selesa. Ibu dan ayah boleh tengok pelbagai koleksi baju tidur budak untuk kegunaan harian anak-anak.

Tips: Ayah boleh bina rutin seperti “Cerita Sebelum Tidur Bersama Ayah”. Anak-anak pasti teruja dan rapat dengan ayah, ibu pun dapat rehat!

2. Pengurusan Kain Baju & Pakaian Harian

kemas rumah bersama

Tindakan kecil seperti melipat pakaian mengurangkan beban mental di rumah.

Ramai ingat basuh baju satu tugasan mudah sebab ada mesin basuh. Tapi hakikatnya, proses mengasingkan pakaian, menjemur, melipat dan menyusun semula ke dalam almari memakan masa dan tenaga.

Ayah tak perlu tunggu kain menimbun. Buka langkah dengan mengumpul baju kotor, lipat pakaian yang dah kering atau bantu susun baju harian anak-anak.

Untuk pakaian harian anak yang mudah digayakan dan tahan lasak bagi aktiviti di rumah, ayah boleh cuci mata dengan pilihan baju budak yang praktikal atau pelbagai koleksi pakaian kasual.

3. Slot ‘Master Chef’ Hujung Minggu & Sarapan Pagi

sediakan sarapan ringkas hujung minggu

Menyiapkan sarapan ringkas hujung minggu menceriakan suasana pagi keluarga.

Ibu-ibu selalu fikir, “Hari ni nak masak apa ya?” seawal celik mata. Beban memikirkan menu harian ini sebenarnya agak melelahkan.

Apa kata hujung minggu ini, ayah ambil alih tugas di dapur? Tak perlu masak menu yang rumit atau sukar. Cukup sekadar menyiapkan sarapan ringkas seperti roti telur, kuey teow goreng atau lempeng pisang untuk keluarga.

Bila ayah ambil tugas masak di hujung minggu, ibu boleh bangun tidur dengan senyuman tanpa perlu pening memikirkan menu pagi.

4. Semak Checklist Barang Dapur & Restock

Biasanya, ibu yang akan perasan bila sabun pencuci pinggan dah nak habis, lampin  anak tinggal dua keping atau susu kotak dah licin.

Ayah boleh ambil inisiatif dengan kerap menyemak stor atau ruang dapur. Buat senarai barang yang hampir habis dan terus beli sewaktu pulang dari pejabat.

Tindakan kecil ini nampak mudah,tapi impaknya sangat besar dalam mengurangkan mental load seorang ibu!

5. Rancang ‘Staycation’ Singkat

staycation keluarga Malaysia

Staycation hujung minggu membantu seluruh keluarga ‘refresh’ semula tenaga.

Tugasan rumah tangga dan kerja harian yang tak pernah selesai boleh buat sesiapa sahaja rasa burnout. Kadangkala, cara terbaik untuk ‘refresh‘ tenaga keluarga adalah dengan keluar sebentar dari rutin harian.

Ayah boleh jadi ‘hero’ dengan merancang unplanned trip atau staycation singkat pada hujung minggu. Tak perlu pergi jauh, cukuplah tempah hotel mesra keluarga yang ada kolam renang untuk anak-anak mandi-manda.

Ayah boleh buat tempahan hotel bajet hingga resort menarik dengan pantas menerusi Agoda atau semak pelbagai tawaran tiket tarikan taman tema dan aktiviti santai keluarga di Traveloka. Bila semua perancangan dibuat ayah, ibu cuma perlu kemas beg dan nikmati masa rehat!

Tips “diplomatik” buat ibu:

  • Beri kepercayaan: Bila ayah cuba buat tugasan rumah, biarkan mereka buat dengan cara mereka. Jangan terlalu cepat menegur jika lipatan baju tak sekemas yang biasa kita buat.

  • Ucap terima kasih: Puji usaha suami. Penghargaan kecil akan membuatkan suami rasa dihargai dan makin bersemangat untuk membantu lagi selepas ini.

Rumah tangga yang bahagia dibina atas kerjasama yang erat. Bila suami dan isteri saling melengkapi, suasana rumah pasti lebih harmoni dan penuh keberkatan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×