Euforia Bola 2026
Teknologi

“Tak Berkedip Tengok Langit” – 10 Foto Menakjubkan Gerhana Matahari Penuh, Sepanyol & Portugal Jadi Tumpuan Dunia

gerhana matahari

Fenomena gerhana matahari penuh pada Rabu baru-baru ini, telah mencuri perhatian orang ramai di Sepanyol dan Portugal apabila penduduk tempatan, pelancong serta peminat astronomi berkumpul untuk menyaksikan detik yang jarang berlaku itu pada Rabu.

Baca juga: Dewa Murka, Ditelan Naga: Ini 4 Mitos Mistik Gerhana Matahari & Fakta Sains Untuk Terangkan Pada Anak!

ORANG RAMAI BERHIMPUN SAKSIKAN GERHANA MATAHARI PENUH DI SEPANYOL & PORTUGAL

gerhana matahari 2026

Gambar: Bernat Armangue – The Associated Press

Menurut laporan Xinhua, laluan lokasi gerhana penuh atau totality merentasi bahagian utara Sepanyol serta kawasan kecil di timur laut Portugal berhampiran sempadan kedua-dua negara.

Acara menyaksikan fenomena astronomi itu turut diadakan di beberapa lokasi, dengan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri keadaan langit ketika bulan menutupi matahari.

gerhana matahari

Gambar: Bernat Armangue – The Associated Press

Lebih seabad menanti fenomena ini

gerhana matahari

Gambar: Bernat Armangue – The Associated Press (atas & bawah).

Menurut National Geographic Institute (IGN) Sepanyol, gerhana matahari penuh tersebut merupakan yang pertama dapat dilihat dari Semenanjung Iberia dalam tempoh lebih satu abad.

Laluan totality merentasi Sepanyol dari arah barat ke timur, melalui beberapa bandar termasuk A Coruna, Oviedo, Leon, Bilbao, Zaragoza dan Valencia.

Laluan gerhana itu kemudiannya sampai ke Kepulauan Balearic, menjadikan beberapa kawasan di negara berkenaan lokasi tumpuan untuk peminat astronomi dan orang ramai yang mahu menyaksikan fenomena tersebut.

Baca juga: Macam Filem Fiksyen! Angkasawan Kongsi Foto Memukau Kilauan Aurora Selatan Dari Angkasa, Ramai Tergamam!

Orang ramai keluar menyaksikan gerhana

Fenomena yang jarang berlaku itu menyaksikan pelbagai lokasi dipenuhi orang ramai yang mahu merakam detik apabila bulan berada di antara bumi dan matahari sehingga menyebabkan cahaya matahari terlindung sepenuhnya untuk tempoh tertentu.

Pemandangan langit yang berubah ketika berlakunya totality turut menjadi tarikan kepada jurugambar dan peminat astronomi.

Sebanyak sembilan keping foto yang dirakam oleh jurugambar The Associated Press (AP) bagi merakam suasana gerhana matahari penuh yang dapat disaksikan di Sepanyol dan Portugal.

Fenomena sebegini bukan sahaja menarik perhatian peminat astronomi, malah menjadi pengalaman istimewa buat mereka yang berpeluang menyaksikannya secara langsung.

Bagi penduduk dan pelancong yang berkumpul di sepanjang laluan totality, kesempatan melihat gerhana matahari penuh selepas penantian lebih satu abad pastinya menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan.

Baca juga: Anak Terengganu Raih PhD Kejuruteraan Aeroangkasa, Antara 27 Paling Berbakat Dunia Dalam ‘Vertical Flight’!

Sumber: BERNAMA

Gambar: The Associated Press (1)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×