Euforia Bola 2026
Famili

“Ingatkan Jatuh, Rupanya…” Budak 9 Tahun Didakwa Dibuli Pelajar Senior Di Maahad Tahfiz Hingga Lebam & Trauma

mangsa buli

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun didakwa menjadi mangsa buli oleh seorang pelajar senior berusia 15 tahun sehingga mengalami lebam pada muka dan beberapa bahagian badan dalam satu kejadian di sebuah maahad tahfiz di Kedah.

Kejadian itu hanya terbongkar selepas bapa mangsa mengambil anaknya pulang bercuti dari asrama pada 30 Julai lalu sebelum menyedari terdapat kesan lebam pada wajah kanak-kanak berkenaan.

Baca juga: Jual Lukisan Anime Sendiri Dengan Harga RM2, Budak Lelaki Ini Buat Netizen Kagum Dengan Bakatnya!

MANGSA BULI BERUSIA 9 TAHUN DITUMBUK PELAJAR SENIOR

mangsa buli

Foto: Astro Awani

Menurut bapa mangsa, pada mulanya anaknya mendakwa kecederaan itu berpunca akibat terjatuh.

Namun selepas disoal beberapa kali, kanak-kanak itu akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya ditumbuk oleh seorang pelajar senior sehari sebelum pulang bercuti ketika sedang mengelap meja makan di kantin.

Selain ditumbuk, mangsa juga mendakwa ditendang di bahagian belakang sehingga mengalami kesan lebam.

Sebaik mengetahui perkara itu, bapanya menghubungi seorang ustaz di maahad berkenaan, namun dimaklumkan bahawa pihak terbabit tidak mengetahui mengenai kejadian tersebut.

Trauma Hingga Tidak Mahu Kembali Ke Sekolah

Susulan kejadian itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis dan membawa anak mereka mendapatkan pemeriksaan di hospital.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami beberapa kesan lebam, namun tidak mengalami kecederaan serius seperti patah tulang.

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut memberi kesan emosi kepada kanak-kanak itu sehingga dia enggan kembali belajar di sekolah berkenaan.

Menurut bapanya, anak tunggalnya itu sebelum ini sendiri yang meminta untuk belajar di maahad tahfiz kerana bercita-cita menjadi seorang ustaz.

Kami sedih kerana dia sangat berminat belajar agama, tetapi perkara seperti ini berlaku. Syukur dia masih menyimpan hasrat untuk menjadi ustaz,” katanya.

Dakwa Pernah Ditumbuk, Disepak Dan Kepala Ditekan Pada Tangga

Bapa mangsa turut mendakwa anaknya sebelum ini pernah mengalami lebam pada badan serta benjol di kepala, namun ketika itu mereka tidak menyangka kecederaan tersebut berpunca daripada perbuatan buli.

Selepas ditanya semula, mangsa mendakwa dia pernah ditumbuk, disepak serta kepalanya ditekan pada tangga oleh pelajar yang sama.

Kanak-kanak itu juga dikatakan tidak melawan kerana takut, malah rakannya membantu menuam bahagian dahinya yang benjol selepas kejadian.

Bapa Dakwa Anak Diberhentikan Sekolah, Pelaku Digantung

Menurut bapa mangsa, dia bercadang menukar anaknya ke sekolah agama lain bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Dalam masa sama, dia turut meluahkan rasa kesal apabila mendakwa anaknya kini tidak lagi bersekolah selepas pihak sekolah mengambil keputusan memberhentikannya atas alasan tidak mahu perkara sama berulang.

Dia memaklumkan bahawa pelajar yang didakwa melakukan perbuatan tersebut telah dipanggil polis bagi membantu siasatan, manakala pihak sekolah pula telah menggantung pelajar berkenaan.

Polis Siasat Mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan

mangsa buli

Foto: Polis Diraja Malaysia

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Polis telah merekodkan keterangan pelajar yang disyaki terbabit dan kini hanya menunggu laporan perubatan mangsa sebelum tindakan lanjut diambil.

Kes seperti ini mengingatkan semua pihak bahawa keselamatan dan kebajikan pelajar perlu sentiasa menjadi keutamaan, terutama di institusi pendidikan berasrama.

Baca juga: Masih Menanti Zuriat Pertama? Ini 7 Petua Orang Lama Boleh Dijadikan Ikhtiar, InsyaAllah Termakbul!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×