Euforia Bola 2026
Famili

Ketahui Jenis Cuaca Ikut 3 Musim Ini Di Makkah, Persediaan Jemaah Sebelum Berangkat Agar Lancar Masa Beribadah

cuaca makkah

Ramai bakal jemaah umrah dan haji menyangka cuaca Makkah sama seperti di Malaysia kerana kedua-duanya panas. Hakikatnya, keadaan di Tanah Suci jauh berbeza.

Selain suhu yang boleh mencecah lebih 40°C pada waktu siang, udara di Makkah juga sangat kering. Keadaan ini menyebabkan badan kehilangan banyak cecair tanpa disedari, sekali gus meningkatkan risiko dehidrasi dan keletihan.

Baca juga: Berita Baik! Kerajaan Lulus 13,343 Jawatan Baharu KKM, Perkukuh Sistem Kesihatan Awam Negara

CUACA MAKKAH MENGIKUT MUSIM, INI YANG JEMAAH PERLU TAHU

cuaca makkah

Foto: Kosmo

Justeru, memahami keadaan cuaca di Makkah lebih awal dapat membantu jemaah membuat persediaan yang lebih baik agar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah.

Cuaca Mengikut Musim Di Makkah

1. Musim Panas (Jun – Ogos)

Musim panas merupakan tempoh paling mencabar di Makkah.

  • Suhu siang: 40°C hingga 43°C
  • Suhu malam: 28°C hingga 29°C

Keadaan ini menyebabkan aktiviti berjalan kaki terutama ketika menunaikan tawaf dan saie menjadi lebih memenatkan sekiranya tubuh tidak mendapat air yang mencukupi.

2. Musim Sederhana (Mac – Mei & September – November)

Walaupun dianggap lebih sederhana, cuacanya masih jauh lebih panas berbanding kebanyakan kawasan di Malaysia.

  • Suhu siang: 33°C hingga 42°C
  • Suhu malam: 21°C hingga 27°C

Perbezaan suhu antara siang dan malam juga agak ketara.

3. Musim Sejuk (Disember – Februari)

Musim sejuk di Makkah tidak bersalji, namun cuacanya lebih nyaman terutama pada waktu malam.

  • Suhu siang: 28°C hingga 30°C
  • Suhu malam: 18°C hingga 19°C

Bagi sesetengah jemaah, terutama warga emas, cuaca malam mungkin terasa agak sejuk.

Bilakah Waktu Paling Panas Di Makkah?

Secara umumnya:

  • Suhu paling tinggi sekitar jam 3 petang.
  • Suhu paling rendah antara jam 4 pagi hingga 6 pagi.

Oleh itu, jika tidak mempunyai keperluan mendesak, sebaiknya kurangkan aktiviti luar pada waktu tengah hari kerana suhu ketika itu boleh menjadi sangat mencabar.

Kenapa Cuaca Makkah Boleh Menyebabkan Dehidrasi?

Ramai jemaah menyangka mereka tidak berpeluh kerana pakaian masih kelihatan kering.

Sebenarnya, udara di Makkah sangat kering menyebabkan peluh menyejat dengan pantas. Akibatnya, badan kehilangan air tanpa disedari.

Antara tanda awal dehidrasi yang sering dialami ialah:

  • Cepat letih
  • Pening kepala
  • Mulut dan bibir kering
  • Badan terasa lemah
  • Sukar memberi tumpuan

Jika tidak dikawal, keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan serta mengganggu kelancaran ibadah.

Persediaan Mudah Sebelum Dan Semasa Di Makkah

Bagi mengurangkan risiko dehidrasi dan keletihan, lakukan beberapa langkah mudah berikut:

  • Minum air secara berkala setiap jam walaupun belum berasa dahaga.
  • Sentiasa membawa pelembap bibir dan losyen untuk mengelakkan kulit menjadi terlalu kering.
  • Kurangkan berada di kawasan terbuka antara 2 petang hingga 4 petang jika tiada keperluan.
  • Gunakan payung atau pelindung daripada cahaya matahari ketika berjalan di luar.
  • Dapatkan rehat yang mencukupi supaya badan kekal bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

Cuaca panas di Makkah sememangnya satu cabaran, namun dengan persediaan yang betul, jemaah dapat mengurangkan risiko dehidrasi dan keletihan.

Pastikan tubuh sentiasa terhidrat, lindungi diri daripada cuaca panas dan rancang aktiviti dengan baik supaya tenaga dapat difokuskan kepada ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.

Baca juga: Jangan Terus Sapu! Tester Lipstick Yang Dikongsi Ramai Orang Boleh Tingkatkan Risiko Jangkitan HSV-1

Sumber: Tabung Haji 

FT Image: Berita Harian 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×