Ramai peminat Hot Wheels pasti teruja apabila Malaysia dipilih sebagai hentian pertama jelajah Asia bagi pertunjukan monster truck terbesar di dunia. Malah, negara ini kini mencatat sejarah tersendiri dalam rekod jualan tiket acara tersebut.
Buat pertama kalinya, ‘Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire’ akan berlangsung selama tiga hari dengan empat pertunjukan, iaitu dari 16 hingga 18 Oktober 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, susulan sambutan luar biasa daripada peminat tempatan.
‘HOT WHEELS MONSTER TRUCKS LIVE™: GLOW-N-FIRE’ BAKAL TIBA DI MALAYSIA

Gambar: Hot Wheels Monster Trucks Live™
Malaysia cipta rekod jualan tiket tertinggi dalam sejarah pertunjukan
Malaysia mencipta penanda aras baharu bagi pertunjukan berskala antarabangsa ini apabila 20,000 tiket berjaya dijual dalam tempoh satu hari, sekali gus menjadi rekod jualan satu hari tertinggi dalam sejarah lapan tahun penganjuran pertunjukan ini.
Sejak debut pertamanya di Edinburg, Texas pada tahun 2019, pertunjukan ini telah menjelajah ke 28 negara dan dijangka meluaskan jelajahnya ke lebih 30 negara menjelang tahun 2027, sekali gus membina komuniti peminat global yang semakin berkembang.
Dengan 80 peratus tempat duduk bagi tiga pertunjukan pertama telah pun terjual, pihak penganjur mengambil keputusan menambah satu lagi pertunjukan tambahan bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat menyaksikan aksi luar biasa ini.
AKSI TRAK GERGASI KEGEMARAN BAKAL ‘HIDUP’ DI PENTAS SEBENAR

Gambar: Hot Wheels Monster Trucks Live™
Antara tarikan utama pertunjukan ini ialah kemunculan trak ikonik kegemaran peminat seperti Mega Wrex™, Tiger Shark™, Gunkster™, Bone Shaker™, Bigfoot® dan Skelesaurus™.
Lebih menarik, sebuah trak baharu turut diperkenalkan dalam jelajah kali ini iaitu Rhinomite, trak yang diinspirasikan daripada badak dengan reka bentuk unik dan berani.
Berikut antara aksi dan pengalaman yang bakal dinikmati penonton:
- Barisan trak legenda Hot Wheels
Peminat berpeluang melihat sendiri trak gergasi yang sebelum ini hanya dikenali melalui permainan dan rancangan TV, kini dipersembahkan secara langsung di arena. - Aksi stunt ekstrem bertaraf antarabangsa
Antara aksi paling dinanti ialah stunt baharu No-Handed Front Flip oleh penunggang FMX profesional yang jarang dipersembahkan dalam pertunjukan biasa. - Pengalaman visual dan bunyi yang mengujakan
Gabungan lampu, bunyi enjin yang kuat serta aksi dramatik menjadikan pertunjukan ini sesuai untuk seisi keluarga, terutama kanak-kanak yang meminati dunia kenderaan lasak.
Kejayaan siri ‘Glow-N-Fire’ sebelum ini turut diiktiraf apabila memenangi anugerah Pollstar Family Show of the Year 2025, sekali gus membuktikan populariti dan kualiti pertunjukan ini di peringkat global.
PELUANG EKSKLUSIF BERTEMU PEMANDU & LIHAT TRAK DARI DEKAT

Gambar: Hot Wheels Monster Trucks Live™
Bagi peminat tegar, terdapat pilihan Akses Pra-pertunjukan VIP yang berlangsung kira-kira 2 jam 30 minit sebelum setiap pertunjukan bermula. Melalui akses ini, pengunjung berpeluang merasai pengalaman yang lebih dekat dengan dunia monster truck.
Antara kelebihan Akses Pra-pertunjukan VIP:
- Turun ke aras arena lebih awal
Pengunjung boleh melihat sendiri saiz sebenar trak gergasi dan mengambil gambar dari jarak dekat sebelum pertunjukan bermula. - Bertemu dan berinteraksi dengan pemandu
Peminat berpeluang mendapatkan tandatangan serta bergambar bersama pemandu dan bintang pertunjukan kegemaran mereka. - Kad autograf eksklusif
Setiap tiket VIP disertakan kad autograf sebagai kenang-kenangan, sesuatu yang pasti dihargai oleh peminat setia Hot Wheels. - Pengalaman lebih santai sebelum pertunjukan
Masa tambahan sebelum acara memberi peluang kepada keluarga dan kanak-kanak menikmati suasana tanpa tergesa-gesa.
MAKLUMAT PENTING TIKET PERTUNJUKAN HOT WHEELS

Gambar: Hot Wheels Monster Trucks Live™
Lebih menarik, semua tempat duduk untuk pertunjukan ini adalah bernombor, sekali gus memudahkan pengunjung merancang kehadiran mereka dengan lebih selesa tanpa perlu berebut tempat duduk.
- Harga bermula daripada RM118 untuk dewasa
- Harga Istimewa untuk kanak-kanak tersedia untuk semua pertunjukan bermula RM89
Dengan permintaan yang terus meningkat, peminat disarankan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan dan menyemak ketersediaan tempat duduk secara langsung melalui pautan rasmi: https://tri-tix.com/events/hot-wheels-monster-trucks-live
Selain itu, pembelian tiket di lokasi jelajah ‘Hot Wheels Monster Trucks Live Roadshow’ yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Centre Court, Level 2 masih menawarkan diskaun 10 peratus, namun promosi ini hanya berbaki satu minggu sahaja (sehingga Ahad 26 April).
Orang ramai digalakkan mengambil peluang ini sebelum tempoh promosi tamat.
JADUAL PENUH PERTUNJUKAN (4 SHOW)
- Jumaat, 16 Oktober 2026 — 8:00 malam / Akses Pra-pertunjukan VIP: 5:30 petang – 7:00 malam
- Sabtu, 17 Oktober 2026 — 1:00 petang / Akses Pra-pertunjukan VIP: 10:30 pagi – 12:00 tengah hari
- Sabtu, 17 Oktober 2026 — 8:00 malam / Akses Pra-pertunjukan VIP: 5:30 petang – 7:00 malam
- Ahad, 18 Oktober 2026 (pertunjukan tambahan) — 1:00 petang / Akses Pra-pertunjukan VIP: 10:30 pagi – 12:00 tengah hari
Dengan reputasi antarabangsa dan konsep pertunjukan yang interaktif, tidak hairanlah acara ini dijangka menarik ribuan peminat dari seluruh negara, khususnya keluarga yang mencari aktiviti menyeronokkan untuk anak-anak. Para peminat boleh melayari HotWheelsMonsterTrucksLive.com untuk informasi lanjut.
Sebagai rakan media rasmi, Siraplimau juga akan membawakan info terkini dan akses eksklusif kepada pembaca dari semasa ke semasa. Ikuti media sosial kami melalui Facebook, Instagram dan TikTok.
