Hebahan

Masa Untuk Manjakan Diri Anda Di The Lost World Of Tambun

34
SHARES

Lost World of Tambun adalah tempat yang sempurna untuk semua ibu memanjakan diri dengan air panas dan spa yang mendamaikan. Sementara itu, seisi keluarga dan anak-anak dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik di destinasi penuh pengembaraan ini.

Satu-satunya taman tema di Asia Tenggara yang mempunyai kolam air panas, tempat ini juga dikelilingi oleh hutan tropika, 7 taman tema yang menghiburkan, serta kawasan batu kapur yang mengagumkan, berusia 400 juta tahun.

Mulakan Hari Pengembaraan Penuh Bertenaga

Mulakan hari pengembaraan anda dengan Malayana Warriors yang akan menyambut ketibaan anda. Ibu-ibu, mulakan hari anda bersantai di Beach Garden yang disaluti kehalusan pasir seindah kristal.

LW MALAYANA WARRIORS

Jangan risaukan anak-anak, mereka tentu seronok bermain di Explorabay yang direka khas dengan meriam air, pancuran gajah, serta banyak lagi permainan air.

Explorabay

Explorabay

Selesai sesi yang indah, buktikan pada anak-anak bahawa anda tidak terlalu tua untuk menaiki semua, atau salah satu daripada tunggangan ini!

  1. Cliff Racer – Gelungsur ala Indiana Jones dengan kelajuan maksimum
  2. Dragon Flights – Terbang dan nikmati pemandangan indah dari pandangan atas udara
  3. Tube Raiders – Berpusing dalam gelungsur air yang laju
  4. Storm Rider – Naiki kapal lanun yang berpusing 180 darjah
  5. Lupe’s Adventure –  Keringkan diri anda dengan roller coaster pertama di Perak

Banyak Lagi Tempat Menarik Dalam The Lost World Of Tambun

Rasa teruja? Ada lagi! Luangkan lebih masa bersama keluarga di tempat menarik ini:

Adventure River

Adventure River

  1. Adventure River – Tunggangan air yang penuh relaks ini terletak di sungai terpanjang Asia, bersama efek ombak. Nikmati pemandangan indah gua batu kapur semulajadi dan kecantikan ‘water feature’ buatan manusia yang mengagumkan
  2. Adventure Express – Lokomotif lama tersedia untuk anda terokai dan mengimbau sejarah silam bandar purba ini
  3. Tin Valley – Pelajari salah satu ekonomi utama yang menghidupkan warisan bandar Perak pada suatu masa dahulu – mendulang bijih timah
  4. Petting Zoo – Syurga buat semua haiwan yang jarang anda lihat seperti tapir, burung merak, burung kakak tua, dan lebih 50 spesis lagi di dalam habitat semulajadi mereka. Berpeluang bermesra dengan Ruby si raccoon, dan banyak lagi haiwan comel yang berkeliaran!
  5. Tiger Valley – Temui Putra dan Jazz, dua beradik Harimau Siberia

Banyak lagi yang boleh menghiburkan hari anak-anak seperti Saphira’s Lair , Saphira’s Baby Pool, dan Saphira’s Twister.

Isi Perut Dengan Makanan Tradisional Ipoh Yang Enak

Naluri keibuan selalunya tepat. Sebaik saja anda merasai anak-anak mula lapar, jamu hidangan istimewa di Ipoh Street dengan:

  1. Tau Fu Fah – puding soya dengan gula merah
  2. Lok-Lok – pelbagai pilihan dumplings yang dicucuk ala sate
  3. Heong Peah – makanan pastri tersohor di Perak

dan banyak lagi makanan istimewa negeri Perak yang akan mengenyangkan anda. Sementara itu, anda akan dihiburkan oleh Flaming Percussions, sekumpulan band berbakat menelan api, mengimbang bola, dan pemain gendang yang turut mempersembahkan silap mata api serta aksi ngeri.

Kolam Air Panas Khas Untuk Anda Meregangkan Segala Kekusutan

LW CRYSTAL SPA

Hot Springs & Spas

Kini tiba masanya untuk para ibu untuk berhenti daripada rutin harian dan menghabiskan masa di Hot Springs & Spas yang menyediakan pelbagai jenis mineral untuk kesihatan anda.

  1. Steam Cave – Sauna yang membantu menyegarkan badan dan memperbaiki peredaran darah anda
  2. Foot Spa – Renggangkan otot kaki anda dengan batuan refleksologi
  3. Infinity Pool – Pada suhu 40°C kolam air panas ini boleh memuatkan hingga 300 orang dan dikelilingi oleh keindahan dan bunyian gunung berapi
  4. Jacuzzi Pools – 3 jakuzi yang akan melegakan tubuh badan anda dengan suhu 47 – 50°C
  5. Crystal Spa – Pilihlah mana-mana rawatan yang anda suka seperti skrub badan, urutan aromaterapi, penjagaan kecantikan aromaterapi, spa badan, dan banyak lagi. Pondok indah ini tertutup dan tentunya memberi privasi kepada tetamunya.

Apabila matahari terbenam, tibalah masanya untuk anda bermalam di Lost World Hotel, tempat yang sempurna untuk anda berehat selepas seharian yang penuh pengembaraan. Rasai kesegaran pagi apabila anda bangun dengan kelembapan embun pagi dan kehijauan semula jadi.

LW PRIVATE HUTS

Crystal Spa

Waktu Operasi

Waktu operasi adalah daripada jam 11 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 6 petang setiap Sabtu dan Ahad.

The Lost World Hot Springs by Night pula beroperasi pada 12 tengahari hingga 11 malam setiap Isnin hingga Ahad.

Taman tema ini ditutup setiap Selasa kecuali pada hari cuti umum di Malaysia dan cuti sekolah.

Maklumat lanjut boleh didapati di Laman Facebook Lost World of Tambun di  www.facebook.com/lostworldoftambun serta laman web www.sunwaylostworldoftambun.com atau melalui talian +605 542 8888.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×