Euforia Bola 2026
Nur

Husnul Khatimah Di Hari Pertama Ramadan, AJK Masjid Meninggal Dunia Ketika Solat Zohor Undang Pilu

rumah Allah

Suasana hening 1 Ramadan semalam bertukar pilu apabila seorang ahli jawatankuasa masjid menghembuskan nafas terakhir ketika sedang menunaikan solat Zohor di rumah Allah, sebuah surau di Taman Seri Gombak.

Ternyata, pemergian seperti ini sangat menyentuh hati namun membuatkan orang ramai tertanya-tanya tentang amalan arwah sehingga diangkat darjat sebegini.

Baca juga: Arab Saudi Perkenal Syarat Baharu Haji 2026, Bakal Jemaah Perlu Bayar Dam Awal Kalau Nak Visa Haji LULUS

JEMAAH MENINGGAL DUNIA DI RUMAH ALLAH, DALAM KEADAAN BERPUASA

rumah Allah

Arwah, Alias Abd Ghani, 69 tahun, dilaporkan rebah ketika sedang rukuk pada rakaat ketiga sebelum terduduk dalam keadaan sujud. Detik menyentuh hati itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang jemaah segera membatalkan solat bagi membantu Allahyarham sejurus beliau rebah. Suasana yang pada awalnya tenang bertukar cemas, namun semuanya berlaku dalam keadaan yang sangat singkat.

Berita pemergian Allahyarham nyata memberi kesan mendalam buat komuniti setempat. Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Masjid Al-Khairiyah, pihak masjid memaklumkan bahawa pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat penduduk Taman Seri Gombak.

“Satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak. Telah pulangnya Tn. Hj. Alias bin Abd Ghani menemui Pencipta-Nya tepat pada hari pertama Ramadan.

Semoga Allah mengganjari Allahyarham dengan syurga-Nya atas segala jasa baik dan amal ibadah yang dilakukan sepanjang hayatnya. Salam takziah daripada kami di Masjid Al-Khairiyah.

Ramai mengenali Allahyarham sebagai individu yang aktif dalam aktiviti masjid serta sentiasa komited dalam khidmat kepada masyarakat setempat.

Urusan Jenazah

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak selepas solat Jumaat hari ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata.

Pemergian ketika sedang bersolat, lebih-lebih lagi pada hari pertama Ramadan, pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga serta komuniti yang mengenali beliau.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah.

Baca juga:

Sumber: Berita Al-Hijrah, Masjid Al-Khairiyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×