Euforia Bola 2026
Inspirasi

Pak Cik Berteduh Bawah Pokok Masa Hujan Ribut, Dua Lelaki Ini Tak Sampai Hati Nak Biarkan…

terkandas dalam hujan

Tindakan spontan dua pemuda membantu seorang lelaki warga emas yang terkandas dalam hujan mendapat pujian ramai selepas salah seorang daripada mereka berkongsi rakaman momen itu di TikTok.

Video berdurasi satu minit 13 saat itu memaparkan Bryan Wong, 21, dan rakannya, Lim Ze Xin, 32, berlari meredah hujan menuju ke arah seorang lelaki warga emas yang sedang berteduh di bawah sebatang pokok sambil duduk di atas motosikal.

Baca juga: Akibat Guna Pengecas Telefon Rosak, Rumah Hangus Dijilat Api! Habis Semua Musnah & Tangan Melecur

PAK CIK TERKANDAS DALAM HUJAN, 2 SAHABAT SANGGUP BASAH DEMI PERTOLONGAN

TERKANDAS DALAM HUJAN

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, ketika mereka berdua sedang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit yang terletak bersebelahan lokasi lelaki itu berteduh.

Menurut Bryan, sebelum hujan turun, dia sempat melihat kelibat lelaki berkenaan berteduh di bawah pokok, namun tidak mengesyaki apa-apa dan meneruskan kerjanya seperti biasa.

“Pada mulanya, saya ingatkan hanya hujan biasa tetapi tak sangka pula jadi angin kencang dan ribut. Pak cik itu sebenarnya sudah lama berhenti di tepi jalan dan duduk di atas motosikal, berteduh di bawah pokok namun tiada sesiapa pun yang datang untuk bantu.

“Jadi, saya dan rakan saya ambil keputusan untuk bantu dia walau apa pun berlaku. Saya janji dengan pak cik tu yang dia akan selamat. Kami betul-betul ikhlas bantu, bukan sebab nak tular atau dikenali, tapi semata-mata kerana kami mahu pastikan pak cik tu selamat,” tulisnya menerusi laman TikTok.

TERKANDAS DALAM HUJAN

Mereka kemudian mengajak lelaki itu masuk ke dalam kedai untuk berteduh dan berehat seketika sehingga cuaca kembali reda.

“Dalam lima minit, hujan pun perlahan dan pak cik tu minta izin nak teruskan perjalanan. Dia tak berhenti ucap terima kasih, tapi kami tak sempat nak borak lama.

“Saya cuma tahu dia ada gout, dan lepas baca komen-komen di TikTok, ada orang beritahu dia memang tinggal dekat kawasan tu dan selalu bawa kotak naik motosikal,” ujarnya.

Tambah Bryan, dia tidak menyangka tindakan ikhlas itu akan tular dan mendapat hampir sejuta tontonan di TikTok.

“Good job Bryan dan rakan! Terima kasih sebab tolong pak cik ini. Nampak dia dah tua sangat dan tak larat. Harap semuanya baik-baik sahaja,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: KKM Pertimbangkan Tambah Buah & Sayur Untuk Bantuan SARA, “Baru Hidup Rakyat Berubah…”

Sumber: TikTok & Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×