Bermula 1 Mei ini, semua pelawat asing yang tiba di Thailand melalui jalan darat, udara atau laut, anda perlu melengkapkan Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC).
Kad Ketibaan Digital Thailand itu perlu diisi secara dalam talian tiga hari sebelum ketibaan. Kad elektrik itu akan menggantikan borang kertas (TM6) yang digunakan sebelum ini.
Baca juga: Meremang Bulu Roma Bila Lalu 10 Jalan Ini Di Malaysia, Kalau Tak Kental Jangan ‘Drive’ Seorang
NAK BERCUTI THAILAND, KENA ISI KAD KETIBAAN DIGITAL

Freepik
Menurut Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Nikorndej Balankura pendaftaran tersebut dilakukan melalui laman sesawang tdac.immigration.go.th.
Sistem TDAC ini berfungsi untuk memudahkan kemasukan pelancong asing dengan menggunakan teknologi perjalanan pintar yang cepat dan selamat.
Beliau turut mmenjelaskan bahawa langkah ini akan meningkatkan kemudahan bagi pelancong dan memastikan maklumat yang diberikan digunakan untuk menawarkan bantuan sewajarnya kepada pelancong dan pelawat antarabangsa yang tiba di Thailand.
“TDAC boleh dilengkapkan sehingga tiga hari sebelum tarikh ketibaan di Thailand dan sistem ini memerlukan maklumat seperti butiran pasport atau dokumen perjalanan, maklumat peribadi, butiran perjalanan, penginapan di Thailand dan maklumat kesihatan,” ujarnya.
Sebelum ini, pelawat asing yang memasuki dan meninggalkan Thailand perlu mengisi kad TM6. Namun, Thailand telah menggantung keperluan bagi pelancong asing yang tiba melalui jalan udara untuk melengkapkan kad TM6 sejak Julai 2022, manakala mereka yang tiba melalui 16 pusat pemeriksaan darat dan laut dikecualikan sehingga 30 April 2025.
Nikorndej, yang juga Ketua Pengarah Jabatan Penerangan berkata Kerajaan Thailand dan Pejabat Imigresen Thailand memaklumkan bahawa pengecualian terhadap keperluan TDAC diberikan kepada individu yang dilindungi di bawah Seksyen 15 Akta Imigresen.
Sebagai langkah praktikal, warga asing yang tiba di Thailand pada 1 Mei boleh mengakses sistem TDAC mulai 28 April.
Baca juga: Itinerari 11 Hari Percutian Di Kunming China Bersama Suami, Bajet Kurang RM2.5K Seorang!
Sumber: Harian Metro
