Famili

Neelofa Hadiahkan Kakak Seterika Harga Cecah RM13k, Rupanya Seterika Ini Bukan Biasa-Biasa…

23
SHARES

Pengacara dan pelakon popular, Neelofa, sering kali menjadi bualan ramai netizen baik dari kerjaya mahupun sisi kehidupan peribadinya. Terbaru, hadiah berupa seterika yang diberikan kepada kakaknya, Noor Nabila, turut menarik perhatian ramai. Apa yang menyebabkan ramai yang tertarik?

HADIAH SETERIKA HARGA CECAH RM13K

Hadiah yang dikongsikan di Igstory Noornabila menarik perhatian apabila ramai yang tidak familiar dengan jenama seterika yang dihadiahkan oleh Neelofa tersebut. Rupa-rupanya, hadiah yang berupa seterika Laurastar Smart-U Iron bukanlah seterika yang biasa!

Hal ini kerana warganet yang mencari harga seterika tersebut selepas dimuatnaik di InstaStory Nabila mendapati harganya bukan calang-calang di mana mencecah hampir RM13,000 seunit. Tetapi, kenapa seterika ini mempunyai harga yang sangat tinggi?

KELEBIHAN LAURASTAT SMART-U IRONONG SYSTEM, SIAP BOLEH CONNECT WIFI!

Menerusi beberapa posting yang tular di media sosial, seterika ‘Laurastar Smart-U Ironing System’ itu dikatakan mempunyai ‘hygienic steam’ di mana mampu membunuh 99% bakteria.

Laurastar DMS menjamin hasil yang sempurna dalam masa yang singkat dimana akan melindungi dan memberi effect yang lembut kepada kain tanpa merosakannya. Apa yang lebih menarik adalah, seterika berteknologi tinggi ini membolehkan anda menyambung kepada internet atau WIFI!

Menampilkan sistem vakum dan kipas angin, papan menyeterika aktif Laurastar melindungi fabrik dengan sebaik-baiknya.
Sistem kipas secara automatik dapat memegang kain di tempat papan dan kusyen udara tersebut mengelakkan pembentukan lipatan secara drastik.

Diakui teknologi dari pakar Switzerland dalam wap ultra halus dan kuat, model mewah terbaru Laurastar dilengkapi dengan wap berteknologi tinggi dan sentuhan akhir terbaik untuk menjaga pakaian anda. Teknologi ‘Pulse Steam’ memastikan jumlah stim yang optimum untuk hasil yang sempurna, tanpa mengira warna atau jenis kain pakaian anda.

*Ada yang nak beli juga?

Sumber: Noornabila via Cempedak Cheese

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×