Famili

9 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Menarik Yang Tak Perlukan Belanja Besar, Dekat Rumah Je!

580
SHARES

Cuti sekolah hanya berbaki tidak lama sahaja lagi, tapi tak pergi kemana-mana pun. Kasihan anak-anak hanya menghabiskan masa kosong sahaja di rumah dengan aktivti yang tidak meransangkan. Jadi, di kesempatan ini apa kata anda sebagai ibubapa mengambil masa untuk habiskan waktu bersama anak-anak bercuti hanya dengan melakukan aktiviti yang mudah dan menjimatkan. Jimat? Haa, ini 9 aktiviti cuti sekolah yang menjimatkan tapi masih menarik dan bagus untuk anak-anak dan sekeluarga!

giphy.com

1. Movie Day!

http://momitforward.com/

Salah satu aktiviti yang menyeronokan dan murah adalah dengan menonton filem bersama anak-anak di rumah. Tak perlu nak beli tiket wayang dan menonton dalam masa yang terhad lagi kerana menonton filem di rumah adalah lebih casual. Bukan itu sahaja, dengan memilih filem yang menjadi kegemaran anak-anak, masa terluang cuti sekolah pun terisi dengan perkara yang menyeronokan. Antara filem yang boleh ditonton adalah Home Alone dan Harry Potter.

2. Balik kampung

http://tintakibod.blogspot.my/

Menjadi salah satu kemestian apabila tiba musim cuti sekolah adalah balik kampung! Bukan setiap kali hari raya sahaja baru balik kampung tau, cuti sekolah adalah masa yang sangat sesuai untuk mengeratkan hubungan dengan nenek dan datuk di kampung. Tidak memerlukan bajet yang banyak dan menyeronokan, balik kampung sudah pasti akan menjadi salah satu aktiviti pilihan jika anda tidak pergi melancong.

3. Aktiviti mewarna bersama

www.hellowonderful.co

Baiklah, masih ada masa lagi untuk anda menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Salah satu yang menjadi pilihan idea untuk anda adalah dengan melakukan aktivti mewarna. Memang anak-anak akan suka dengan aktiviti sebegini. Hal ini kerana, ia bukan sahaja dapat memaparkan kreativiti anak-anak, malah aktivti ini dapat mengeratkan hubungan sesama adik beradik dan keluarga. Bersepah sikit tak mengapa, janji seronok kan?

4. Aktiviti memasak

www.firefliesandmudpies.com

Memasak juga boleh dijadikan sebagai aktiviti ‘bajet’ untuk anda luangkan masa bersama anak-anak di rumah. Tak payah pening kepala nak masak apa kerana banyak resipi menarik yang anak-anak akan suka. Barulah aktiviti memasak di rumah tidak menjadi bosan kerana si ibu pasti akan mempunyai banyak pembantu di dapur. Masak pun cepat siap!

5. Kayuh basikal!

www.sustrans.org.uk

Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, aktiviti mengayuh basikal juga dapat menyihatkan tubuh badan kita! Ambil masa untuk pergi ke taman permainan atau taman rekreasi dan beriadah di sana. Kalau tidak mahu untuk ke taman rekreasi pun, anda juga boleh melakukan aktiviti mengayuh basikal di kawasan perumahan sahaja. Boleh sambil tegur-tegur jiran!

6. Ajak rakan-rakan anak ke rumah

http://blog.nestchestnuthill.com/

Mungkin ada ketikanya yang ibubapa tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak dan risau mereka akan bosan berada di rumah. Tapi, jangan risau kerana anda boleh mengajak rakan-rakan kepada anak anda untuk meluangkan masa di rumah. Dengan cara ini, mereka akan mempunyai ‘bonding’ persahabatan yang kuat walaupun tidak berjumpa di sekolah. Tak salah kalau anda sediakan makanan ‘snack’ untuk mereka.

7. Main ‘hide and seek’

http://www.educationandbehavior.com/

Bukan sahaja antara kanak-kanak, permainan hide and seek juga sangat sesuai dimainkan bersama ibubapa. Kalau anda pernah tengok filem Hollywood kan, hide seek memang menjadi pilihan utama ketika bersama keluarga. Permainan yang menyeronokan ini juga dapat meningkatkan kekuatan memori anak-anak dan melatih mereka untuk menjadi lebih peka tau!

8. Bawa anak ke pasar

http://www.babysitting.academy/

Haa, inilah salah satu aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat untuk anak-anak. Bukan sahaja dapat membantu si ibu atau ayah membawa barang, anak-anak juga dapat belajar mengenai barang-barang di pasar. Biasalah kalau dah duduk di bandar, kadang-kadang jenis ikan pun tak kenal kan?

9. Cuci mata di bandar/ naik pengangkutan awam

http://www.illyariffin.com/

Ini adalah salah satu cara ibubapa di negara Barat luangkan masa bersama anak-anak dengan bersiar-siar di bandar menaiki pengangkutan awam. Kita pun boleh ikut cara ini tambah pula dah ada banyak kemudahan awam seperti MRT kan? Jadi, luangkan masa dengan anak-anak dengan melakukan aktiviti yang sedikit adventurous ini.

*Seronoknya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×