Sauna merupakan satu kaedah terapi yang wujud ribuan tahun dahulu dan masih lagi popular sehingga ke hari ini. Ia dikatakan dapat membantu ramai individu untuk berehat dan mencapai ketenangan, selain dipercayai dapat memberikan manfaat kesihatan.
Dalam tradisi pantang beranak orang Melayu pun, mereka juga mengamalkan sauna untuk kurus. Namun, apakah sebenarnya manfaat sauna dari aspek kesihatan?
Baca juga: Patutlah Berat Tak Turun, Rupanya Ini 7 Tanda Usus Anda Tidak Sihat
8 KEBAIKKAN SAUNA YANG RAMAI TAK TAHU
Tanpa mengira jenis sauna, atau tahap kelembapan, ia tetap memberikan kesan yang sama kepada badan. Apabila seseorang individu berada di dalam sauna, kadar degupan jantung akan meningkat dan saluran darah akan mengembang.
Ini sekali gus akan meningkatkan peredaran darah, sama seperti jika anda melakukan senaman tahap rendah dan sederhana bergantung kepada tempoh sauna. Degupan jantung mungkin meningkat antara 100 hingga 150 denyut ketika menggunakan sauna. Ini dapat membawakan beberapa manfaat sauna.
Antara manfaat sauna adalah:
1. Mengurangkan kesakitan ototPeningkatan peredaran darah mungkin dapat membantu mengurangkan kesakitan otot, memperbaiki pengerakan sendi dan mengurangkan sakit arthritis. Haba akan merangsang endorfin juga memberikan kesan baik kepada kesakitan, sekali gus membantu mempercepatkan proses penyembuhan semula jadi.
2. Mengurangkan tekanan darahSauna dapat membantu mengurangkan tekanan. Haba dari sauna akan merangsang pengeluaran endorfin – bahan kimia semula jadi yang membuatkan emosi anda menjadi lebih baik. Sebagaimana sauna dapat memperbaiki peredaran darah, dalam masa yang sama ia juga menggalakkan rasa tenang. Ini dapat memperbaiki rasa ketenangan dan kesejahteraan dalam diri.
3. Singkir toksinBerpeluh dalam sauna membantu mengurangkan tahap plumbum, tembaga, zink, nikel, merkuri dan bahan kimia – toksin yang biasa diserap apabila badan berinteraksi dengan persekitaran di sekeliling.
4. Bersihkan kulitSauna dapat membersihkan kulit. Apabila badan berpeluh, kulit akan menjadi bersih dan sel kulit mati akan diganti – menjadikan kulit anda dapat berfungsi dengan baik. Sauna kering akan menjadikan kulit anda kering semasa menggunakan sauna.
Bagi individu yang menghidapi psoriasis akan mendapati simptom itu berkurangan semasa dalam sauna. Tetapi bagi individu yang mengalami dermatitis atopik, mungkin akan mendapati ia bertambah teruk.
5. Tingkatkan prestasi kardiovaskular
Apabila suhu badan meningkat, kadar degupan jantung juga meningkat. Apabila badan cuba untuk menyejukkan, kadar degupan jantung akan menurun. Ia memberikan jantung senaman yang sihat. Sauna juga dikaitkan dengan dapat menjadikan kadar tekanan darah menurun dan meningkatkan fungsi jantung.
6. Tidur lebih baikMelakukan sauna dikatakan dapat menjadikan tidur anda lebih baik. Kajian menunjukkan penurunan endorfin, berkurangan secara perlahan selepas endorfin membantu memudahkan tidur anda.
7. Kurangkan asmaIndividu yang menghidapi asma mungkin akan merasakan beberapa simptom berkaitan asma berkurangan ketika dalam sauna. Sauna membantu menjadi saluran udara lebih terbuka, melegakan kahak dan mengurangkan tekanan.
8. Mengurangkan beratSauna juga dipercayai adalah sebagai satu cara untuk mengurangkan berat dengan usaha yang minimum. Ketika berada di dalam sauna, kadar degupan jantung akan meningkat.
Kajian mengatakan, sesi sauna selama 20 minit di bawah suhu sekitar 76°C, dapat membakar lebih daripada 500 kalori. Metabolisme badan akan meningkat seperti melakukan senaman fizikal dan merupakan kaedah terbaik untuk mengekalkan berat badan.
Sumber: HelloDoktor