Riadah/Relax

8 Destinasi Cuti-Cuti Malaysia Menarik ‘Era’ PKPP, Ada Yang Setanding Luar Negara!

95
SHARES

Setelah berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semua orang telah dibenarkan untuk merentas negeri. Selama 3 bulan semua tidak dibenarkan bergerak ke mana-mana selain dalam negeri sahaja, ramai yang telah mengambil keputusan untuk menggunakan peluang yang ada ini dengan sebaiknya. Ramai yang menggunakan momen ini untuk pulang beraya ke kampung halaman ataupun pergi membawa keluarga bercuti.

Seperti sedia maklum dengan pengumuman PKPP ini, banyak hotel dan tempat peranginan juga telah membuat promosi besar-besaran dengan harga yang begitu murah. Ada yang menggunakan peluang ini untuk melariskan lagi tempat peranginan mereka. Ada yang membuat promosi dari harga ribuan ringgit kepada harga serendah 200 hingga 300.

Dengan kelonggaran yang diberikan ini, mesti ramai yang dah plan untuk bawa anak anak anda pergi bercuti kan? Mari kita lihat senarai destinasi untuk anda bawa keluarga anda sepanjang PKPP ini.

8 Lokasi Menarik Untuk Bercuti

1. Colmar Tropicle, Bentong Pahang

Tempat yang terletak di Bentong ini adalah antata lokasi yang menarik untuk dikunjungi kerana kawasannya membuatkan anda rasa seperti berada di oversea. Antara aktivit yang menarik di sini ialah korang boleh pakai kimonon di Japanese Village, makan di restoran yang bermotifkan Perancis dan bermain bersama arnab di Ladang Arnab. Selain itu juga, memanah dan paintball juga boleh dilakukan di sini.

2. Pulau Sembilan, Lumut Perak

Jika anda familiar dengan kawasan ini pasti anda tahu apa keistimewaan pulau ini. Fenomena yang berlaku di sini bukan sahaja berlaku di luar negara, malahan juga ianya ada berlaku di Malaysia juga. Fenomena yang namanya Blue Tears ini merupakan cahaya biru yang terhasil di sekeliling pantai ketika waktu malam. Ianya berlaku dari alga dan plankton.

3. Smoke House Hotel, Cameron Highlands Pahang

Hotel dengan gaya hotel Inggeris Tudor ini dibina pada tahun 1939 dan bersebelahan padang golf yang indah. Bagi tetamu yang hadir, pastinya anda akan menikmati pemandangan dari atas bukit yang menghijau dan menenangkan ini. Cuaca yang sejuk di atas bukit ini juga sesuai bagi mereka yang ingin lari dari kehidupan moden malah anda juga dapat feeling seperti berada di era Inggeris lama.

4. Earth Lodge, Ulu Muda Kedah

Bagi peminat flora dan fauna, ini dia syurga anda! Hutan seluas 160,000 hektar ini terletak jauh dari bandar. Sesuai untuk membawa keluarga lari dari kesibukan kota, kawasan ini juga menjanjikan ketenangan dengan flora dan faunanya yang sangat indah. Dengan menaiki bot untuk ke kawasan tersebut, anda pasti dapat menyaksikan burung dan hidupan liar sepanjang sungai dan juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking. Jika anda bernasib baik, mungkin anda boleh terserempak dengan gajah.

5. Masbro Village, Melaka

Bagi mereka yang suka bergambar, ini adalah mungkin destinasi terbaik anda. Hanya terletak di Melaka, Masbro Village ini merupakan tempat perkampungan berwarna-warni di mana anda pasti tahu tidak jauh beza dengan yang terletak di Brighton Beach Melbourne. Dengan larangan untuk merentas negara, pasti tempat ini juga menjadi tumpuan bagi mereka yang inginkan feel luar negara itu. Juga anda boleh melawat segala tempat bersejarah yang ada di sekitar Bandaraya Melaka.

6. Templer Park Rainforest Retreat, Selangor

Destinasi ini merupakan antara pilihan buat anda yang ingin lari dari hiruk pikuk kota. Hanya terletak di Rawang, Selangor, anda boleh menikmati pemandangan hutan yang menghijau. Bagi mereka yang tidak mahu pergi jauh terutamanya warga Kuala Lumpur, ini adalah destinasi yang sesuai. Tenang dan menyegarkan pandangan anda.

7. The Shorea, Negeri Sembilan

Antara tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan dan menikmati pemandangan semula jadi, Shorea ini antara destinasi yang ramai tidak tahu tentang kewujudannya. Bangunan yang terletak di dalam hutan ini antara design yang menghargai ketenangan alam semula jadi malah juga sesuai untuk dijadikan tempat percutian peribadi keluarga. Selain berehat anda juga boleh melakukan aktiviti seperti mountain biking, jungle trekking dan nature walk juga mandi di air terjun Jeram Toi.

8. Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu

Ingin merasa tinggal di rumah kampung? Destinasi ini adalah yang paling sesuai buat anda. Selain itu, anda ju=uga dapat melihat keunikan seni bina klasik yang ada dikawasan tersebut. Terletak di Setiu, Kuala Terengganu, anda dapat menikmati pemandangan Laut China Selatan dari kawasan tersebut dan juga dapat melihat Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Jika anda bernasib baik, anda pasti dapat melihat penyu bertelur di kawasan berdekatan dan juga anda boleh untuk pergi memancing dan scuba diving.

Most Popular

To Top