Rakyat

7 Jenis Ubat Darah Tinggi Yang Ditarik Balik. Jangan Panik, Tiada Kesan Jangka Pendek

87
SHARES

Seperti yang diwar-warkan oleh Kenyataan Akhbar KPK Kesihatan pada 29 Mac 2019 tempoh hari, pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah menggantung pendaftaran bagi 7 produk dengan bahan aktif losartan yang digunakan untuk merawat darah tinggi bermula 7 Mac 2019.

7 produk yang dimaksudkan adalah:

  • Losagen 50
  • Losagen 100
  • Losartas 50mg Tablets
  • Losartas 100mg Tablets
  • Tozaar Plus LS 50/12.5mg Tablet
  • Tozaar 50mg Tablet
  • Tozaar Tablet 100mg

Syarikat yang terlibat juga telah diarahkan untuk memanggil balik produk-produk tersebut. Sehubungan itu, pada masa ini, produk-produk tersebut telahpun dikeluarkan daripada pasaran Malaysia.

ubat darah tinggi

Semak & Pulangkan, Tak Perlu Panik

Mengulas isu tersebut, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr Lee Boon Chye menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak perlu panik kerana ubat itu hanya memberi kesan negatif jika diguna untuk jangka masa panjang.

Dr Lee juga menasihatkan mereka yang masih menyimpan ubat-ubat tersebut supaya memulangkan semula kepada syarikat pembekal dan minta digantikan dengan ubat yang telah diluluskan.

Dalam pada itu, mesti ramai yang tertanya-tanya dan berasa ragu sama ada ubat darah tinggi yang lain selamat digunakan. Dalam hal ini, Dr Suhazeli Abdullah dalam satu kenyataan di media sosial menegaskan bahawa ubat yang mengandungi losartan lain yang bukan dari syarikat berkenaan adalah selamat digunakan.

“Kenyataan itu menyebut bahawa hanya 7 jenis dos ubat darah tinggi berjenama LOSAGEN, LOSARTAS dan TOZAAR keluaran dari TIGA syarikat India di tarik balik. Mana-mana jenama lain yang tidak terkait dengan jenama tersebut boleh digunakan tanpa was-was. Hanya tiga jenama ini sahaja yang ditarik balik. Jelas!”

Tambah beliau, produk losartan seperti yang di tarik ini tidak di pesan oleh KKM untuk kegunaan premisnya. Tetapi pihak swasta bebas untuk beli dan guna kerana diluluskan oleh NPRA sebelum ini.

Dr Suhazeli juga mengingatkan orang ramai bahawa ubatan yang berdaftar seluruh dunia amat teliti dalam setiap aspek pembuatannya dan juga setelah dipasarkan.

Ikuti penerangan sepenuhnya daripada Dr Suhazeli Abdullah di SINI.

Nasihat Kepada Pengguna

KKM ingin menyeru orang awam agar menggunakan produk kesihatan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Semakan status pendaftaran sesuatu produk kesihatan boleh dibuat melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di http://www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun di Google Play.

*Sumber: The Star, FB Dr Suhazeli Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×