1-2 Tahun

7 Telatah Lucu Kanak-Kanak Bawah 3 Tahun Yang Anda Akan Selalu Lihat

118
SHARES

“Eh anak aku dah boleh cakap No lah!”

Perkembangan si manja dalam lingkungan umur 0 sehingga ke 3 tahun adalah antara yang paling menarik sekali. Mana tidaknya, dari si kecil tidak pandai bercakap sehinggalah mereka sudah boleh melompat dan bercakap dengan fasih. Inilah perkembangan yang akan berlaku dalam lingkungan umur sebegini. Jadi, ini adalah beberapa tanda perkembangan anak yang anda mesti excited nak tengok!

1. Suka melihat bayangnya sendiri

Apabila anak sudah mencapai umur setahun, apa yang anda dapat lihat adalah mereka sudah pandai main dengan bayangnya sendiri. Kalau mereka duduk berhadapan dengan dinding, lampu dan boleh nampak bayang-bayang mereka pasti seronok mereka tertawa!

2. Sudah boleh membongkok dan memungut objek

Membongkok dan memungut objek merupakan antara perkembangan yang anda boleh lihat apabila anak sudah memcapai umur satu tahun ke tiga tahun. Selain itu, mereka juga akan cuba untuk mengangkat objek yang lebih berat dari kebiasaan.

3. Meniru perlakuan orang lain

Sebab itulah orang cakap perlakuan ibu bapa amat penting untuk memberi contoh kepada anak-anak. Hal ini kerana, apabila anak sudah mencapai umur satu tahun dan keatas mereka sudah pandai untuk imitate atau meniru gerak laku ibu bapa.

4. Menggunakan perkataan ‘tak’ atau ‘no’ sebagai perkataan favourite

Inilah merupakan perkataan kegemaran yang boleh ditutur oleh si manja. Kadang-kadang sampai semua perkara yang disuruh pun akan disebut ‘No’. Comel je.

5. Dah pandai menari ikut muzik

Setiap kali pasang muzik sahaja, pasti anak akan ikut menari berdasarkan rentak muzik. Ini bermakna bahawa anak-anak sudah pandai mengingati dan mengimbangkan diri mengikut situasi tertentu.

6. Dah pandai minum air guna cawan

Kalau sebelum ini kita perlu pegang botol anak ketika menyusu, apabila anak sudah mencapai umur yang sepatutnya mereka sudah boleh minum susu dengan sendiri! Bukan sahaja botol susu, kalau letakkan air dalam cawan pun mereka dah boleh minum sendiri.

7. Cerewet mengenai makanan

Makanan itu tak nak, makan ini tak nak, memang dah pandai memilih dah makanan. Apabila anak sudah pandai memilih makanan mengikut kegemaran mereka, memang si ibu pun pening kepala nak sediakan makanan mengikut kegemaran si kecil.

Siapa dekat sini yang mempunyai anak dalam lingkungan usia tersebut, jangan lupa untuk klik poll di atas. Barulah kita boleh kongsi pengalaman melihat perkembangan anak-anak.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×