Sepanjang proses Perintah Kawalan Pergerakan ini makin banyak pula resepi pencuci mulut seperti kuih dan kek yang dikongsi di laman media sosial. Maka, pastinya barangan seperti tepung menjadi antara list utama dalam senarai pembelian yang dikirim kepada suami. Namun, tahukah anda bahawa terdapat perbezaan jenis tepung antara yang ada bahan pemutih dan tiada bahan pemutih, iaitu tanpa benzoyl peroksida.
Bila dah ada bahan-bahan kimia sebegini, maka khasiat tepung itu sendiri pun berkurangan. Jadi, ini antara 7 pilihan jenama tepung tanpa bahan pemutih yang anda boleh dapatkan di pasaraya terdekat. Barulah selamat nak buat kek tu!
7 PILIHAN TEPUNG GANDUNG UNBLEACHED
Hi, musim PKP ni semua org rajin membaking, buat kueh-mueh, buat donut, roti canai bagai kan. So cuma nak share brand tepung gandum UNBLEACHED / TANPA BENZOYL PEROKSIDA / TANPA BAHAN PEMUTIH yang ada dipasaran which is saya pernah jumpa dan ada yang pernah pakai.
1) Jenama Fikri RM3.20 Village Grocer
2) Jenama Faiza RM3.40 Village Grocer
3) Cap Ros RM1.70 Speedmart
4) Bakers’ Choice RM2.10 Speedmart
5) SFM Tepung Gandum RM1.70 Kedai runcit
6) Bunga Cempaka RM2.30 Aeon Big
7) Lili RM2.10 Kedai runcit
Di pasaraya-pasaraya besar In sha Allah ada, cuma maybe harga berbeza. Kalau ada sesiapa yang guna selain brand ni, bolehlah share ya. Semoga posting ni berguna untuk semua. Terima kasih. Biasa guna skrg brand Faiza, Baker Choice dgn Cap Ros. Cap Sauh tak pandang dah.
Sumber : Yasmin Abdul Halim