Didik

7 Cara Latih Anak Supaya Tak Takut Untuk Tidur Sendiri, Anda Pun Boleh Tidur Lena

72
SHARES

“Alif tak nak lah tidur sorang, takut lah!”
“Mana boleh macam tu, Alif kalau tidur sorang baru boleh jadi kuat tau”

Mesti semua ibu-ibu pernah rasa pengalaman macam ni kan? Susahnya nak bagi anak tidur sendiri ni macam-macam betul alasan yang diberi. Tetapi, kesian juga dekat anak-anak sebab mereka sebenarnya rasa takut dan sunyi untuk tidur sendiri kan? Namun, perkara ini tidak boleh dibiarkan dan pendedahan serta didikan awal perlu diberi. Nak tahu ‘tricks’ untuk anak tidur bersendirian? Jom kita tengok 7 cara yang boleh digunakan.

1. Latih dari kecil

http://www.huffingtonpost.com/

http://www.huffingtonpost.com/

Memang bila anak masih kecil, agak berat hati juga nak asingkan tempat tidur anak kan? Yelah, nak peluk-peluk, nak bermain dengan anak lagi. Tetapi, jangan biarkan perkara ini sampai mereka sudah besar. Untuk membiasakan anak-anak boleh tidur dengan sendiri, elok bermula sejak dari kecil. Bila mula dari kecil dan mereka sudah terbiasa, nanti bila anda tidurkan anak, mereka tak adalah ‘lari’ ke bilik anda semula.

2. Guna ayat-ayat positif

http://kickofjoy.com/

http://kickofjoy.com/

Salah satu tips untuk mendidik anak adalah dengan menggunakan ayat-ayat yang positif. Bila anda menggunakan kata-kata yang positif, mudah untuk anak-anak mendengar. Contoh ayat untuk digunakan supaya anak mudah tidur sendiri adalah dengan memujuk “Abang kena tidur sendiri nanti baru boleh jadi superhero” atau ” Kakak kena tidur sorang-sorang, princess semua tidur sorang tau”. Dengan menyebut salah satu karakter yang mereka gemari, mungkin dapat membantu anak-anak untuk selesa tidur sendiri.

3. Ajar anak berdikari

http://www.latimes.com/

http://www.latimes.com/

Ajar anak untuk berdikari adalah amalan yang paling penting dalam kehidupan seharian. Bukannya apa, ibu bapa pun tak akan sepanjang masa ada bersama betul tak? Bukan ketika berada di luar rumah saja, ketika tidur pun anak-anak kena berdikari tau dengan cara tidur sendiri. Didik anak sejak dari kecil tentang bagaimana cara untuk mereka lalukan supaya setiap kali tidak dapat tidur. Mungkin dengan cara membaca buku atau anda meneman mereka untuk seketika dapat memberikan sedikit keberanian kepada mereka.

4. Jangan terlalu memaksa

http://www.goodtoknow.co.uk/

http://www.goodtoknow.co.uk/

Bila anak tak mahu tidur sendiri saja, anda nak marah. Mana boleh macam tu, nanti anak lagi lah tak mahu nak tidur sendiri, kalau dia ikut pun sebab ketakutan. Kita tak mahu lah anak-anak ikut cakap kita kerana takut,nanti lama-lama boleh trauma tau. Sebaliknya, mulakan dengan cara perlahan, ‘step-by-step’ supaya anak-anak dapat tidur dengan sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

5. Jadikan sebagai rutin

http://www.kveller.com/

http://www.kveller.com/

Bila dah ajar anak untuk tidur sendiri tu janganlah pula tak jadikan sebagai rutin. Sekejap panggil anak tidur bersama, sekejap suruh anak tidur sendiri. Sampai bila anak nak boleh tidur seorang kan? Jadikan rutin untuk mereka tidur dengan sendiri berkekalan. Ini supaya mereka dapat membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. Selain itu, jangan lupa untuk tutup pintu bilik anak ketika tidur untuk mengelakkan gangguan bunyi bising.

6. Beri insentif

http://www.salon.com/

http://www.salon.com/

Ini boleh dikatakan sebagai ‘suapan’ lah juga untuk anak-anak. Kalau anak degil juga, apak kata cuba beri insentif kepada anak-anak, tapi jangan berikan duit, cuba pelbagaikan insentif tersebut. Anak-anak selalu akan cakap ” Kalau saya tidur sorang, ibu nak bagi apa?”. Ha, ini yang pening kepala kan? Apa kata setiap pencapaian anak tu, kita bagi ‘reward’ seperti beli makanan kegemaran, permainan kegemaran atau bawa bercuti. Mesti anak akan ikut cakap.

7. Cari haiwan peliharaan

http://www.boredpanda.com/

http://www.boredpanda.com/

Anak-anak ni, mereka tak mahu untuk tidur seorang kerana sunyi. Salah satu cara untuk mengelakkan mereka dari kesunyian dan takut ketika tidur adalah dengan mengambil haiwan peliharaan. Binatang seperti kucing dapat membantu anak-anak supaya mereka merasakan seperti ada kawan untuk tidur bersama. Bukan itu saja, kalau membela ikan emas di dalam bilik pun boleh juga dijadikan sebagai idea haiwan peliharaan dan dekorasi bilik anak pun jadi cantik.

giphy.com

giphy.com

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×