DIY & Kraf

7 ‘Gajet’ Dapur Wajib Beli Di Daiso Untuk Mudahkan Kerja Mak-Mak

4.2K
SHARES
barang daiso

Sudah semestinya apabila kita sebut sahaja Daiso, mesti kita terbayangkan pelbagai kelengkapan dan barang kegunaan harian dari negara matahari terbit, Jepun. Bukan sahaja harga berpatutan malah barangan di kedai Jepun ini mempunyai keunikan yang luar biasa. Siapa sahaja yang masuk ke dalam kedai ini pasti akan membeli sesuatu yang ternyata sangat berguna terutama sekali buat golongan mak-mak.

Oleh itu, apa kata anda cuba 7 ‘gajet’ dapur yang boleh dibeli di Daiso sebagai pemudah cara anda memasak. Mesti dah tak merungut penat lagi!

1.Silicone Brush

Serius hani rasa benda ni genius hahaha masukkan minyak dalam botol silikon ni, lepas tu nak guna picit je dalam kuali. Sapu dengan berus kat atas tu. Sesuai sangat untuk masak roti canai, roti jala dan macam-macam yang tak gunakan minyak banyak tapi minyak rata di permukaan kuali. Nak wangi, potong kecil-kecil (bukan hiris) daun pandan, masukkan dalam botol ni. Bijak sangat aih benda ni haha senang kerja.

2. Timer!

Benda wajib ada untuk memasak (especially mengukus) dan membersih/ mengemas. Hani kalau tak ada ni time mengemas rasa mcm tak boleh nak kemas laju-laju. Hani tak guna alarm hp sebab nanti tangan rajin check notifications kerja rumah tak gerak.

3. “Timer” untuk masak telur

Dulu-dulu petua mummy hani ajar nak rebus telur letak sikit beras (dua tiga cubit). Beras dah masak jadi nasi maknanya telur dah masak. Ada benda alah ni mudah nya ! “Masakkan” sekali telur dengan egg timer ni nanti senang nak tahu telur dah masak atau separuh masak.

4. Pengukur spaghetti

Rumah hani sebulan dua kali masak spaghetti hehe pernah tak berlaku kadang-kadang tu nak masak banyak mana tak sure. Takut tersikit atau terlebih banyak. Guna je pengukur spaghetti ni. InsyaAllah mencukupi haha tapi kalau jenis kuat makan macam hani. Kalau untuk dua org hani ukur dalam lubang ketiga.

5. Silica gel

Ni untuk hani letakkan dalam balang-balang makanan kering mcm bekas spaghetti, rempah-rempah, milo, kopi sebab taknak makanan kering jadi lembap, berkulat dan keras. Masukkan dalam balang atau tampal kat bahagian dalam penutup balang.

6. Pengeras minyak

Ni ramai dah tahu kot haha tbh, rumah hani jarang guna benda alah ni. Tapi good to have at home. Ni untuk keras lebihan minyak yang kita nak buang. Dah keras boleh lah buang dalam plastik sampah.

7. Mini frother

Ni bukan utk kopi je, hani buat telur dadar pun guna benda alah ni. So telur dadar jadi extra fluffy hehehe.

*Banyaknya alatan-alatan yang boleh mudahkan kerja mak-mak di rumah!

Sumber : Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×