Cantik

6 Trend Baju Raya Paling Meletup Tahun 2018!

109
SHARES

“Raya dah tak lama dah, baju raya tak beli lagi. Fesyen apa yang tengah trend sekarang eh?”

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tapi baju raya masih belum dibeli. Pening dan rambang mata juga bila nak pilih lambakan baju raya yang pelbagai fesyen dan warna di pasaran. Jadi, untuk anda yang masih belum beli baju raya dan nak tahu apakah trend paling terkini 2018, jom kita tengok 6 trend baju raya tahun ini yang anda boleh cuba!

1. CORAK KAIN YANG BERBUNGA-BUNGA

Kalau kita lihat di pasaran, makin banyak baju kurung atau baju raya yang menampilkan rekaan kain yang bercorak. Motif bercorak yang menjadi pilihan trend 2018 adalah bercorakkan bunga-bungaan. Nampak lebih sopan dan lembut bagi sesiapa sahaja pemakainya.

2. PEPLUM MASIH LAGI JADI PUJAAN

Bukan sahaja terkenal pada zaman Saloma, malah rekaan peplum ini masih mendapat tempat di hati ramai wanita zaman sekarang. Mampu untuk kelihatan feminin dan dalam masa yang sama elegen dan ‘classy’, gaya peplum masih menjadi trend untuk baju raya 2018.

3. BAJU TABURAN MANIK

Tidak ramai yang akan menggayakan baju raya yang mempunyai taburan manik sebagai corak pada Hari Raya kerana fikir akan kelihatan terlalu eksklusif. Tak salah sebenarnya, trend 2018 membolehkan anda untuk menggayakan baju idaman yang mempunyai rekaan manik yang pelbagai. Nampak meriah sikit.

4. KEBAYA DAN KEBARUNG PILIHAN KLASIK

Buat anda yang suka mengekalkan ciri-ciri tradisional Melayu, masih tidak ketinggalan zaman untuk menggayakan baju kebarung dan kebaya pada hari Lebaran kali ini. Trend yang tidak lapuk ditelan zaman ini mampu untuk menjadikan anda kelihatan ayu dan manis di pagi raya nanti.

5. BAJU LENGAN KEMBANG

Menjadi salah satu trend paling ‘hot’ 2018 adalah mempunyai baju raya berlengan kembang. Bukan sahaja boleh dipakai ketika menyambut Lebaran, malah fesyen baju raya ini boleh juga dipakai pada hari-hari biasa kerana ia kelihatan sedikit kasual.

6. KIMONO ALA-ALA JEPUN

Fesyen baru raya kimono atau ‘wrap’ ini juga menjadi salah satu trend 2018 untuk koleksi Hari Raya. Kelihatan kasual dan elegan, trend ini juga sesuai untuk dipakai pada hari raya dan majlis-majlis formal. Bukan sahaja kelihatan klasik, anda juga kelihatan eksklusif dan ‘up-to-date’.

*Yang mana satu fesyen baju raya anda tahun ini?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×