Famili

6 Tips Travel Bawa Car Seat Kanak-Kanak Dalam Kapal Terbang

831
SHARES

Boleh ke bawa child car seat masuk dalam kapal terbang? Untuk pengetahuan anda, terdapat sistem CRS atau Child Restraint System di bawah syarikat penerbangan kerajaan dimana anda boleh mendapat kebenaran menggunakan child car seat bukan sahaja di dalam kereta. Ternyata penggunaan child car seat dalam kapal terbang boleh mengurangkan tekanan apabila berlakunya kecemasan seperti putaran angin semasa penerbangan. Jom ikuti langkah yang dikongsikan oleh ibu ini mengenai pengalaman menggunakan CRS.

TRAVEL DAN BAWA CHILD CAR SEAT DALAM KAPAL TERBANG?

Siapa baru nak cari child restraining system (CRS) untuk anak? Jangan lupa cari CRS yang Federal Aviation Administration (FAA) approved iaitu CRS yang selamat digunakan dalam kapal terbang selain kereta.

1. Check pada manual CRS mengenai label stiker FAA approved.

2. Hubungi airline sebelum buat belian tiket kapal terbang. Ada juga polisi yang tidak membenarkan pemakaian CRS tetapi diganti dengan sistem CARES harness contohnya Firefly airlines. (rujukan CARES safety harness on flights : http://kidsflysafe.com/ )

3. Bagi anak yang berusia bawah 2 tahun (infants) perlu beli full cost child tickets jika nak guna CRS. Untuk anak yang 2 tahun lebih, cuma perlu maklumkan pada airlines mengenai CRS anda selepas anda semak polisi mereka tiada halangan mengenai pemasangan CRS

4. Semak adakah CRS anda boleh digunakan di lokasi yang dituju? Contohnya jika anda mempunyai CRS US standart, anda tidak boleh menggunakannya di Australia kerana tidak mengikut polisi CRS di negara berkenaan.

5. Semak manual pemasangan CRS adakah ia memerlukan lap-shoulder belt? Jika ya, ia tidak boleh digunakan di dalam kapal terbang kerana hanya pemasangan melalui lap belt dan tanpa tether anchors pada kerusi kapal terbang. Most European seats are not airlines approved since they requires lap – shoulder belt installation. American Standard car seat normally will be Aircraft approved tetapi check pada manual sebelum pembelian.

6. Untuk membawa masuk CRS, berdasarkan pengalaman kami, staff di kaunter check in tak membenarkan CRS digunakan di dalam kapal terbang, jadi minta untuk bercakap dengan air crew dan tunjuk label stiker FAA approved pada CRS bagi membolehkan CRS anda digunakan pada seat anak anda boleh request belt extender untuk pasang CRS.

Untuk flight kali ni route kami guna Malaysia Airlines (MAS) flight dari Kota Bharu transit ke KLIA untuk ke Sarawak.

CRS: Graco Extend2Fit

Buckle Up! Bawa CRS sendiri anak duduk dalam flight pun selesa dan lebih selamat. Bila sampai lokasi boleh terus pasang dalam kereta sewa tiada alasan untuk travel dan tak guna CRS ye.

Sumber : Sarah Sulaiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×