Didik

6 Tips Sediakan Diri Paling Berkesan Sebelum Peperiksaan.. Penting Untuk “Students” Ni…!

7K
SHARES

“Alamak..lagi seminggu je nak exam ni. Banyak lagi chapter yang tak cover ni. Sempat ke tidak nak ingat semua ni?”

Bila sebut je pasal peperiksaan, tak kiralah UPSR, PT3, SPM dan STPM, mesti dah boleh bayangkan betapa stresnya nak ulangkaji, lepas tu memikirkan masa yang terhad dan paling penting, boleh ke tidak nak ingat semua yang dah baca tu!

Haa..bertenang..Jangan panik! Dekat sini, kami ada senaraikan beberapa tips untuk anda siap sedia sebelum menghadapi peperiksaan. Apa kata anda cuba ikuti tips ni..mana tahu berkesan untuk diri anda!

Tak cuba tak tahu kan..

HIAS RUANG BELAJAR DENGAN AYAT-AYAT MOTIVASI

Kalau persekitaran cantik, mesti kita pun akan rasa selesa dan tenang je kan. Macam tu juga kalau persekitaran kita dihiasi dengan kata-kata perangsang. Mesti kita akan selalu rasa positif dan bersemangat.

Setiap kali kita tengok ayat-ayat motivasi tu, mestilah akan wujud rasa nak belajar dan berjaya. Jadi, apa kata anda rajin-rajinkan diri untuk hias ruang belajar anda dengan ayat-ayat yang bermotivasi. Manalah tahu setiap kali terpandang ayat-ayat tu, boleh mendorong anda untuk lebih rajin belajar.

ELAKKAN BERCINTA SAKAN

Haa..untuk adik-adik yang masih sekolah tu, tips ni paling penting tau! Elakkan diri daripada perkara yang boleh mengganggu emosi seperti cinta monyet.

Bila dah bercinta, secara tidak langsung mesti fokus akan terganggu. Whatsapp lah, bercakap di telefon berjam-jam, semuanya boleh menghilangkan fokus anda terhadap pelajaran. Yelah, sekarang ni di social media segala benda ada. Tak ketinggalan benda-benda negatif yang boleh menjejaskan pelajaran anda.

Daripada buang masa untuk perkara yang tak berfaedah tu, apa kata luangkan masa untuk fokus pada pelajaran. Bukan tak boleh berkawan, tapi pandai-pandailah bahagikan masa. Kan bagus kalau adakan study group dengan kawan-kawan. Dapat juga manfaat!

JAUHKAN DIRI DARI MAKAN MAKANAN RINGAN

Makanan sebenarnya memainkan peranan penting terhadap tumpuan dan tahap tenaga anda. Oleh itu, anda harus sentiasa menjaga tubuh badan dan otak dengan memilih makanan berkhasiat yang terbukti dapat meningkatkan daya ingatan seperti ikan, kekacang, bijirin, yogurt dan bluberi.

Seelok-eloknya, elakkan mengambil makanan yang berlebihan gula beberapa hari sebelum peperiksaan dan makanlah makanan yang dapat membekalkan tenaga. Ini dapat membantu anda untuk kekal fokus dalam menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

AJAK KAWAN-KAWAN BUAT STUDY GROUP

Study group ataupun belajar secara berkumpulan sememangnya berkesan untuk menjawab peperiksaan dengan baik. Seperti kata pepatah, “two head is better than one”.

Lebih ideal untuk membincangkan sesuatu topik yang anda kurang mahir bersama kawan kerana mungkin mereka lebih mahir dan ada jawapannya.

Dari situ, anda akan mendapat input yang lebih dan lebih memahami tentang sesuatu perkara. Selain itu, anda juga boleh mempraktikkan cara mengulang semula apa yang telah anda pelajari kepada kawan anda.

Dengan cara ini, anda bukan sahaja membantu mereka tetapi anda juga akan lebih mengingati apa yang telah difahami.

GUNA PETA MINDA/GAMBAR

Alat bantuan visual sebenarnya sangat membantu apabila anda mengulangkaji. Cuba praktikkan melukis peta minda dengan menulis point-point yang anda rasa penting tentang suatu topik.

Nak lebih menarik, gunalah pen yang berwarna warni. Ini juga dapat merangsang mood untuk anda tidak cepat bosan semasa mengulangkaji.

Kemudian, apabila hari peperiksaan semakin tiba, letakkan nota peta minda anda ke dalam satu rajah di dalam satu muka surat. Format ringkas ini akan memudahkan anda untuk mendapatkan idea-idea penting dan gambaran untuk menjawab soalan peperiksaan.

Secara tidak langsung, ia juga berkesan dalam membantu anda untuk mengingati dengan lebih cepat.

JANGAN SESEKALI STUDY LAST MINUTE!

Haa..ini memang sangat perlu ditekankan. Boleh dikatakan hampir semua pelajar mempunyai tabiat buruk ini. Jangan praktikkan selalu tau adik-adik sebab boleh memakan diri!

“Eh, lambat lagi nak exam. Nantilah baru study”. Mesti anda selalu ada perasaan macam ni kan? Tak elok tau berlengah-lengah sebab nanti anda akan jadi bertambah malas.

Apa salahnya persiapkan diri anda lebih awal dengan mengulangkaji semula topik yang baru sahaja dipelajari di sekolah setiap malam sebelum tidur.  Mesti anda masih mengingati apa yang telah dipelajari tadi bukan?

Apabila bersedia lebih awal, anda akan lebih relax dan tidak stress untuk menghadapi peperiksaan mendatang.

CITREX MEMORIA™ UNTUK PRESTASI KOGNITIF OPTIMUM!

Setuju tak kalau kami kata, masalah yang selalu sangat dihadapi dalam belajar ni adalah nak mengingati apa yang telah kita pelajari? Kadang-kadang dah baca berpuluh kali pun masih susah nak lekat dalam otak. Boleh jadi stress!

Haa..jangan risau, sebab Citrex Memoria™ boleh bantu anda selesaikan semua masalah tu! Citrex Memoria™ adalah sejenis minuman penjana memori perisa oren yang diformulasikan dengan gabungan unik herba.

Citrex Memoria™ ni bukan sahaja sesuai untuk pelajar tetapi rumusan unik ini juga khas untuk para eksekutif yang mengalami tekanan kerja, individu dengan gaya hidup yang aktif dan pemakanan tak seimbang, serta mereka yang lanjut usia.

Bahan-bahan aktif Citrex Memoria™ seperti American Ginseng Cereboost™ adalah semulajadi, tidak berbahaya dan diiktiraf  berfungsi dalam meningkatkan mood, daya ingatan, daya tumpuan dan proses kognitif.

Jadi, anda takdelah rasa ragu-ragu nak amalkan Citrex Memoria ni sebab ia terbukti selamat dengan disokong oleh penyelidikan saintifik.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan laman web Citrex Memoria ini.

Kalau anda nak tahu lebih lagi pasal produk ni atau ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Talian Customer Care: 1-800-888-313 atau email ke [email protected] / [email protected]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×