Famili

6 Tips Berkesan Untuk Ibu Bapa Atasi Masalah Anak Gagap

144
SHARES
Foto Kredit : centerforchildrensspeech.com

Gagap ialah apabila pertuturan menjadi tidak lancar atau tersekat-sekat. Selalunya, kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun akan mengalami tempoh ‘gagap’ semasa proses perkembangan bahasa mereka.

Sering tersekat-sekat, mengulangi suku kata, perkataan atau ayat yang sama, pemanjangan sesuatu bunyi perkataan atau berhenti ketika bercakap adalah antara tanda-tanda anak anda mengalami masalah gagap.

Hampir 5% kanak-kanak mengalami kegagapan normal pada usia tersebut. Kadang-kadang masalah gagap tersebut terjadi disebabkan oleh kanak-kanak terlampau penat, gembira, teruja untuk bercakap atau ingin bercakap dengan pantas.

Mereka yang gagap selalunya mengalami masalah pengulangan perkataan yang melibatkan kepayahan dan ketegangan otot-otot yang ketara di kawasan muka dan mulut. Selain itu, mereka akan gagap dengan 10 perkataan hingga 100 perkataan.

Kanak-kanak tersebut juga akan seperti tercungap-cungap untuk menghabiskan satu ayat yang dituturkan kerana mereka akan mengambil masa yang lama untuk menamatkan perbicaraan atau perbualan.

Kanak-kanak gagap diklasifikasikan menghadapi gangguan dalam kelancaran pertuturan.

Pertuturan tersekat, sekali gus mengeluarkan perkataan, bunyi atau suku kata yang berulang-ulang, malah kadang kala berlaku sebutan terhenti dan ayat yang ingin disampaikan tidak dapat dibina.

Semakin meningkat dewasa, kanak-kanak akan semakin menyedari masalah pertuturan yang di alami. Oleh yang demikian, kegagapan meningkatkan rasa malu di kalangan kanak-kanak.

Untuk membantu mereka, ibu bapa, keluarga atau orang terdekat perlu membantu sebelum dirujuk kepada terapi profesional.

Adakah gagap diaanggap normal di kalangan kanak-kanak?

Kanak-kanak yang mengalami kegagapan normal akan mengulangi suku kata atau perkataan 1 hingga 2 kali contohnya sa-sa-saya.

Kegagapan selalunya disertai bunyi seperti “um”, “uh” dan “er”. Selalunya masalah gagap sering terjadi kepada kanak-kanak antara umur 2 hingga 5 tahun. Muncul dan hilang pada waktu-waktu tertentu.

Masalah gagap akan hilang pada waktu-waktu tertentu disebabkan kanak-kanak tersebut sedang melalui proses pembelajaran benda baru dan cuba untuk memahirkan kemahiran bahasa yang ada

Berikut merupakan antara tips yang boleh dilakukan untuk membantu dan mengatasi masalah gagap:

1. Bercakap dengan tenang

Sekiranya anak tersebut mengambil masa ketika bercakap kerana bercakap sepatah demi sepatah, tunggu seketika dalam beberapa saat sebelum memberikan respon.

Tunggu sehingga mereka habis bercakap. Jangan buat mereka tergesa-gesa utnuk bercakap. Jawab dengan tenang dan sabar. Jangan push mereka untuk berikan respon dengan pantas.

Ia hanya akan memberikan tekanan dan membuatkan mereka merasa lebih takut dan lebih gagap. Mungkin mereka boleh bercakap dengan tenang dan lancar selepas ini?

2. Model percakapan yang lancar.

Ibu bapa boleh menjadi model kepada anak. Biasakan untuk bercakap dengan menggunakan ayat-ayat pendek dan bahasa yang mudah.

Elakkan meminta anak bercakap dengan betul setiap masa. Jangan menggunakan perkataan yang susah sehingga berbelit lidah untuk diikuti.

 3. Jadi pendengar yang baik.

speech-therapy-1_orig

Foto Kredit : beststrategiesllc.com

Dengar apa yang dituturkan oleh anak sehingga habis, tanpa perlu menamatkan atau membetulkan ayat yang dituturkan oleh anak.

Jangan betulkan percakapan mereka, begitu juga jangan sesekali menyuruh mereka mengulangi sebutan kerana ia akan bertambah salah

4. Kurangkan banyak bertanya soalan kepada anak.

Banyakkan komen atau perjelaskan apa yang dituturkan oleh anak berbanding bertanya banyak soalan mengenainya. lebih baik bercakapbenda yang perlu sahaja.

5. Wujudkan peluang.

Biarkan anak bercakap dengan tenang, harmoni dan gembira. Beri mereka ruang dan waktu untuk mereka mengekspresikan perasaan dan emosi. Ia dapat membantu kelancaran ketika bercakap kerana tiada tekanan.

‘‘Ibu bapa perlu memberi peluang kepada kanak-kanak gagap ini untuk menghabiskan sesuatu ayat. Jangan ganggu apabila mereka cuba bercakap.

6. Luangkan lebih masa bersama anak.

speechtherapy

Foto Kredit : spectrumspeech.ie

Luangkan masa untuk berinteraksi dengan anak dengan lebih efektif untuk meningkatkan keyakinan anak untuk bertutur.

Banyakkan berkomunikasi bersama anak yang gagap ini terutama ketika beriadah, makan dan waktu terluang supaya tahap pertuturan mereka meningkat. Banyakkan aktiviti menarik yang boleh membantu anak untuk bercakap.

Ibu bapa boleh mengaplikasikan pelbagai tips-tips berkomunikasi dengan individu gagap.

Selain itu, ibu bapa yang mempunyai anak gagap digalakkan untuk membawa anak mereka berjumpa dengan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) untuk mendapatkan penilaian dan rawatan yang sewajarnya.

Mereka selalunya akan mengelak situasi tertentu seperti memberi ucapan, bercakap melalui telefon serta persembahan di khalayak ramai.

‘‘Lebih teruk lagi ialah apabila mereka diketawakan atau diejek, dibuli dan dicela kerana masalah gagap

Ia memberi kesan psikologi seperti hilang keyakinan, sering mengasingkan diri dan enggan bergaul dengan rakan sebaya kerana malu dengan kelemahan diri.

Justeru, dalam hal ini, perhatian dan sokongan ahli keluarga kerana masalah gagap ini sedikit sebanyak menjejaskan tahap keyakinan diri mereka.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×