Pra-Hamil

6 ‘Superfood’ Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Ibu Hamil Dan Kandungan. Anda Boleh Cuba!

91
SHARES

Sebagai ibu yang sedang hamil, anda perlu tahu apa yang perlu dimakan dan apa yang tidak perlu dimakan. Justeru, pengambilan makanan yang sihat dalam diet seharian ibu hamil adalah sangat penting untuk menjamin kesihatan dan perkembangan positif kandungan.

Oleh itu, jangan risau lagi kerana kami ada senaraikan 6 ‘superfood’ untuk wanita hamil supaya dapat sentiasa sihat dan bertenaga! Jom kita baca!

1. Produk tenusu

http://watchfit.com/

http://watchfit.com/

Mengambil kandungan kalsium yang cukup ketika hamil adalah sangat penting. Selain dari menguatkan tulang dan gigi anda, kalsium juga membantu menguatkan tulang dan pertumbuhan tubuh anak di dalam kandungan. Pastikan anda minum segelas atau dua gelas susu sehari dan juga cuba untuk melebihkan pengambilan produk tenusu yang lain juga. Contohnya, keju, yogurt dan ‘buttermilk’.

2. Sayur-sayuran berdaun hijau

http://www.freemalaysiatoday.com/

http://www.freemalaysiatoday.com/

Ramai sudah tahu bahawa sayur-sayuran adalah sangat penting untuk dimakan walaupun ketika tidak hamil. Oleh itu, penting untuk ibu hamil mengambil jumlah sayur-sayuran berdaun hijau yang cukup di dalam diet seharian. Sayur bayam adalah sayur yang paling disyorkan kerana tinggi dengan kandungan asid folik. Asid folik adalah sumber yang bagus untuk perkembangan otak anak yang belum lahir.

3. Brokoli

http://www.well-beingsecrets.com/

http://www.well-beingsecrets.com/

Sebelum ini, brokoli kurang dikenali sebagai salah satu sayur yang berkhasiat tinggi oleh orang ramai dan susah untuk didapati. Namun, kini brokoli sudah mudah didapati di mana-mana sahaja. Ibu-ibu hamil di luar sana perlu memasukkan sayur brokoli sebagai salah satu elemen penting dalam diet seharian. Kaya dengan kalsium dan potassium, ini dapat membantu proses pertumbuhan tulang janin di dalam kandungan anda.

4. Telur dan daging

http://www.dailymail.co.uk/

http://www.dailymail.co.uk/

Telur adalah sumber protein terbaik, rendah kalori dan penuh dengan khasiat Omega-3 untuk badan kita. Selain itu, telur juga mempunyai khasiat yang tinggi dalam asid folik, zat besi dan choline yang juga membantu menghalang kecacatan kepada kelahiran janin. Ingat! Ibu hamil di luar sana perlu makan telur bersama telur kuningnya sekali supaya mendapat kandungan nutrisi yang cukup.

Daging pula kaya dengan protein haiwan yang dapat membantu pertumbuhan sel dan otot kandungan. Adanya pengambilan daging yang cukup juga dapat menghilangkan rasa letih yang dialami oleh ibu-ibu hamil. Jangan lupa untuk memilih daging tanpa lemak kerana daging tanpa lemak adalah pilihan protein yang sangat tinggi.

5. Ikan

http://www.vptrade.gr/

http://www.vptrade.gr/

Pengambilan ikan ketika hamil selalu dipersoalkan kerana khuatir kandungan merkuri yang tinggi terutama sekali ikan laut masin. Tetapi, seperti yang kita tahu, ikan sangat penuh dengan protein yang tinggi dan kaya dengan Omega-3 yang seterusnya dapat mengekalkan kesihatan mata dan otak janin. Untuk langkah yang selamat, anda boleh makan ikan sebanyak dua kali seminggu dan pastikan ikan dimasak dengan sempurna. Elakkan makan isi ikan yang mentah seperti yang diletakkan di sushi untuk mengelakkan jangkitan kuman kepada janin dalam kandungan.

6. Tofu

http://mintleafpasadena.com/

http://mintleafpasadena.com/

Selain dari kaya dengan kalsium, tofu juga penuh khasiat dengan zat besi, vitamin A dan K. Ia juga adalah sumber yang kaya dengan asid folik dan boleh menjadi snek atau bahan salad yang sempurna untuk wanita yang hamil. Jadi, anda tidak bosan lagi dengan hanya makan sayur-sayuran dalam salad dengan menambah tofu sebagai bahan sampingan yang baharu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×