keselamatan

Prasarana Senaraikan 6 Stesen MRT ‘Hotspot’ Paling Banyak Jenayah

739
SHARES

Berikutan kes samun seorang wanita di stesen MRT di Cheras baru-baru ini, 6 buah stesen MRT ‘hotspot’ telah dikenalpasti berdasarkan kes jenayah yang berlaku di lokasi tersebut.

Kes samun yang berlaku baru-baru ini di MRT Cheras

6 Stesen MRT Hotspot

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan dan ditempatkan di stesen MRT terutamanya di 6 stesen MRT ‘hotspot’ iaitu

  • Taman Mutiara Cheras
  • Batu 11
  • Bukit Bintang
  • Maluri
  • Kajang
  • Pertama Cheras

Pasukan petugas khas tersebut akan dibentuk daripada 1,300 anggota polis bantuan yang sedia ada yang tidak memakai pakaian seragam serta akan membuat rondaan di 115 stesen MRT.

Langkah Keselamatan Akan Ditingkatkan

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, “Selepas insiden samun yang berlaku minggu lepas, pihak Prasarana mengambil langkah berjaga-jaga dan menambah anggota polis bantuan yang akan menjalankan rondaan dengan lebih kerap di sekeliling stesen sepanjang hari.”

“Mana-mana pengguna MRT yang memerlukan khidmat pengiring daripada anggota polis bantuan yang berpakaian seragam untuk mengiringi mereka ke kawasan parkir boleh meminta bantuan daripada mereka,” tambah Anthony Loke menerusi laporan Astro Awani.

Stesen mrt cheras

Selain itu, Kementerian Pengangkutan juga memberikan lebih fokus untuk menambahbaik ciri-ciri keselamatan di semua stesen pengangkutan awam bagi mengembalikan keyakinan penumpang-penumpang wanita terhadap keselamatan di tempat-tempat berkenaan.

“Pihak Prasarana dan KTM memastikan sistem lampu di fasiliti parkir di ‘Park and Ride’ adalah lebih baik dan tidak gelap gelita pada waktu malam.

“Buat jangka masa panjang, ciri penambahbaikan yang kita ingin laksanakan adalah keselamatan melalui tambahan litar untuk pemantauan yang lebih baik atau penambahan anggota,” tambahnya.

 

*Sumber : Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×