Famili

6 Sebab Anda Beruntung Ada Adik-Beradik Perempuan

911
SHARES

“Ala, adik ni sikit-sikit nak sentap, kejap lagi nangislah tu. Ni yang malas nak cakap dengan budak perempuan. Leceh betul…”

Bagi sesetengah orang, mempunyai kakak atau adik perempuan mungkin dikatakan leceh, banyak drama, dan ada saja karenahnya. Tapi tahukah anda, selain sebab-sebab yang biasa kita dengar, ada juga kajian sains yang membuktikan bahawa memiliki adik-beradik perempuan akan menjadikan anda seorang insan yang lebih baik.

6 Sebab Anda Beruntung Ada Adik-Beradik Perempuan

1. Memupuk Sifat Penyayang

Para penyelidik daripada Brigham Young University menjelaskan bahawa apa yang menjadikan seseorang sangat beruntung adalah kerana adanya adik-beradik perempuan akan memupuk sifat penyayang dalam diri anda.

Biasalah, anak perempuan kan selalunya lebih prihatin dan penyayang. Sifat ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi sikap adik-beradik yang lain. Secara tak langsung, sifat ini menjadikan anda memiliki rasa empati yang tinggi.

Foto Kredit: highlights.com

2. Memacu Kemahiran Sosial

Anak perempuan biasanya memang advanced dari segi kemahiran sosial. Secara semulajadinya mereka lebih sensitif terhadap riak wajah seseorang, yakin berkomunikasi dan bijak bersosial.

Kajian membuktikan bahawa lelaki yang membesar dengan kakak atau adik perempuan lebih berpotensi untuk memiliki kemahiran sosial ini. Malah, mereka mempunyai kelebihan tersendiri dalam membina hubungan dengan kaum perempuan.

Foto Kredit : appetiteforeducation.com

3. Meningkatkan Keyakinan Diri

Dengan kemahiran sosial yang dimiliki, tak hairanlah seseorang menjadi lebih percaya diri dan konfiden. Bagi adik beradik lelaki pula, tentu ada rasa protective atau ingin melindungi kakak atau adik perempuan mereka daripada disakiti, ketakutan, keseorangan, dan sebagainya.

Foto Kredit: indianexpress.com

4. Hubungan Positif Dalam Keluarga

Adik-beradik perempuan memainkan peranan penting dalam keluarga, terutamanya apabila ibu bapa sudah tiada. Ini kerana, anak perempuan didapati lebih cenderung memastikan hubungan keluarga masih terjalin dan tetap akrab antara satu sama lain.

Mana taknya, anak perempuan biasanya sentimental dan pandai memujuk bila ada adik-beradik yang merajuk. Ini semua menyumbang kepada kesihatan mental yang positif dalam ahli keluarga.

5. Kita Boleh Mengadu Apa Saja

Betul tak, bila ada kakak dan adik perempuan memang best sebab kita boleh adukan hampir apa saja pada mereka. Jaranglah mereka nak ketawakan kita walaupun hal-hal yang kita ceritakan kedengaran lucu atau remeh. Asalkan kita buat ‘muka kesian’ atau ‘muka serius’ mesti mereka akan dengar dengan bersungguh-sungguh.

Kalau mengadu dekat abang atau adik lelaki? Entahlah mereka nak dengar atau buat-buat dengar saja. Silap haribulan kita pula yang diketawakannya!

Foto Kredit: insight.co.kr

6. Pandai Masak

Yang paling beruntung, salah satu adik-beradik perempuan biasanya akan mewarisi air tangan mak. Mesti ada 1-2 menu yang Mak biasa masak boleh dimasak oleh mereka. Memang rasanya sebijik macam masakan Mak!

Bila Mak dah tak ada, inilah tempat kita nak melepaskan rindu.

Jaga Hubungan Adik-Beradik

Itulah antara keistimewaan bila ada adik-beradik perempuan dalam keluarga. Walaupun bising dan ‘meriah’, tapi mereka inilah yang akan sentiasa menjaga, menyokong, dan menyayangi kita. Dalam diam, mereka juga mungkin banyak berkorban untuk kita.

Jadi kalau setuju dengan alasan ini, kenalah belanja kakak atau adik perempuan anda ya!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×