Pendapatan ni ada dua jenis. Satu yang setiap bulan kita terima seperti upah atau gaji, satu lagi pendapatan pasif. Pendapatan pasif ni adalah pendapatan yang kita tak buat apa-apa pun kita dapat. Tapi tak ada lah semudah tak buat apa-apa terus duit masuk dalam akaun tu. Dinasihatkan untuk ada status kewangan yang kukuh baru mudah untuk anda jana pendapatan pasif.
Dengan bermacam-macam pasaran global yang ada sama ada dalam talian atau luar talian, pendapatan pasif kini makin meluas dan mudah untuk didapati. Lebih-lebih lagi bila kita dapat bimbingan yang diperlukan.
Jom tengok cara-cara untuk kita jana pendapatan pasif di bawah!
1) Simpan wang dalam dana berdividen
Kalau simpan dalam tabung atau di rumah, wang tersebut tidak akan digandakan.
Tapi kalau anda simpan dalam dana berdividen, anda berpeluang untuk menikmati kadar dividen sebanyak 5%-7% setahun tau! Ini bermakna, duit yang disimpan tu akan berganda setiap tahun, mengikut kadar dividen yang diberikan untuk tahun itu.
2) Ambil dana yang boleh memberikan impak yang lebih besar
Benar, melabur merupakan sesuatu yang agak berisiko lebih-lebih lagi, kalau anda baru nak berkecimpung dalam dunia pelaburan. Tapi, sekarang ni dengan teknologi yang pelbagai, anda boleh melabur dengan harga serendah RM1,000! Namun begitu, anda boleh lah jangkakan pulangannya.
Salah satu cara untuk ketahui dana mana yang memberikan lebih impak adalah dengan mempelbagaikan pelaburan anda. Ia boleh membantu mengurangkan risiko kerugian pelaburan anda lebih-lebih lagi jika anda melabur dalam produk atau dana yang dipantau risikonya dan mempunyai rekod yang baik.
3) Melabur dengan satu tempoh yang panjang
Anda dinasihati untuk melabur dengan satu tempoh yang lebih panjang supaya, faedah kompaun dapat mengembangkan modal pelaburan anda dari tahun ke tahun dan seterusnya menghasilkan dana yang kukuh.
Kalau tempoh pelaburan terlalu singkat, anda tidak akan merasa kesan pelaburan anda tu!
4) Boleh melabur dengan dana yang pelbagai
Tidak semestinya anda perlu melabur dalam satu dana yang sama sahaja. Anda boleh melabur dalam pelbagai dana mengikut kesukaan anda dari dana domestik hinggalah ke dana antarabangsa yang diiktiraf. Anda boleh melabur dalam mana-mana dana yang anda rasa mempunyai masa depan yang cerah dan boleh diperkembangkan.
5) 0% yuran jualan
Cari tempat pelaburan yang menawarkan 0% yuran jualan. Bila tak ada yuran pelaburan bermakna anda akan mempunyai lebih dana untuk melabur. Tak payah nak tolak-tolak yuran dah. Apa yang anda ada tu boleh lah semuanya digunakan untuk pelaburan.
6) Tidak perlu melabur dengan wang tunai
Tak ada wang di tangan? Tak mengapa guys, masih lagi boleh melabur. Pilihan lain untuk melabur adalah dengan menggunakan sehingga maksimum 30% daripada jumlah lebihan simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP anda tu!
Mudah, boleh terus guna je dari akaun tu. Tak payah susah-susah fikir, kan? Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan literasi kewangan anda serta memberikan kebebasan dan fleksibiliti untuk menguruskan pelaburan secara sendiri.
Berminat nak cuba melabur? Kalau berminat ada kempen pelaburan yang sedang berlangsung!
Semua ni anda boleh dapat bila melabur dengan Principal! Mereka ni boleh membantu untuk meningkatkan simpanan persaraan anda juga tau.
Bermula dari 11 November hingga 12 Disember 2021, Principal ada tawaran menarik untuk yang baru nak cuba jana pendapatan pasif dengan KWSP i-invest!
Pelabur baharu akan berpeluang untuk mendapatkan 0.38%* dan juga PIN tambah nilai Touch ‘n go eWallet sebanyak RM50 (welcome gift) bila anda mula melabur.
*0.38% Pin Tambah Nilai Touch ‘n Go eWallet tersebut adalah berdasarkan amaun pelaburan awal anda. Sebagai contoh, jika anda melabur sebanyak RM10,000x 0.38%= RM38 + RM50 (Welcome gift) PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go eWallet!
Manakala untuk pelabur yang sedia ada pula, anda akan berpeluang untuk mendapatkan 0.58%* PIN tambah nilai Touch ‘n Go eWallet!
*0.58% tersebut adalah berdasarkan jumlah pelaburan awal anda. Sebagai contoh, melabur sebanyak RM10,000 x 0.58%= RM58 PIN tambah nilai Touch ‘n Go eWallet!
Nak sertai pun mudah je. Ikut je 5 langkah mudah dibawah ni:
- Log masuk ke KWSP i-Akaun
- Klik “Pelaburan” kemudian “Transaksi” dan “Beli”.
- Pilih “Principal Asset Management Berhad” sebagai Institusi Pengurusan Dana (FMI) anda dan pilih dana pilihan anda.
- Klik “Principal Asset Management Berhad” dan selesaikan transaksi anda.
- Masukkan kod kempen “YearEndBonus2021” untuk menikmati promosi hebat ini!
Semuanya tertakluk kepada terma dan syarat
Tawaran yang sangat menarik untuk anda bila anda melabur dengan KWSP i-Invest! Semuanya boleh dilakukan secara atas talian dan maklumat pelaburan boleh diakses dan dianalisa secara digital.
Ha, guys apa lagi? Jom jana pendapatan pasif anda hari ini! Maklumat lanjut boleh klik dekat SINI!