Asuh

6 Cara Didikan Ayah Kena Guna Kalau Nak Emosi Anak Lelaki Sihat & Tak Terganggu

54
SHARES

Sejak lahir, ibu bapa cenderung untuk melihat perkembangan fizikal anak-anak sahaja seperti dari pertama kali mengangkat kepala sehinggalah ke langkah pertama anak. Hal ini kadang-kala menyebabkan ibu bapa terlupa satu perkara penting iaitu kesihatan mental atau emosi anak terutama anak lelaki.

Tradisinya, sebut sahaja tentang jantina lelaki ramai yang beranggapan mereka tidak sewajarnya menangis kerana sebagai anak lelaki harus sentiasa kuat dan agresif.

Baca juga: Anak Mula Tinggi Suara Dengan Ibu, Pakar ‘Share’ 6 Perkara Yang Perlu Dilakukan

6 CARA DIDIKAN AYAH KENA GUNA KALAU NAK EMOSI ANAK LELAKI SIHAT

Jadi, bagi mengelakan emosi anak lelaki terganggu, ayah-ayah di luar sana boleh guna enam cara didikan ini:

1. TAK SALAH UNTUK MENANGIS KALAU SAKIT ATAU TERLUKA

Sebagai contoh, anak lelaki memanjat kerusi tinggi dan ayah memberitahu mereka untuk turun supaya tidak terjauh tetapi mereka tidak mendengar. Beberapa saat kemudian, mereka jatuh, terhantuk dagu, dan mula menangis.

Jawapan  “ia tidak menyakitkan” atau “itulah yang dapat kalau tak dengar cakap”  seolah-olah memberitahu anak anda bahawa kesakitan yang mereka rasakan tidak sesuai untuk menangis.

Secara tak langsung, ia mendorong mereka untuk bersembunyi apabila disakiti.

2. TAK SALAH UNTUK BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Jadikan rumah sebagai tempat yang selamat untuk mereka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka. Kongsi perasaan anda dan dorong mereka untuk melakukan perkara yang sama.

3. CARA IBU BAPA DI LUAR

Ini penting, terutamanya apabila anda marah atau sedih. Jika si ayah mengeluarkan kata-kata kesat ketika memandu, ia akan menyebabkan anak menganggap itu adalah tingkah laku yang betul.

4. BERI PERHATIAN BERAPA BANYAK KEGANASAN YANG DILIHAT

Faktor risiko yang diketahui untuk maskulinitas toksik ialah pendedahan kepada keganasan di rumah, dalam perhubungan, dalam komuniti dan dalam media.

Cuba pastikan apa yang mereka tonton adalah bersesuaian dengan umur dan ada campuran cerita yang lain. Bercakap dan jelaskan dengan anak lelaki anda tentang apa yang mereka sedang lihat.

5. JANGAN PERSENDAKAN MINAT ANAK LELAKI

Puji anak anda kerana mempunyai pelbagai minat.  Jangan halang aktiviti atau minat kerana ia hanya sesuai untuk perempuan atau “pelik”. Biar mereka teroka apa yang diminati.

6. LUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA SEBANYAK MUNGKIN

Dalam erti kata lain, 1 jam yang dihabiskan untuk bercakap, bermain atau melibatkan diri dengan anak anda mungkin lebih baik daripada 4 jam yang dihabiskan bersama mereka tetapi ibu ayah hanya bermain telefon dan fokus perkara lain.  Pastikan masa yang diluang itu digunakan secara betul dan hargai mereka.

Sumber: HealthLine

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×