Famili

6 Barang Yang Tak Disangka Berguna Pada Hari Raya. Yang Last Tu Memang Betul!

1.6K
SHARES

Pejam celik pejam celik, dah nak dekat raya dah kan. Hati rasa macam tak sabar betul nak raya. Buat kerja pun mulalah dah tak fokus sebab asyik pikir nak balik kampung nak raya je. Betul tak? Hehe!

Perkara yang paling best kalau balik kampung masa raya ni adalah berkumpul dengan sanak saudara. Ada je benda kelakar atau idea gila yang akan keluar bila ramai-ramai tu. Yang paling seronok, makan ramai-ramai bila buka puasa. Berebut-rebut makanan. Fuh! Meriah betul!

Tapi, bila dah ramai-ramai tu, bukan makanan je berebut, macam-macam benda lagi anda akan berebut. Masa ni lah baru rasa macam ”Eh..kenapa aku tak bawak siap-siap dari rumah. Kan dah menyesal!”.

Nak tahu apa barang yang kita tak sangka berguna pada hari raya ni? Jom baca ni…

1.MULTIPLE USB/EXTENSION

Haa..jangan tak tahu. Bila dah berkumpul ramai-ramai tu, segala benda jadi tak cukup. LOL! Lepas dah seharian selfie raya tu, mestilah nak charge handphone masing-masing kan.

Masa ni lah multiple usb/ extension diperlukan sangat-sangat! So, anda kalau balik kampung, bawalah extra plug sendiri ya!

2. PETI PERTOLONGAN CEMAS

Sebenarnya bukan masa raya sahaja peti pertolongan cemas ni penting, benda ni memang wajib ada di rumah setiap masa okay!

Yela, masa raya ni dah tentu busy nak layan tetamu dan nak siapkan makanan untuk tetamu. So, segala benda kalau boleh kita nak siapkan laju-laju. Siapa sangka, time tengah potong nasi impit atau lemang, tiba-tiba terhiris jari anda pulak. Ouch!

Hati-hati pegang pisau tu!

3. MONOPOD/SELFIE STICK

Tak lengkap rasanya raya kalau tak bergambar satu keluarga kan? Mulalah keluar aksi-aksi pelik kalau dah ramai-ramai tu. HAHA!

Kalau boleh, semua orang nak masuk dalam gambar. Rugilah kalau takde muka anda yang cantik tu kan. Haa..masa ni lah selfie stick sangat diperlukan.

Barulah sempurna gambar raya anda sekeluarga!

4. PIN TUDUNG EXTRA

Kaum wanita setuju tak kalau admin cakap pin tudung merupakan benda yang sangat berguna time raya?

Yelah, perempuan ni boleh kata benda yang paling wajib hilang tiap-tiap hari adalah pin tudung! Beli lah berapa guni sekali pun, confirm hilang punya. LOL!

Bila raya, mestilah kita nak cantik-cantik kan. Tudung pun mestilah kena on point! So, wajib ada extra pin tudung. Lepas tu pulak, mesti ada antara cousins or makcik anda yang alami perkara yang sama.

So, anda yang ada pin tudung extra tu lah jadi penyelamat. To the rescue! 

5. BEKAS MAKANAN

Masa raya ni lah kita nak ziarah dan eratkan silaturrrahim dengan ahli keluarga terdekat kan.

Seronoknya pergi beraya ramai-ramai satu family. Yang lagi best, adalah makan time! Masa raya ni, boleh kata semua rumah akan hidangkan makanan yang istimewa dan meriah.

Bila family datang beraya kat rumah anda tu, mestilah anda nak bagi mereka bawa balik sesuatu kan. Selain bagi duit raya, bolehlah bagi mereka bawa balik sekali juadah raya. Bersedekah tu kan amalan mulia!

Haa..masa ni lah anda akan perlukan bekas makanan. Tapi jangan guna tupperware mak anda tau. Mengamuk pulak nanti! Haha!

6. YAKULT! SETIAP RUMAH HARUS ADA YAKULT!

Tak lengkap rasanya hari raya tanpa pelbagai juadah yang enak dan menyelerakan.

Rendang, lemang, ketupat, sate, lontong, sup tulang, laksa, mi kari, kuah kacang, kuih raya, dan banyak lagi juadah raya wajib ada di setiap rumah. Senang cerita sampai tak muat meja lah!

Bila dah banyak makanan macam tu, takkan nak tengok saja kan. Apa lagi, bedal la! Bukan selalu. Haha!

Haa..lepas tu, mulalah perut meragam. Sakit perut lah, ciri birit lah. Spoil betul. Yelah, dah sumbat macam-macam kan. Masa ni, Yakult lah penyelamat anda!

Yakult adalah minuman kesihatan yang mengandungi probiotik tinggi dapat membantu menentang bakteria jahat di dalam usus, sekaligus dapat mengurangkan toksin yang berbahaya di dalam badan kita.

Selain itu, Yakult juga berpotensi untuk melindungi perut anda daripada keracunan makanan dan cirit birit berpunca daripada bakteria jahat tadi dan meningkatkan sistem imunisasi badan anda. Hebat kan Yakult!

Sebab tulah kami sarankan, setiap rumah wajib ada Yakult. Takdelah spoil mood anda nak beraya.

JOM TENGOK DEMO RESEPI OLEH KEVIN ZAHRI!

Apa yang lagi menarik, sempena raya ni, pakar pemakanan dan juga jurulatih kecergasan terkenal iaitu Kevin Zahri nak tunjuk kat anda demo resepi Jus Kurma Yakult tau!

Macam sedap je! Haa..anda wajib tengok tau demo dari Kevin Zahri ni. Bolehlah ambil inspirasi untuk jamu dekat tetamu yang datang rumah nanti. Asyik hidang air sirap pun bosan juga.

Apa kata raya ni hidang Jus Kurma Yakult. Barulah lain dari yang lain. Jom kami belanja video demo dari Kevin Zahri dan anaknya yang comel!

Senang je kan cara nak buat Jus Kurma Yakult ni. Sihat pulak tu! Anda jangan lupa cuba resepi ni ok.

Yakult disayangi oleh 35 juta orang di 38 negara seluruh dunia. Yakult juga bebas daripada pewarna, bahan pengawet, penstabil makanan dan mempunyai 0% kolesterol dan 0% lemak.

Jom amalkan Yakult di hari raya ini untuk raya yang lebih meriah sambil kekal sihat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×