Hebahan

56 TASKA Di Tempat Kerja Diluluskan, Kemudahan Untuk Penjawat Awam- Kementerian

382
SHARES

TASKA, atau taman asuhan kanak-kanak merupakan antara tempat yang penting untuk memastikan anak-anak berada dalam keadaan yang selamat. Baru-baru ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meluluskan 56 taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di tempat kerja sejak awal tahun ini.

HOSPITAL DIBERI KEUTAMAAN

Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh, berkata semua TASKA berkenaan adalah di dalam kawasan bangunan kerajaan dengan keutamaan diberikan kepada hospital di seluruh negara.

“Penyediaan TASKA ini membabitkan peruntukan RM10 juta seperti diumumkan kerajaan Persekutuan ketika pembentangan Belanjawan 2019.

“Fokus kerajaan ialah menyediakan kemudahan ini (TASKA) kepada penjawat awam, terutama jururawat yang bertugas mengikut sistem syif. Mereka sangat memerlukan perkhidmatan TASKA bagi memastikan keselamatan anak masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival TASKA dan Forum Pendidikan Awal Kanak-kanak di Pusat Konvensyen Widad, di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainol Abiddin.

AKAN DILAKSANAKAN SECARA BERPERINGKAT

Mengulas mengenai program pemutihan TASKA yang sedang dilaksanakan KPWKM, Hannah belum dapat memberikan jangkaan tempoh proses berkenaan selesai.

“Buat masa ini, kita memberikan perhatian khusus di kawasan Putrajaya. Apabila selesai di sini (Putrajaya), kita akan laksanakan secara berperingkat di seluruh negara.

“Mengikut rekod, sehingga Februari lalu, hanya 4,497 TASKA berdaftar dengan kementerian dan jumlah ini sangat rendah daripada jumlah sebenar TASKA yang beroperasi di seluruh negara.

“Memang kita berdepan masalah untuk menyedarkan mereka (pengusaha TASKA) untuk berdaftar dan di Putrajaya sendiri pun kita ada masalah untuk melaksanakan (program pemutihan) kerana pengusaha dan ibu bapa seolah-olah berpakat untuk menyembunyikan (operasi) TASKA itu,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Most Popular

Waktu Solat

1 January 2017, Thursday
Subuh
00:00am
Syuruk
00:00am
Zuhur
00:00am
Asar
00:00am
Maghrib
00:00am
Isyak
00:00am

Waktu Solat Ini Dibawakan Oleh
Waktu Solat Malaysia

To Top