Hebahan

Hampir 50% Wanita Berusia 35-49 Tahun Mengalami Fibroid Rahim

62
SHARES

 

Hampir 50% wanita berusia di antara 35 hingga 49 tahun mengalami fibroid rahim, dengan 30% daripada mereka menderitai simptom yang membebankan[1]

  • Fibroid rahim simptomatik adalah sejenis tumor dalam rahim yang paling biasa terjadi dan tidak berbahaya tetapi boleh memberi kesan negatif ke atas kualiti hidup wanita 8
  • Simptom yang paling membebankan termasuk pendarahan haid yang berlebihan, kesakitan yang disebabkan saiz dan kedudukan tumor yang mengganggu kualiti hidup secara keseluruhan: kehidupan seksual (43%), prestasi di tempat kerja (28%), serta hubungan dan keluarga (27%)6
  • Pilihan rawatan tradisi banyak bergantung kepada pembedahan atau terapi farmakologi [2],[3],[4],[5]
  • Ulipristal acetate 5mg (UPA 5mg), rawatan oral yang pertama dalam kelasnya untuk fibroid rahim simptomatik baru sahaja diluluskan di Malaysia. Ia mengawal pendarahan haid dengan cepat iaitu dalam tempoh seminggu dan mengecilkan fibroid secara progresif, dengan pengurangan saiz fibroid yang kekal walaupun selepas selesai rawatan. 9,10

 

photo-4

Kita sering mengabaikan perkara-perkara remeh dalam kehidupan kita – dari bersiar-siar di taman, hinggalah meluangkan masa yang tidak ternilai bersama si kecil. Bagaimanapun, bagi wanita yang menderitai fibroid rahim, perkara-perkara remeh inilah yang dirasakan paling mencabar. Sesetengah daripada mereka berasa begitu susah untuk bangun dari katil, apatah lagi untuk keluar bersiar-siar.

ketumbuhan fibroid

Fibroid terdiri daripada pelbagai saiz, dan mungkin mengandungi rambut atau gigi.

Fibroid dalam rahim (juga dikenali sebagai leiomioma atau mioma) adalah sejenis tumor dalam rahim yang paling biasa dan tidak berbahaya yang terjadi di dalam otot rahim, yang apabila simptomatik, boleh membawa kepada pelbagai simptom seperti pendarahan rahim yang tidak normal, anemia, rasa tekanan pada bahagian pelvis, masalah lemah kawalan kencing atau penahanan kencing, atau kesakitan. Hampir separuh daripada wanita berusia di antara 35 hingga 49 tahun mengalami fibroid rahim, dengan 30% daripada mereka menderitai simptom-simptom yang boleh membawa kesan yang besar ke atas kualiti hidup mereka. Sebuah kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini yang melibatkan 21,000 wanita dari lapan negara menunjukkan fibroid rahim simptomatik menyebabkan kesan yang negatif ke atas kehidupan seksual (43%), prestasi di tempat kerja (28%), serta hubungan dan keluarga.[6] Fibroid dalam rahim juga dikaitkan dengan masalah reproduktif seperti ketidaksuburan dan keguguran.[7]

 

photo-1

Rawatan yang diketahui bagi fibroid rahim

Rawatan untuk fibroid rahim simptomatik kebiasaannya adalah terhad, dimana kebanyakkan mereka memilih untuk menjalani pembedahan untuk mengatasi masalah tersebut.

Dr. Raman Subramaniam, pakar obstetrik dan ginekologi di Malaysia menerangkan, “Biasanya pembedahan dianggap sebagai pilihan paling biasa untuk merawat fibroid rahim dengan tahap simptom yang sederhana hingga teruk. Bagaimanapun, seperti apa-apa juga jenis pembedahan, terdapat risiko untuk terjadinya komplikasi; kerana itulah prosedur seperti histerektomi sering dikaitkan dengan morbiditi, kematian dan beban ekonomi ke atas sistem penjagaan kesihatan.[8] Bagi sesetengah wanita, mereka merasa terhalang daripada menjalankan prosedur ini kerana ia bermakna peluang mereka untuk mengandung sudah tertutup. Bagi wanita yang mencari alternatif, miomektomi memberikan kelegaan sementara daripada fibroid rahim yang dihadapi. Bagaimanapun, terdapat risiko fibroid ini akan berulang di masa hadapan.”

Terapi farmakologi juga boleh diguna pakai untuk merawat fibroid rahim, tetapi kaedah ini mempunyai banyak batasannya.

“Penyelesaian ini boleh memberikan kelegaan sementara tetapi penggunaan jangka panjang mempunyai kekurangan tertentu seperti terjadinya menopaus pramatang dan kurangnya ketumpatan tulang. Di samping itu, sebaik sahaja rawatan dihentikan, selalunya fibroid akan membesar, dan simptom akan kembali,” jelas Dr. Raman.

 

photo-7

Terapi oral yang pertama dalam kelasnya dapat mengubah kehidupan wanita yang mengalami fibroid rahim

Zuellig Pharma, penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan yang terkemuka, telah mengumumkan pelancaran Ulipristal acetate 5mg (UPA 5mg) – terapi oral yang pertama dalam kelasnya yang diluluskan di Malaysia, yang akan mengubah kehidupan wanita-wanita yang menderita akibat masalah kesihatan ini. UPA 5mg telah terbukti dapat menghentikan pendarahan rahim, merawat anemia dan mengecutkan fibroid.[9],[10] 

Santiago Garcia, Ketua Pegawai Eksekutif Zuellig Pharma Malaysia-Brunei berkata, “Zuellig Pharma komited dalam memberikan lebih akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan ini dibuktikan oleh pelancaran UPA 5mg. Fibroid rahim simptomatik adalah salah satu daripada masalah ginekologi yang paling biasa terjadi dan UPA 5mg adalah penemuan ulung terapi oral yang pertama dalam kelasnya yang akan mengubah kehidupan wanita-wanita yang menderitai masalah ini. Kami berbesar hati kerana dapat membawakan penyelesaian yang pertama dalam kelasnya ini bagi masalah perubatan seumpama ini yang melemahkan badan pengidapnya dan begitu sering terjadi di Malaysia.”

Profesor Jacques Donnez, penyiasat utama dalam percubaan klinikal UPA 5mg menjelaskan, “Wanita yang telah dikesan mengidap fibroid rahim simptomatik sebelum ini selalunya berasa tertekan bila berdepan dengan pilihan rawatan melalui pembedahan. Terapi farmakologi pula membataskan keupayaan badan mereka. Dengan UPA 5mg, kini terdapat pilihan dengan nilai tambahan yang membolehkan wanita mengelakkan kaedah rawatan biasa tersebut.”

Tambah Dr. Raman, “UPA 5mg mempunyai potensi yang besar untuk membantu wanita di seluruh Malaysia. Dengan begitu ramai wanita yang menderita akibat simptom fibroid rahim yang melemahkan mereka, keputusan Zuellig Pharma untuk memperkenalkan UPA 5mg kepada pasaran Malaysia adalah tepat pada waktunya dan amat dinantikan”

UPA 5mg merupakan ubat yang hanya diberikan melalui preskripsi dan perakuan boleh didapati daripada pengamal perubatan di seluruh negara. Rawatan ini melibatkan sebiji tablet UPA 5mg yang diambil secara oral setiap hari selama tiga bulan.[11]

 

myth-1-to-5-01 myth-1-to-5-02 myth-1-to-5-03 myth-1-to-5-04 myth-1-to-5-05 myth-1-to-5-06 myth-1-to-5-07myth-1-to-5-08 myth-1-to-5-09 myth-1-to-5-10

Mengenai ulipristal acetate 5 mg

Ulipristal acetate 5mg merupakan modulator reseptor progestron selektif (SPRM) oral aktif yang pertama dalam kelasnya, yang dicirikan oleh kesan campuran antagonis/agonis progesteron untuk tisu yang spesifik. Ia menyekat reseptor progesteron dalam tisu sasaran. Sebagaimana yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine, rawatan jangka pendek dengan Ulipristal acetate 5mg terbukti berkesan untuk menghentikan pendarahan rahim, merawat anemia dan mengecilkan fibroid.4,5 Ia meningkatkan kualiti hidup dan tidak menyebabkan kesan sampingan kemandulan, tidak seperti agonis GnRH.5 Data yang diterbitkan baru-baru ini mengesahkan keberkesanan dan keselamatan penggunaan Ulipristal acetate 5mg secara berulang dan berselang-selang untuk menangani fibroid rahim dalam jangka masa yang panjang, supaya wanita dapat mengelakkan pembedahan.6,7 Bagaimanapun, di Malaysia, rawatan ini melibatkan sebiji tablet Ulipristal acetate 5mg yang diambil secara oral setiap hari dalam tempoh sehingga tiga bulan .8 Rawatan selama tiga bulan ini boleh diulang sekali.

 

Mengenai Zuellig Pharma

Zuellig Pharma telah berjaya menyediakan perkhidmatannya kepada pasaran penjagaan kesihatan di Asia sejak 1922. Hari ini, ia merupakan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkemuka di rantau ini. Zuellig Pharma berada di 12 negara dan kawasan di Asia dan menawarkan  pelbagai penyelesaian yang inovatif untuk klien, pelanggan, pembekal, korporat, pembayar dan pesakit. Ini termasuklah pengedaran farmaseutikal, alat perubatan dan bahan percubaan klinikal; penyelidikan klinikal, komersial, saluran dan penyelesaian penjagaan pesakit serta berbagai-bagai perkhidmatan pentadbiran untuk pihak ketiga. Zuellig Pharma mempunyai 10,000 pekerja dan menyediakan perkhidmatan kepada 350,000 doktor, hospital, farmasi dan klinik di seluruh Asia, dalam usaha untuk memberikan kelebihan akses kepada penjagaan kesihatan di rantau ini.

 

Mengenai Zuellig Pharma Commercial Solutions

Zuellig Pharma Commercial Solutions merupakan pakar pemasaran farmaseutikal dan penjagaan kesihatan yang terkemuka di Asia. Ia menyediakan penyelesaian khusus bagi setiap fasa kitar hayat produk anda, bermula dari rundingan hal-ehwal perundangan dan pentadbiran hinggalah pelan jualan dan pemasaran yang berjaya. Zuellig Pharma Commercial Solutions mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam kejayaannya melancarkan dan mengembangkan berbagai-bagai jenama di seluruh rantau ini, dengan pasukan yang ditempatkan di Hong Kong, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam.

 

[1] Zuellig Pharma questionnaire conducted with local O&G specialist.

[2] Donnez J, Jadoul P. What are the implications of myomas on fertility? A need for a debate? Hum Reprod 2002;17:1424-30.

[3] Viswanathan M, Hartmann K, McKoy N, et al. Management of uterine fibroids: an update of the evidence. Evid Rep Technol Assess (Full Rep) 2007:1-122.

[4] Hoekstra AV, Sefton EC, Berry E, et al. Progestins activate the AKT pathway in leiomyoma cells and promote survival. J Clin Endocrinol Metab 2009;94:1768-74.

[5] Yin P, Lin Z, Reierstad S, et al. Transcription factor KLF11 integrates progesterone receptor signaling and proliferation in uterine leiomyoma cells. Cancer Res 2010;70:1722-30.

[6] Vilos GA, Allaire C, Laberge PY, et al. J Obstet Gynaecol Can. 2015;37(2):157-81.

[7] Sparic R, Mirkovic L, Malvasi A, et al. Int J Fertil Steril. 2016;9(4):424-35.

[8] Khan AT, Shehmar M, Gupta JK. Int J Womens Health. 2014;6:95-114.

[9] Donnez J, Tatarchuk TF, Bouchard P, et al; PEARL I Study Group. N Engl J Med. 2012;366(5):409-20.

[10] Donnez J, Tomaszewski J, Vázquez F, et al; PEARL II Study Group. N Engl J Med. 2012;366(5):421-32.

[11] Sisipan pek UPA 5mg.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×