Asuh

5 Tips Untuk Pujuk Anak Supaya Tidur Sendiri, Simple & Menjadi!

52
SHARES

Tak mudah sebenarnya untuk ibu bapa pujuk anak-anak tidur secara berasingan atau sendirian kerana mereka sudah terbiasa tidur disisi ibu bapa. Hal ini untuk memberi privasi kepada ibu bapa dan secara tidak langsung dapat mengajar anak kehidupan berdikari untuk kegunaan masa hadapan.

Tapi sebenarnya agak susah untuk ibu bapa memujuk anak tidur sendiri kerana pasti mereka ketakutan. Jadi, bagi mengelakkan perkara ini gagal, apa kata ibu ayah di luar sana cuba tips yang diberi oleh Mohd Fhais Salim.

Baca juga: Ibu Bapa Terlalu Perfectionist Boleh ‘Bunuh’ Emosi & Minda Anak

5 TIPS UNTUK PUJUK ANAK SUPAYA TIDUR SENDIRI, SIMPLE & MENJADI!

Anak tak pandai nak tidur sendiri ? Walau kemahiran lain dia mahir:

  • boleh makan sendiri
  • boleh mandi sendiri
  • boleh pakai baju sendiri
  • boleh berak di toilet sendiri
  • boleh mengemas sendiri
  • boleh main sendiri

Tapi sampai masa nak tidur, mesti nak berkepit celah ketiak kita baru dia boleh tidur. Relax ye ibu ayah! Jangan sesekali kita cakap anak penakut, tak berani atau mengada-ngada.

“Dah besar pun mengada-ngada nak tidur celah ketiak!” Aduh, ayat begini tak membantu tapi buat anak makin jadi hantu. Makin susah la dia nak boleh tidur sendiri. Yang sebenarnya kalau kita faham keperluan anak untuk tidur pasti kita senang.

1. ANAK PERLU RASA SELASA

Celah ketiak kita dia senang tidur sebab bau ketiak kita buat dia rasa selesa. Jadi buat la anak rasa selesa di katilnya, bantal selesa, tilam selesa, suasana bilik selesa dan serba serbi selesa baru la dia selesa nak tidur sorang-sorang.

2. ANAK PERLU RASA SELAMAT

Badan rasa selamat baru keluar hormon melatonin ( hormon tidur ). Kalau anak takut gelap, jangan paksa tidur dalam gelap. Memang tak lena la dia. Kita pun jangan la mula drastik terus paksa anak tidur asing bilik terus. Boleh mulakan dengan asing katil dahulu, dalam bilik yang sama tapi lain-lain katil. Sedikit demi sedikit baru upgrade asing bilik pula.

3. ANAK PERLU RASA MENGANTUK

Bukan anak je, orang tua pun kalau tak mengantuk 30 minit terkebil kebil atas katil tak boleh tidur. Banyakkan aktiviti sebelum tidur yang boleh mengalakkan proses mengantuk.

Contohnya baca buku, bercerita, borak-borak dengan anak. Apa sahaja yang boring buat je, mudah tidur lepas tu. Lagi satu, elakkan makanan berat atau bermain yang terlalu lasak dengan anak sebelum waktu tidur. Makin segar dia jadinya.

4. ANAK PERLU RASA LETIH

Satu lagi faktor anak susah nak tidur ialah dia masih bertenaga. Kanak-kanak ni dia boleh comsume tenaga dari otak sehingga 60% banyaknya. Selagi otak dia ada idea selagi itu la dia masih bertenaga. Haish.

Sebab tu la digalakkan sangat kat semua ibu ayah untuk bawa anak keluar buat aktiviti di luar rumah setiap petang untuk salur keluar tenaga dia tu. Jika petang tu dia puas bermain, letih sampai habis tenaga dia, insyaAllah lepas isyak comfirm dia dah mula mengantuk.

5. ANAK PERLU RASA TENANG

Akhir sekali, anak kena rasa tenang dan aman baru la otak dia mudah nak masuk ke fasa deep sleep. Sebelum tidur elakkan marah-marah dan jerit-jerit pada anak. Sebaiknya peluk, cium, maafkan dan ucapkan love you.

Itu lebih baik. Waktu tidur pun kalau boleh konsisten setiap hari. Jangan kejap cepat, kejap lambat. Ada 5 benda ni, senang la anak kita nak tidur sendirian nanti.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×