Rakyat

5 Tips Nak ‘Check’ Sama Ada Ayam Di Pasaran Disuntik Atau Tidak

127
SHARES

Ketika membeli barang basah untuk dijadikan lauk, pastinya kita akan mencari bahan-bahan yang elok. Dari segi bentuk fizikal dan saiznya. Ini selalu terjadi apabila kita ingin membeli ayam mentah di pasar.

Tetapi apa yang anda perlu tahu sebelum membeli seekor ayam, anda perlu tengok bentuk ayam tersebut. Ini kerana ada sesetengah penjual ayam, mereka ada menggunakan bahan kimia ke dalam bahan mentah itu bagi menlihatkan ayam itu kelihatan segar, baru dan besar. Pasti ini menarik perhatian orang ramai untuk membeli.

Walaubagaimanapun, melalui perkongsian Public Health Malaysia di laman Facebooknya, mereka memberikan cara untuk mengenal ciri-ciri ayam yang disuntik.

Peniaga Tak Jujur Guna Teknik Plumping

Penggunaan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging bukanlah satu perkara baru. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’. Peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menipu ini menyuntik cecair gram, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya.

Mengikut undang-undang jika peniaga melakukan perkara ini mereka harus menyatakan kepada pengguna. Namun ada peniaga yang tak jujur dan menggunakan kaedah ‘plumping’ ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda.

5 Tips Kesan Ayam Disuntik

Berikut merupakan tips untuk mengesan daging ayam yang telah disuntik dengan air

1. Air bergenang disekitar apabila diletak

2. Kulit ayam kelihatan berkilat dan tidak kesat

3. Daging mengecut apabila dimasak

4. Air menitis demgan banyak apabila digantung atau diangkat.

5. Keluar air dengan banyak apabila dimasak

Sumber : Public Health Malaysia

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×