Sihat

5 Sebab Ibu Bapa Kena Kenalkan Anak-Anak Dengan Sayur Kobis, Banyak Khasiat!

25
SHARES

Kobis biasanya kaya dengan pelbagai komponen penting yang boleh memberi khasiat kepada kesihatan manusia. Antara komponen yang dapat ditemui di dalam kobis termasuklah vitamin, mineral, serat dan antioksidan. Antara vitamin yang dibekalkan termasuklah vitamin A,C, dan E.

Jadi ini merupakan salah satu peranan ibu bapa untuk memperkenalkan anak-anak dengan kobis. Walaupun anak-anak masih kecil tetapi kena kenalkan mereka dengan rasa dan bentuk daripada awal agar mereka tidak memilih untuk mengasingkan makanan jika ada kobis.

Baca juga: Cendawan Boleh Jadi Pengganti MSG, Masak 10 Jenis Cendawan Ini Untuk Anak

5 sebab kena kenalkan anak dengan kobis. Sedap kan kobis masak lemak, tambah udang sikit, dah jadi complete meal untuk anak-anak.

Kita kena ajar anak-anak makan kobis. Banyak sangat khasiat daripada kobis tau. Walaupun warna putih macam tak ada rasa sangat, tapi kebaikan untuk anak banyak betul.

1. Kobis ada antocyanins, bagus untuk kurangkan radang dalam badan.

2. Kobis ada vitamin C, penting untuk imuniti tubuh anak.

3. Kobis tinggi serat, baik untuk perjalanan usus yang sempurna.

4. Kobis bantu untuk kesihatan jantung jugak tau.

5. Kobis ada kandungan vitamin K, penting untuk kesihatan tulang, dan cepatkan penyembuhan luka.

Setiap sayur yang anak makan, ada khasiat yang tersendiri. Sebab itu kena pelbagaikan selalu. Biar anak tahu dia kena cuba makan banyak jenis sayur. Biar anak dapat khasiat yang pelbagai daripada jenis sayur yang dimakan.

Ada yang makan kobis, angin satu badan. Bukan sebab kobis yang tak bagus tau, tapi kita dulu kena cuba baiki usus. Elakkan makanan tinggi proses, ini yang paling utama. Lepas ini, sambil anak makan kobis, sambil kita cerita 5 sebab kenapa diorang kena makan. Barulah semangat sikit anak dengan kobis.

Kita cuba sama-sama ya, kenalkan dengan anak sayur setiap hari, walaupun dah penat usaha dia tak nak makan. Satu hari nanti, insyaAllah pasti kita tersenyum gembira.

JENIS-JENIS KOBIS

1. Kobis hijau

Di kebanyakan rumah, kobis hijau adalah kobis yang paling asas. Jika dimakan mentah, ia biasanya mempunyai rasa ringan. Jenis kobis ini sesuai digunakan di dalam salad atau untuk masakan tempatan, ia sesuai digoreng dan ditumis bersama bawang dan ikan bilis.

2. Kobis Savoy

Sama seakan kobis merah dan hijau, ia sesuai dimasak dan dijadikan salad. Dari segi luaran, ia mempunyai warna yang lebih gelap seakan hijau tua. Manakala untuk rasa dan tekstur pula, daunnya tidak mudah patah dan sedikit lebih lembut. Jika hendak dimakan mentah, ia adalah pilih kobis yang terbaik.

3. Kobis napa

Jenis kobis ini juga dipanggil sebagai kobis Cina. Ia mempunyai bentuk bujur dan panjang berbanding kobis merah dan hijau.

Kubis Napa mempunyai daun yang lembut, berjumbai atau beralun dan rasa yang lebih manis. Untuk kobis ini, anda dicadangkan untuk menggunakannya di dalam masakan seperti mi goreng, mi sup atau makanan berkuah kerana ia tidak menambah rasa yang ketara seperti kobis merah.

4. Kobis merah

Kobis merah pula banyak disediakan sebagai hiasan dan salad. Hal ini kerana, rona kobis merah yang meriah menambahkan keceriaan pada banyak hidangan. Malah, ia juga mempunyai rasa yang lebih kuat dan sedikit savory berbanding kobis hijau.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan, hello doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×