Sihat

5 Sebab Anda Wajib Ambil Breakfast Setiap Pagi, Jangan Pernah Skip!

50
SHARES

“Malaslah aku nak makan breakfast ni, makan lunch terus lah kejap lagi…”

Inilah sikap rakyat Malaysia yang mengambil mudah tentang pengambilan sarapan pagi. Ada juga yang berpendapat bahawa dengan tidak mengambil sarapan dan terus mengambil makanan tengahari dapat mengurangkan berat badan. Salah sebenarnya ‘ilmu’ anda tersebut, anda mungkin tak sedar bahawa berat badan anda semakin meningkat!

Sebenarnya, pengambilan sarapan pagi amatlah penting untuk menstabilkan tahap kesihatan badan. Bukan sahaja membekalkan tenaga yang cukup sepanjang hari, malah sarapan juga dapat menyatukan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

5 Sebab Wajib Ambil Breakfast Setiap Pagi

1) Meningkatkan metabolisme

Sarapan sebenarnya akan meningkatkan metabolisme tubuh agar tetap cergas sepanjang hari. Tidak hairanlah jika kita perhatikan orang yang tidak sarapan akan berhadapan dengan risiko 4 hingga 5 kali mengalami berat badan berlebihan. Ambillah sarapan yang yang sihat, rendah lemak dan tinggi serat. Kalau tak nak ambil makanan yang terlampau berat pada waktu pagi, ambil makanan seperti oatmeal, sebiji buah, yogurt  atau susu rendah lemak pun sudah memadai.

2) Kekal fokus sepanjang hari!

Susah nak fokus? Hal ini kerana anda tidak mengambil sarapan pagi dengan betul. Datang kerja dalam keadaan yang lapar memang akan menjadikan anda hilang fokus dan hanya asyik tertumpu pada jam sahaja untuk menantikan waktu makan tengahari. Kalau anda perhatikan rakan sekerja di pejabat, pastinya yang sudah bersarapan itulah yang paling bersemangat buat kerja!

3) Menurunkan berat badan

Bila sarapan mampu untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan, sudah pastinya dengan mengambil sarapan juga mampu untuk menurunkan berat badan anda. Mulakan pagi anda dengan makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi seperti telur yang boleh juga membakar kalori.

Paling penting, jauhi makanan manis ketika sarapan kerana ia boleh meninggikan kadar insulin dan secara tidak langsung menaikkan lagi selera makan anda untuk hari tersebut.

4) Menjaga kesihatan jantung

Individu dewasa dan kanak-kanak yang meninggalkan sarapan lebih mudah untuk mengalami kadar kolesterol dalam darah yang lebih tinggi. Ini merupakan salah satu daripada risiko utama untuk anda mendapat sakit jantung. Tahukah anda, dengan pengambilan serat dalam sarapan seperti makan roti dapat memberikan anda tubuh yang cergas dan sihat?

Secara langsung, tabiat suka mengambil sarapan ini dapat menjaga dan ‘protect’ jantung anda supaya lebih sihat dalam jangka masa yang lebih lama.

5) Mengurangkan risiko penyakit

Bukan sahaja sakit jantung, sikap tidak suka ambil sarapan pagi juga akan membiarkan diri anda terdedah dengan risiko penyakit lain pula. Antaranya adalah masalah usus, kencing manis dan masalah imunisasi badan yang lemah. Kenapa jadi macam ini?

Hal ini kerana, anda berpotensi untuk mengambil kuantiti makanan yang lebih banyak pada waktu tengahari gara-gara tidak bersarapan. Perlu juga anda tahu bahawa kandungan gula di dalam makanan atau nasi sekalipun adalah tinggi dan akan bertambah tinggi jika anda mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Jadi, ambil sarapan supaya hidup anda lebih sihat okay?

JOM #BIGMALAYSIANBREAKFAST!

Apa lagi yang dapat menyatukan rakyat Malaysia kalau bukan melalui makanan? Pastinya melalui sarapanlah permuafakatan ini akan terjalin dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini. Barulah bersatu-padu!

Jangan lupa untuk saksikan #BIGMALAYSIANBREAKFAST dan tonton Youtube Kool.FM .

*Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Kool.FM.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×