Famili

5 Perkara Yang Tidak Disangka Boleh Merosakkan Kulit Anda. Biar Betul??

1.2K
SHARES

Masa kini, masyarakat moden kian memahami cara menjaga kesihatan. Penjagaan makanan, bersenam, dan pelbagai aktiviti yang sihat kian menjadi rutin buat diri sendiri agar tubuh kekal sihat.

Namun, ramai yang lupa bahawa kesihatan kulit adalah sama penting untuk dititiberatkan tetapi kerap diabaikan. Daripada saat dilahirkan, diri kita telah terdedah kepada pelbagai jenis bakteria pembawa penyakit. Kadangkala anda merasakan bahawa diri anda sudah bersih dan terhindar daripada kuman. Tapi, hakikatnya semua itu hanyalah di pandangan mata kasar anda.

Sebenarnya, tanpa anda sedari, setiap saat diri anda terdedah dengan kuman yang ada di sekeliling anda. Jerawat, alergi, ruam dan iritasi merupakan masalah-masalah kulit yang berpunca daripada bakteria yang telah merebak dan boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit anda.

Mungkin anda tidak menyangka bahawa aktiviti seharian anda juga boleh menjurus kepada pembiakan bakteria yang mengakibatkan kerosakan kulit.

Jom baca apa yang kami kongsikan ini…

MENCUBA TERLALU BANYAK PRODUK KECANTIKAN

Kebanyakan lambakan produk penjagaan diri semuanya mengfokuskan kepada pencerahan kulit muka, menganjalkan kulit muka dan anti penuaan. Namun, sangat kurang produk di pasaran yang mementingkan tentang penjagaan keseluruhan tubuh badan khususnya kulit.

Selain muka, kulit tubuh juga adalah penting untuk dijaga kesihatan dan kelembapannya. Adalah amat penting untuk anda tidak sewenangnya mencuba pelbagai produk tanpa mengetahui kandungannya terlebih dahulu. Kesilapan dalam memilih produk mungkin akan mengakibatkan kulit anda menjadi kering, kasar dan kusam.

Oleh itu, sangat penting untuk anda mengetahui kandungan produk yang ingin digunakan agar ia selamat dan tidak berbahaya untuk kulit tubuh anda.

DEBU DARI PENDINGIN HAWA

Kulit kita sebenarnya terdedah dengan pelbagai kotoran yang sukar untuk dilihat dengan mata kasar. Debu, habuk, dan hama adalah bendasing yang sentiasa bertebaran di sekeliling kita dan seterusnya sangat mudah untuk melekat di kulit.

Bagi mereka yang bekerja atau gemar berada di dalam tempat yang berhawa dingin, kulit anda adalah sangat berisiko untuk terdedah dengan kotoran tanpa disedari.  Ini adalah kerana, debu, habuk dan hama adalah kotoran yang dibawa oleh udara dan boleh merebak dengan pantas serta boleh mengakibatkan alergi atau iritasi pada kulit.

Oleh itu, kurangkan penggunaan pendingin hawa di dalam bilik anda untuk meninggalkan sedikit kelembapan pada kulit. Jika anda terlalu kerap menggunakan pendingin hawa, anda hanya akan menyebabkan kulit anda hilang kelembapan yang diperlukan olehnya untuk berfungsi dengan sihat.

TERDEDAH KEPADA PENCEMARAN UDARA

Keadaan alam sekitar masa kini memang sangat membimbangkan. Pencemaran udara seperti asap kenderaan, asap kilang dan jerebu kesan daripada pembakaran terbuka bukan sahaja mencemar ekosistem kita tetapi juga boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Asap yang terhasil disebabkan oleh pencemaran sebenarnya telah bercampur dengan pelbagai sisa kimia dan akan disebarkan oleh udara seterusnya merebak kepada kulit manusia yang terdedah kepadanya. Ini akan mengakibatkan pelbagai masalah kulit seperti pengelupasan kulit dan kulit kering serta kelihatan pecah-pecah dan tidak rata.

Jadi, bagi mereka yang sering terdedah kepada persekitaran sebegini, adalah penting untuk anda sentiasa menitiberatkan dan memberi perhatian yang lebih kepada kulit dengan melindungi kulit anda dari terdedah ataupun menggunakan produk yang dapat membantu mengembalikan kelembapan kulit.

TIDUR SEBELUM MEMBERSIHKAN MAKE-UP

Haa..siapa yang malas cuci make-up tu, anda sebenarnya berisiko untuk dijangkiti bakteria tau! Apabila make-up tidak dibersihkan, kulit anda akan jadi berminyak seterusnya membuatkan liang-liang roma anda tersumbat.

Anda tahu tak bahawa liang-liang roma yang tersumbat amat senang untuk dijangkiti bakteria dan mengakibatkan pertumbuhan jerawat. Kesan kotoran yang terlekat pada bantal anda juga boleh membuat anda jatuh sakit.

Untuk mengelakkan anda dari terlupa untuk membersihkan solekan sebelum tidur, cuba letakkan tisu mencuci make-up di sebelah katil anda supaya anda selalu ingat untuk membersihkan make-up yang boleh membahayakan kulit anda itu.

MELAKUKAN AKTIVITI YANG MENGELUARKAN PELUH

Bersukan atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh memang bagus untuk kesihatan tubuh badan anda. Namun, peluh juga boleh menyebabkan kegatalan dan pertumbuhan ruam pada kulit anda.

Ruam peluh akan terhasil apabila kita berada dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap dan biasanya akan terjadi di lipatan lengan, tengkuk, dada, bahu dan celah kelangkang.

Oleh itu, adalah penting untuk anda pakai pakaian yang longgar dan mempunyai pengudaraan yang baik ketika bersenam dan sentiasa minum air sebanyaknya serta segera mandi setelah peluh anda betul-betul kering.

PERLINDUNGAN DARIPADA KUMAN DAN KEGATALAN DENGAN GEL MANDIAN DETTOL!

Oleh itu, adalah amat penting untuk anda memastikan diri anda selalu dilindungi daripada serangan bakteria pembawa penyakit ataupun perkara-perkara yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.

Dettol Deep Cleanse Gel Mandian Anti Bakteria

Kini baharu dengan 100% bijian skrub mikro aprikot semulajadi, Dettol Deep Cleanse Gel Mandian Anti Bakteria membantu melindungi kulit anda dengan aksi kebersihan yang mendalam.  Ia juga turut berfungsi dalam membuang habuk, kotoran dan pencemaran pada kulit anda.

Selain itu, kulit anda juga akan kurang berisiko dengan kuman dan akan sentiasa bersih kerana Dettol Deep Cleanse Gel Mandian Anti Bakteria ini turut mengandungi agen eksfolian yang dapat membantu membuang sel-sel kulit mati untuk pembersihan yang mendalam.

Oleh itu, jadikan gel mandian Dettol sebagai teman agar kulit anda terus dilindungi dan bebas dari kuman.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Dettol, kunjungi laman web Dettol ini: www.dettol.com.my

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×