Advertorial

5 Perkara Ibubapa Perlu Tahu Sebelum Lahir Anak Pertama – Bersama Pakar O&G

8.1K
SHARES

Ramai ibubapa takut akan proses melahirkan anak pertama, kerana banyak perkara yang kita tidak tahu. Ada yang segan untuk bertanya, jadi kami tolong tanyakan Dr Norleen Mohd Salleh dari DEMC Specialist Hospital; seorang Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G).

Sedikit latarbelakang mengenai Dr Norleen:

Beliau sudah berkecimpung di dalam bidang O&G ini lebih daripada 20 tahun. Beliau lebih cenderung kepada bidang obstetrik dan mempunyai kemahiran mendalam dalam bidang kaunseling antenatal, gangguan haid dan kesihatan remaja.

Kelayakan Dr Norleen:  MD (USM), M.MED (O&G) (UKM)

Beliau amat berbesar hati untuk berkongsi informasi berikut:

screen-shot-2016-01-29-at-10-22-18-am-768x569

Kredit: http://www.suriafm.com.my

5 Perkara Ibubapa Perlu Tahu Sebelum Lahir Anak Pertama

1. Apa perlu anda bawa?

  • Kad antenatal atau lebih dikenali sebagai Buku Merah (dari Klinik Kesihatan jika ada)
  • Kad Pengenalan (MyKad, Surat Nikah, Pasport jika berkenaan).
  • Baju paling selesa untuk ibu selepas melahirkan anak dan juga perlu mudah untuk menyusukan bayi yang baru lahir. Termasuklah: stoking panas, kain sarong, kelengkapan dandadan diri (toiletries), nursing bra, seluar dalam pakai buang (sebaik-baiknya yang tinggi – bagi mengelak terkena parut daripada pembedahan Caesarian), jenama digemari pakaian bersih (pakai buang asas dibekalkan oleh pihak hospital).
  • Kardigan atau baju sejuk juga berguna kerana di dalam bilik bedah adalah sejuk. Anda boleh memakai gaun kegemaran anda sewaktu bersalin, tetapi pakaian sewaktu bersalin akan ditawarkan kepada anda. Bagaimanapun, ketika di bilik pembedahan (OT) terutamanya untuk pembedahan Caesarean, akan perlu memakai pakaian OT.
  • 1-2 set baju bayi (diperlukan sewaktu hendak pulang)
  • 1-2 botol susu kosong (bagi menyimpan lebihan susu ibu)
  • 1863663

2. Apakah Tanda-tanda Hendak Bersalin?

  • Tompokan darah – boleh jadi tompokan atau kesan, daripada coklat ke darah yang baru turun. Anda masih boleh disuruh pulang setelah diperiksa. Jangan panik, bersihkan diri, panggil seseorang untuk membawa anda ke hospital, dan lakukan pemeriksan
  • Air ketuban pecah – Agak sukar untuk dikenalpasti melainkan ia turun dengan banyaknya. Kebiasaannya ia jernih, tidak berbau dan berair, boleh juga tersilap dengan air kencing (periksa warna dan bau), lelehan (kebiasaannya melekit) dan air mani. Catatkan masa, pantau penggunaan atau penukaran pad, dan segera ke hospital. Jika air ketuban disahkan pecah, kebiasaannya 12-24 jam akan berlakunya proses bersalin. Demam panas bukan petanda yang baik, kerana ia menunjukkan jangkitan. Cecair hijau-kuning bukan petanda baik kerana ia menunjukkan bayi di dalam keadaan kecemasan.
  • Sakit kontraksi. Ianya bermula dengan penegangan dan pengerasan. Ketidakselesaan sederhana sehinggalah kesakitan berpanjangan dan kekejangan otot yang lebih kuat di seluruh bahagian perut disusuli dengan sakit belakang. Ia menjadi semakin kerap apabila semakin menghampiri detik hendak bersalin.

Peringatan: Tiada turutan spesifik bagi simptom di atas, ada yang alami satu sahaja tanda, dan ada juga yang alami ketiga-tiga tanda serentak.

3. Bila Hendak Ambil Cuti?

Memandangkan semakin ramai wanita yang bekerja, maka eloklah anda merancang sebaiknya.

  • Proses bersalin boleh bermula seawal 3 minggu daripada tarikh jangkaan bersalin atau ‘due’ (EDD). Rancanglah dengan ketua anda, rakan sekerja dan Sumber Manusia. Jimatkan cuti anda. Jika anda dibolehkan kerja dari rumah, silakan. Sesetengah syarikat membenarkan anda bekerja dengan waktu fleksibel.
  • Bincang dengan doktor anda untuk merancang cuti samada dengan MC atau Cuti Tahunan. Amat digalakkan anda bercuti 2 minggu sebelum tarikh bersalin.
  • Semakin hampir anda dengan tarikh tersebut, anda akan berjumpa dengan doktor setiap minggu, oleh itu doktor boleh memberikan anda cuti sakit. Anda juga boleh memohon untuk cuti tanpa gaji dengan surat sokongan daripada doktor anda.

Seeloknya, cuba untuk kelahiran secara normal. Namun, di disebabkan keadaan tertentu, pembedahan boleh dirancang dengan justifikasi perubatan.

1495887

4. Apakah Senaman Yang Sesuai Sewaktu Mengandung?

Senaman ringan, kurang hentakan dan aktiviti meregang adalah dibenarkan untuk menambahbaik peredaran daran dan menghalang trombosis vena dalam. Berenang dan berjalan adalah 2 contoh baik untuk senaman antenatal.

Semasa trimester ketiga, adalah amat digalakkan anda mula senaman Lamaze dan pernafasan bagi mempersiapkan diri untuk kelahiran. Ia merupakan teknik yang boleh mengurangkan kebimbangan dan sakit bersalin serta membolehkan ibu untuk memberikan tumpuan sewaktu hendak melahirkan anak.

Memanjakan diri dengan spa badan, urutan tangan dan kaki adalah dibenarkan. Tukang urut peribadi / ahli terapi boleh memberikan nasihat dan membantu anda.

1916376

5. Bagaimana Pula Dengan Persiapan Kebersihan Diri?

Sila cukur kawasan pubik anda. Wax adalah dibenarkan dan ia bagus untuk rawatan jangka masa panjang.

Jika anda tidak mampu melakukannya sendiri, jururawat anda boleh membantu. Kebersihan pubik membuatkan pemeriksaan fizikal lebih mudah untuk seorang doktor.

Akhir Kata Daripada Dr Norleen:

Sila hadiri kelas-kelas antenatal bagi membantu anda dan pasangan anda untuk bersiap-sedia dari segi fizikal dan mental untuk berdepan dengan proses kelahiran yang menakjubkan. Kelas-kelas ini adalah tempat untuk anda berkongsi soalan dan kerisauan dengan doktor berkenaan isu-isu kehamilan dan proses melahirkan anak.

Untuk Kelas Antenatal DEMC Specialist Hospital, sila layari http://demc.com.my/antenatal-class

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×