Famili

5 Perkara Anda Perlu Lakukan Supaya Anak Cepat Pandai Bercakap

198
SHARES

Setiap ibu bapa yang dikurniakan cahaya mata, pastinya akan menghargai setiap masa yang diluangkan bersama. Masa yang dihabiskan bersama adalah waktu yang paling berharga! Lagi-lagi dapat melihat anak membesar di depan mata, rasa bersyukur sangat.

Penulis percaya, setiap daripada anda khususnya ibu adalah orang yang paling alert untuk lihat satu persatu tumbesaran dan perubahan yang berlaku pada anak sejak dia dilahirkan. Ia termasuklah proses percakapan. Tapi, tidak semua anak-anak pandai bercakap selari dengan tumbesarannya.

Foto: TheAsianParent

Proses percakapan setiap anak berbeza

Jika anak anda lambat bercakap, janganlah risau! Ini kerana, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung kepada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat dan ada yang lambat. Tidak semestinya anak yang cepat bercakap itu lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat bercakap tapi kemudiannya dia lebih petah dan berjaya dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.

Jadi, janganlah melabel anak yang lambat bercakap ini sebagai anak yang bermasalah. Sebaliknya, anda perlu memainkan peranan membantu melancarkan proses percakapan mereka. SirapLimau senaraikan 5 perkara yang perlu anda lakukan untuk bantu anak mudah bercakap.

Foto: Penhitam

1. Hasilkan peluang untuk berkomunikasi

Sesibuk mana pun anda bekerja, carilah masa yang untuk berkomunikasi dengan anak anda. Walaupun anak memberi reaksi yang bersahaja, anda perlu bijak mencari topik-topik yang boleh menarik perhatiannya untuk mendengar. Keraplah bertanya apa sahaja soalan, dan anda akan lihat ada respon positif daripada anak anda!

2. Memastikan kontak mata sewaktu berkomunikasi

Apabila anda berkomunikasi bersama anak, pastikan mata anda memandang tepat pada matanya. Cara ini sebenarnya dapat merangsang fokus anak untuk mendengar dan memberi respon untuk mula berbual bersama anda. Walaupun bahasa yang diungkapkan agak pelat dan kurang difahami, sekurang-kurangnya anak anda mula ‘ringan mulut’ untuk bercakap.

3. Menggunakan ayat-ayat yang ringkas

Bila berborak-borak dengan anak, gunalah bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Ini kerana, anak akan mudah faham dan mengingati setiap perkataan tersebut. Lama kelamaan, anda anda akan mula membina ayat sendiri menggunakan perkataan yang anda ungkapkan ketika berkomunikasi dengannya.

Foto: Tanwir

4. Menggalakkan aktiviti fizikal

Sentiasalah bermain bersama anak-anak bagi menggalakkan perkembangan pertuturan dan bahasa mereka. Untuk pengetahuan anda, bermain merupakan aktiviti penting untuk anak mempelajari pertuturan dan bahasa kerana ketika bermain, anak akan meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka. Sebab itulah bermain merupakan sebahagian daripada kemahiran pra-pertuturan kanak-kanak.

5. Galakkan anak berdikari melakukan tugas yang mudah

Walaupun anak anda baru saja nak masuk umur 2 tahun, anda perlu biarkan dia untuk berdikari dengan melakukan tugas-tugas yang tertentu. Anda boleh memberi arahan yang mudah kepada anak misalnya menyuruhnya mengemas alat-alat permainan yang bersepah, memakai seluar dan baju sendiri, dan sebagainya.

Percayalah bahawa anak anda mampu melakukan dengan jayanya walaupun memerlukan sedikit bantuan daripada anda. Cara ini dapat merangsang otak anak untuk memikirkan cara menyelesaikan tugas yang diberikan.

Foto: Wanista

Kesimpulannya, anda sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu proses percakapan anak-anak. Sekiranya, anak anda mesih belum lagi pandai bercakap sehingga umurnya 4 tahun ke atas, anda boleh merujuk doktor.

Sumber: Twitter KKM Putrajaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×