“Nak masak apa untuk lauk tengahari ni, dah tak ada idea dah..”
Kalau tak tahu nak masak menu apa untuk seisi keluarga, kembali kepada asas iaitu masakan tradisional Melayu! Pergi mana pun, anda tak akan jemu dengan keenakan masakan sebegini kerana rasanya yang memang lengkap. Bukan itu sahaja, penting juga untuk anda mendidik anak-anak untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai budaya dan ‘masakan kampung’ kita sendiri. Ini 5 senarai masakan yang anda boleh cuba!
1. KERABU KERANG
Menjadi salah satu menu kegemaran ramai, kerabu kerang memang akan membangkitkan selera sesiapa sahaja. Sangat sesuai untuk dijadikan lauk makan tengahari dan malam, malah menu ini juga sangat sesuai untuk dimakan begitu sahaja. Bukan itu sahaja, kerang pun sangat bagus untuk tambah darah dalam badan kan?
Resipi Kerabu Kerang : http://myresipi.com/recipes/kerabu-kerang
2. ASAM PEDAS IKAN KELI N9 STYLE
Bagi anda yang merupakan penggemar makanan yang pedas, mesti akan cuba masakan orang Negeri Sembilan kan? Katanya, masakan dari negeri ini semuanya pedas-pedas belaka. Jadi, jom kita cuba masak asam pedas ikan keli ala-ala Negeri Sembilan yang memang pedas dan menyelerakan. Bukan sahaja boleh menggunakan ikan keli, kalau anda nak guna jenis ikan yang lain seperti ikan merah dan ikan kembung pun boleh.
Resipi Asam Pedas Ikan Keli N9 Style : http://myresipi.com/recipes/asam-pedas-ikan-keli-n9-style
3. MASAK LEMAK CILI API IKAN SEPAT BERSAMA NENAS
Selalu asyik makan masak lemak cili api udang saja, apa kata anda gunakan ikan darat pula. Salah satu ideanya adalah menggunakan ikan sepat dimasak bersama nenas. Menu masak lemak cili api ikan sepat bersama nenas ini akan mengembalikan memori anda ketika berada di kampung! Sedapnya!
Resipi Masak Lemak Cili Api Ikan Sepat Bersama Nenas : http://myresipi.com/recipes/masak-lemak-cili-api-ikan-sepat-masin-bersama-nenas
4. GORENG BERLADA PUCUK KELEDEK
Bosan asyik dijadikan ulam sahaja, jom kita cuba kelainan jadikan pucuk keledek ini digoreng berlada. Makan pula dengan masak lemak cili api dan nasi putih, memang anda akan tambah nasi berpinggan-pingganlah! Boleh juga pelbagaikan goreng berlada ini dengan dimasukkan sedikit ikan bilis atau udang kering untuk rasa yang lebih enak.
Resipi Goreng Berlada Pucuk Keledek : http://myresipi.com/recipes/goreng-berlada-pucuk-keledek
5. AYAM SEROJA
Menu ayam seroja ini boleh dikategorikan sebagai menu ‘mesti ada’ untuk acara keraian dan kenduri. Tapi, kalau nak tunggu kenduri, lambat pula baru boleh makan kan? Tak payah tunggu lagi, jom masak sendiri ayam seroja ini di rumah. Bukan sahaja sesuai dengan selera orang dewasa, anak-anak pun akan menyukai masakan ini.
Resipi Ayam Seroja : http://myresipi.com/recipes/ayam-seroja
*Macam mana? Lapar tak bila tengok 5 masakan ini?
Sumber : MyResipi.com