Asuh

5 Langkah Peringatan Untuk Mak Ayah Supaya Tak Lupa Anak Di Belakang Kereta

221
SHARES

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes seorang bayi berusia 9 bulan maut, dipercayai selepas bapanya terlupa bahawa mangsa berada dalam kenderaan semasa keluar bekerja di Kompleks Tun Razak. Lebih menyedihkan adalah mangsa sepatutnya dihantar ke taska selepas menghantar isteri ke tempat kerja namun ayahnya terlupa untuk berbuat demikian.

Malang tidak berbau, jadi sebagai langkah peringatan buat ibu bapa yang membawa anak di dalam kereta, terdapat 5 langkah persediaan yang anda boleh lakukan untuk mencegah hal terlupa anak di dalam kereta dari berlaku.

Mengapa salahkan crs?

Sedih dengan nasib baby yang tertinggal dalam crs sehingga menyebabkan kematian. Tapi takda orang yang boleh come close dengan kesedihan yang dialami oleh parents baby tersebut. Yang saya nak naikkan adalah isu crs. Ada jugak ambil kesempatan berita ini untuk kata kalau anak tak duduk dalam crs, keadaan macam ni tak akan berlaku…

Ia hanya satu benda yang tak bernyawa. Meh kita tengok apa jadi dekat baby kalau takde crs ketika ayahnya hantar ke taska tanpa terlibat dalam apa apa accident…

1. Waktu drive anak boleh bergolek dari tempat duduk jatuh terhantuk kepala

2. Waktu berhenti kereta anak boleh ke depan dan cedera di mana mana bahagian badan.

3. Sepanjang masa driver tak akan fokus sebab asik lihat apa anak sedang buat, selamat ke tak etc.

Dan macam macam lagi… Nak suh maknya pegang sebelum hantar ke taska? Sama juga..kalau accident tetap anaknya akan lebih teruk keadaan banding dengan orang lain sebab dia paling kecil.

Takde kena mengena letak anak dalam crs dan keadaan lupa anak di dalam kereta. Kita manusia tidak sempurna dan sentiasa lupa. Sini saya sertakan tips untuk elak dari keadaan lupa anak di crs. Ingat crs tak salah.. Ia hanya satu benda yang tak bernyawa tapi sedang bertanggungjawab menyelamatkan nyawa yang anak yang disayangi.

P/s: bagi yang tanya yes hero yang pakai helmet dalam carseat itu hero saya.

5 TIPS ELAK LUPA ANAK DI DALAM KERETA

1. Tinggalkan barang anak di depan kereta seperti beg taska.

2. Letak barang anda di belakang berdekatan baby.

3. Pasang baby dashcam untuk lihat anak anda di belakang.

4. Posisi CRS di tengah kalau boleh.

5. Boleh buat keychain, tempat gantung, reminder baby ada di belakang.

*Semoga boleh dipraktikkan!

Sumber : Dietitian Fizah Sobri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×