Rakyat

5 Jenis Makanan Yang Boleh Buat Rakyat Malaysia Bersatu Padu, Beratur Pun Tak Kisah!

17
SHARES

Orang Malaysia ni, sembang sahaja pasal makanan automatik pasti akan terliur!

Nampak tak kenapa makanan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kerana makanan, kita sanggup dan tidak kisah untuk beratur panjang, makanan buat kita gembira dan paling penting makanan menyatupadukan kita. Ya, bukan hanya sukan dan muzik saja yang menjadi agen perpaduan dan keharmonian di Malaysia ini.

Kenapa begitu? Katalah satu hidangan ini berasal dari sebuah negeri, hidangan itu tidak eksklusif untuk negeri itu sahaja. Semua orang boleh duduk bersama untuk enjoy dan makan. Untungnya duduk di Malaysia!

5 MAKANAN YANG BOLEH BUAT ORANG MALAYSIA BERSATU PADU!

1. Nasi lemak

Siapa sahaja yang tidak memilih untuk makan nasi lemak terutama sekali ketika bersarapan bukan? Nasi lemak telah menjadi identiti makanan rakyat Malaysia dan telah menempah nama sehingga ke persada antarabangsa. Bukan sahaja orang Melayu yang suka makan dan jual nasi lemak, malah kita juga ada edisi nasi lemak dari kaum yang lain juga. Tetapi semuanya sedap!

2. Roti Canai

Setiap kali berkunjung ke kedai ‘mamak’ memang tak sah kalau tak pesan roti canai kan? Ada yang memilih untuk makan roti canai kuah banjir dan ada juga yang memilih untuk makan roti canai seperti biasa. Tetapi apa yang menariknya adalah roti canai ini menjadi pengikat ukuwah rakyat Malaysia. Tak kira Melayu, Cina, India, semua nak makan roti canai.

3. Sate

Selain nasi lemak dan roti canai, sate juga menjadi antara makanan kegemaran pelbagai kaum di Malaysia. Bukan sahaja terdapat dalam variasi sate ayam dan daging, ada juga peniaga yang memilih untuk mempelbagaikan pilihan sate termasuklah sate perut, sate ikan, sate kuda dan sate tulang. Yang penting, memang orang Malaysia suka kerana orang Malaysia suka makan!

4. Laksa

Sebut sahaja laksa, kita ada pelbagai jenis laksa bukan sahaja dari satu negeri malah setiap negeri dalam Malaysia mempunyai jenis laksa tersendiri. Ada laksa Penang, laksa Johor, laksa Kedah juga laksa Sarawak dan macam-macam lagi. Ini membuatkan setiap kaum dalam negara kita tidak malas untuk mencuba variasi laksa yang ada. Boleh la berkongsi pendapat laksa mana yang menjadi pilihan.

5. Variasi ‘bubble tea’

Bubble tea atau boba tea sudah semestinya menjadi satu fenomena buat rakyat Malaysia. Pergi sahaja ke mana-mana pun tidak sah kalau anda tidak mencuba variasi kedai yang menjual bubble tea. Bila tengok di media sosial, bukan sahaja rakyat Malaysia bersatu padu sanggup beratur ketika membeli malah situasi ini juga menjurus kepada perhubungan komunikasi antara rakyat berbilang kaum.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×