Didik

5 Cara ‘Halus’ Untuk Didik Anak Lelaki Supaya Tak Besar Kepala Dan Hormat Ibubapa

6.9K
reads

Cara mendidik anak lelaki agak berbeza dengan cara mendidik anak perempuan. Mana tidaknya, anak lelaki ni mungkin mempunyai ‘angin’ mereka sendiri. Salah satunya adalah mereka mungkin sukar untuk menerima teguran dan selalu naik kepala. Jadi, amat penting untuk ibubapa tahu cara untuk elak anak lelaki ni besar kepala bila mereka meningkat dewasa nanti. Susah nak bergaul dengan orang!

Semua Mak Ayah Kena Tahu 5 Cara Nak Buat Anak Lelaki Tak Naik Kepala.

http://time.com/

Sedih tengok video ada anak yang sanggup pukul mak sendiri. Pernah jugak ada kes sorang anak lelaki yang baru berumur 21 tahun sanggup ugut nak tetak mak sendiri dengan parang panjang bila mak dia tak bagi duit RM1 yang budak lelaki tu mintak untuk beli rokok! Kejam kan? Sebak pulak. Adeh! Sebab tu nak besarkan anak lelaki ni kena tahu cara supaya anak lelaki tu tak jadi besar kepala bila dah besar nanti.

1. Kurangkan gajet

www.shutterstock.com

Daripada pengamatan saya kalau seorang anak tu terlampau dimanjakan dengan gajet, mereka akan jadi kurang sensitif dengan orang kat sekeliling mereka. Hormon dopamine yang keluar ketika mereka bermain gajet membuatkan si comel kita ni rasa kalau nak bahagia dan tenang, cukup dengan gajet! Gajet nombor 1. Bantu mak ayah kat rumah tu nombor 15 je lah!

2. Bagitahu mereka pahala bantu mak ayah

www.shutterstock.com

Sekarang ni kalau anak saya tolong lap lantai ke sapu sampah ke mesti saya akan panggil mereka anak soleh. Biar mereka tahu kalau bantu mak ayah ni benda yang sangat mulia daripada segi agama dan moral. InsyaAllah habit tu akan melekat sampai ke tua kalau kita amal pujian ni.

3. Jangan larang kalau anak kita nak bantu

www.verywell.com

Kadang-kadang tu saya pun khilaf. Kadang-kadang saya pun termarah anak saya kalau dia basahkan lantai. Bila saya selidik balik, Ya Allah! Rupanya anak saya tu berniat nak tolong saya cuci kotoran di lantai je. Cuma budak kecik kan, mereka mana la reti cuci lantai ni jadi mereka buat la semampu mereka walaupun bagi kita nampak macam mereka tengah buat hal dan sengaja sepahkan rumah. Padahal niat mereka suci! Ya Allah! Maafkan saya!

4. Si ayah kena jadi idola terbaik anak

http://stylewhack.com/

Sedalam mana pun kasih sayang anak pada ibunya, si ayah tetap menjadi idola utama si anak sebenarnya. Ayah pemalas biasanya akan menghasilkan anak yang malas. Ayah pemarah pun biasanya akan menghasilkan anak yang pemarah. Nak anak yang suka tolong mak ayah? Jadilah ayah yang suka tolong nenek dan emak di rumah ye.

5. Mula daripada sekarang jugak

http://www.goodhousekeeping.com/

Jangan tunggu besok atau lusa untuk didik anak kita. Sampai masanya rebung yang lembut dan mudah lentur akan menjadi sebatang buluh yang keras dan kukuh.
– anak dibawah umur 1 tahun pun dah boleh ajar perlahan lahan untuk buang sampah dalam tong sampah, lap air kalau mereka tumpahkan dan juga ajar mereka ambil baju masing-masing dalam rak yang disediakan.
– kita bukan niat nak dera mereka. Kita cuma nak lahirkan ‘ perasaan taat ‘ dalam jiwa si comel kita.

www.expatriatelifestyle.com

InsyaAllah suatu hari nanti anak kita semua akan membesar menjadi anak yang taat dan berbuat baik pada kita semua dan akhirnya menjadi saham akhirat yang berguna untuk kita semua walaupun kita dah takde lagi di dunia ini. Amin.

p/s : Tolong ajar ilmu ni pada pasangan masing-masing ye sebab benda ni sangat berimpak besar pada perkembangan si comel kita suatu hari nanti.

Sumber: Taufiq Razif

Yang Popular

To Top