Famili

5 Cara Berkesan Bersihkan Kotoran & Tumpahan Yang Anak Anda Selalu Buat!

16
SHARES

Bila bergelar saja ibu dan bapa, hidup anda akan ‘diwarnai’ dengan alat permainan, suara jeritan anak yang sedang bermain, berlari, dan menangis. Anda juga tidak boleh lari untuk berhadapan dengan kesan dan kotoran daripada perbuatan anak di permukaan dinding, sofa, pakaian dan sebagainya.

Sebenarnya, untuk mengatasi masalah kesan dan kotoran daripada hasil ‘karya’ anak, para ibu bapa akan memilih warna-warna gelap untuk sofa dan memilih cat yang ‘mesra’ kanak-kanak. Tapi macam manapun si anak akan tetap juga tinggalkan ‘kotoran’ mereka.

Foto: KIds

Jadi, anda perlu tahu teknik berkesan untuk menghilangkan kesan dan kotoran yang biasa dilakukan oleh anak-anak. Penulis senaraikan 5 teknik pembersihan yang berkesan untuk menghilangkan segala tumpahan dan kotoran dengan menggunakan bahan-bahan ‘dapur’ saja!

Teknik pembersihan untuk hilangkan segala tumpahan dan kotoran

1. Krayon

Foto: TheAsianparent Malaysia

Kesan contengan menggunakan krayon memang biasa dilihat di dinding-dinding rumah yang mempunyai anak kecil. Walaupun kita suka lihat karya-karya ‘kreatif’ anak, tapi dinding putih rumah dah tak cantik dah. Cara untuk menghilangkan kesan kesan krayon ini mudah saja iaitu:

Cara 1:

  • Ambil perca kain atau kain lap dan masukkan ke dalam bekas yang telah dicampurkan dengan air dan soda penaik. Perahkan kain dan gosok pada kesan krayon di permukaan dinding.

Cara 2:

  • Letakkan sediki ubat gigi di atas berus gigi lama dan gosok pada permukaan kotoran krayon. Kemudian, lap menggunakan kain lembap.

2. Jus / Air

Foto: KliknClean

Anak-anak yang minum air, pasti akan tumpah walaupun setitis. Betul tak? Tiba-tiba kita perasan, ada kesan berwarna oren ataupun ungu (air Ribena) pada sofa ataupun karpet. Dah tak cantik ada tompokan pada sofa atau karpet kan? Jadi, anda boleh menghilangkannya dengan cara ini:

Cara 1:

  • Ambil satu sudu cuka dan satu sudu serbuk pencuci. Campurkan di dalam secawan air dan kacau. Kemudian, pindahkan cairan ke dalam botol semburan dan sembur pada kotoran dan lap menggunakan kain yang bersih. Ulangi proses ini beberapa kali sehingga noda hilang.

3. Air kencing

Foto: Today Show

Ya, kadang-kadang anak anda lari tak nak pakai lampin pakai buang, tiba-tiba terkencing pula di atas sofa atau katil anda! Adoi, satu hal nak bersihkan, kalau dibiarkan boleh bau hancing satu rumah. Jangan risau, anda boleh hilangkan kotoran dan bau hancing tersebut dengan teknik ini:

Cara 1:

  • Masukkan cecair cuka di dalam botol semburan dan sembur di kawasan kotoran. Biarkan ia menyerap selama 10 minit. Kemudian, gunakan kain kering untuk menyerap cuka yang berlebihan tadi. Seterusnya, taburkan baking soda dan biarkan selama 2 jam atau lebih. Baking soda bertindak sebagai agen penyerap kotoran dan bau. Selepas 2 jam, anda boleh vacuum semua baking soda tadi. Mudah saja kan?

4. Sos pasta

Foto: Accidental Tai-Tai

Anak-anak bila dan berumur setahun lebih mereka akan lebih suka untuk makan sendiri daripada disuap. Bila dah pandai makan sendiri, memang comotlah satu badan dan akan ada tumpahan pada lantai. Lagi-lagi, menu yang dihidangkan adalah pasta, satu badan anak penuh dengan sos pasta! Sebenarnya, kotoran berasaskan tomato amat sukar untuk dihilangkan walaupun pakaian sudah dicuci berkali-kali. Tapi, dengan teknik pembersihan berkesan ini, kesan sos pasta mampu dihilangkan dengan sangat mudah.

Cara 1:

  • Gosok kotoran dengan beberapa cecair pencuci pinggan mangkuk. Kemudian, rendam pakaian dalam air suam. Kemudian boleh cuci pakaian tersebut di dalam mesin basuh.

Cara 2:

  • Sekiranya cara pertama tadi kotoran masih ada, anda boleh rendamkan pakaian di dalam cuka makanan dan cuci seperti biasa.

5. Pensil warna

Foto: Seronoknya Belajar Sambil Bermain

Pensil warna memang digemari oleh anak-anak untuk melukis dan mewarna. Bila anak-anak lukis di dinding, pastinya kesan tersebut sukar untuk dihilangkan kan? Dah gosok dengan kain lembap pun masih tak hilang lagi. Jadi anda boleh cuba dengan cara ini:

Cara 1:

  • Anda boleh gunakan pemadam lembut untuk membersihkan tanda-tanda contengan pensil warna pada pakaian anak anda. Gosok sehingga hilang dan boleh cuci pakaian seperti biasa.

Cara 2:

  • Untuk hilangkan kotoran didinding pula, anda boleh letakkan ubat gigi di atas berus gigi lama dan gosok sehingga kesan kotoran hilang. Lap menggunakan kain lembap sehingga bersih.

Sekarang anda tak perlu risau lagi dengan kesan kotoran hasil daripada perbuatan anak di dalam rumah. Semuanya anda boleh ‘settlekan’ menggunakan teknik pembersihan yang sangat mudah ini! Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×