Famili

4 Resipi ‘Snack’ Ala-Ala ‘Mat Salleh’ Yang Sesuai Untuk Si Manja Umur 1 Tahun & Kebawah

47
SHARES

Apabila anak sudah berumur 6 bulan dan ke atas, sudah tiba masanya untuk ibubapa mempelbagaikan makanan seharian untuk anak-anak. Inilah masanya dimana ibubapa sangat seronok untuk experiment makanan apa yang sesuai dan menarik untuk diberikan kepada si manja. Namun, kadang-kadang kering juga idea makanan apa yang sesuai dimasak dan diolah untuk jadi lebih menarik kan? Haa, tak perlu pening-pening lagi, jom kita cuba resipi ala-ala mat salleh dari perkongsian Aiza D Undefined ini untuk kelainan!

4 RESIPI ‘SNACK’ YANG ANAK-ANAK KENA CUBA!

1. Banana Pancake with Blueberry Sauce (suitable from 9 months old)

www.facebook.com/aiza.undefined

Simple je menu harini, and pancake memang favourite Adam Jibreel.  Simple recipe as below :

•Mash/blend telur, pisang, dan unbleached flour sehingga sebati.
•Gorengkan atas frying pan dengan menggunakan unsalted butter atau olive oil. Bentuk apapun boleh. Ikut kehendak mommy untuk anak-anak.
•Then bolehlah dihidangkan dengan simple blueberry sauce homemade punya. just blend the blueberry and make a puree, mommies!

www.facebook.com/aiza.undefined

2. Not-So Baby Bolognise! (suitable from 10 months old)

https://www.facebook.com/aiza.undefined

Simple Recipe as below :

•Potong dadu sedikit capsicum, butternut squash, tomato. steam-kan kesemua ni sehingga empuk. Aiza guna Beaba Babycook with water reservoir Level 3. Then blend-kan asing, Butternut Squash dan Tomato. Capsicum just potong dadu-dadu kecil.

•Tumiskan garlic dan celery, dengan menggunakan olive oil atau unsalted butter hingga naik bau.

•Kemudian, masukkan capsicum, cendawan shittake yang dah dipotong kecil-kecil dan minced beef. gaul sehingga kekuningan dan masak. Bila dah agak masak, masukkan Tomato Puree yang dah di-blend serta Butternut Squash Puree yang di-blend juga. gaul sebati. Bila makin kering, tambah sikit air.

•Taburkan Grated Cheddar Cheese (yang ni hilang dari radar bahan-bahan previous post. lupa.) gaul dan gaul lagi. Taburkan sesudu kecil mixed herbs, gaul lagi. jika kering, boleh tambah air or tambah bone broth. Last sekali, taburkan dedaunan thyme bagi menambahkan rasa umphh dalam bolognese.


•Meal ni bolehlah disajikan untuk anak-anak dengan pasta comel-comel or spageti or stick noodle or mee suah or macaroni or even dengan nasi pun boleh!

3. Simple Salmon, Squash & Baby peas balls

Simple recipe as below :

•Steam-kan babypeas, squash, salmon yang dah dibasuh bersih, sehingga masak. Aiza guna Beaba Babycook, Water Reservoir Level 3.
•Bila dah steam, blend-kan bersama sesudu mixed herbs. nak blend letak grated cheddar cheese pun boleh untill smooth but not too soft macam puree.
•Campurkan bahan diblend dengan unbleach flour, maka gelek-gelekkan ia menjadi bebola-bola cinta.
•Celupkan ke dalam telur then coat kan dengan breadcrumbs atau rolled oat flour.
•Then gorenglah ikut choice mommy. kitorang guna fryer, 160 selama 15-20 minit.

https://www.facebook.com/aiza.undefined

4. Potato-Squash Eggy Fritters! (suitable from 1 year old above)

https://www.facebook.com/aiza.undefined

Simple recipe as below :

•Potong-potong then steam-kan squash dan potato. Aiza guna Beaba Babycook, water reservoir Level 3. Then, dah lepas steam, angkat then lenyek-lenyekkan or mash kan dengan sudu or boleh blend kan secara impulse not too soft. Then, tuangkan sesudu kecil paprika, mixed herbs dan extra virgin olive oil (EVOO), lenyek-lenyekkan lagi. If adunan terlalu lembik, boleh masukkan sesudu dua unbleached flour, lenyekkan lagi. Then, pecahkan sebiji telur, gaulkan, then tuangkan semangkuk kecil rolled oat yang dah di-blend.

•Lepastu buatkan adunan bulat-bukat atas aluminium fold, then Aiza goreng guna Airfryer je dengan setting 160 for 15 minutes. terus siap sedia untuk di makan seisi keluarga secara sihat sejahtera!

*Kita yang dewasa ni pun terliur juga tengok menu anak-anak yang sedap macam ni. Jangan risau, bukan sahaja untuk anak-anak kecil, orang dewasa pun boleh juga cuba resipi ini dan diolah mengikut kesesuaian selera ya!

Sumber : Aiza D Undefined

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×