Lipas adalah makhluk perosak yang hadir akan mengganggu ketenteraman penghuni rumah. Ia bukan sahaja akan merosakkan perabot dan makanan anda, malah ia juga membawa parasit dan kuman yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Walaupun memiliki tubuh badan yang kecil, akan tetapi ini lah antara serangga yang paling ditakuti ramai dan berasa geli dengannya. Lepas ini, tak perlu bimbang lagi kerana ada cara untuk menghalau lipas atau serangga lain daripada terus membiak di dalam rumah.
Baca juga: 5 Perbuatan Ibu Bapa Yang Anak-Anak Akan Ingat Dan Makin Kuat Bonding
4 PETUA HALAU LIPAS DAN SERANGGA
Petang balik kerja. Sampai rumah, terpijak lipas. Lega. Nasib baik dah mati. Sekali terpijak lipas. Dia buka sayap. Itu bukan lipas dah. Mesti stress bukan kalau dekat rumah ada banyak sangat serangga.
Yang terbang, yang merayap, yang merangkak dan sebagainya. Terutama musim sekarang tak menentu. Geng ini akan mula cari tempat untuk berlindung dari basah hujan dan panas terik.
Tempat paling ideal iaitu dalam kawasan rumah:
1.Cuka
Campurkan cuka dengan air panas. Kacau. Sapu di celah dan tempat serangga selalu bersarang. Malam malam tuangkan lebihan tadi ke dalam lubang sinki. Nanti serangga takkan naik merayap melalui paip.
2. Baking soda
Campurkan perahan lemon, baking soda dan air panas. Kacau. Sapu pada bahagian bawah sink dan bucu kabinet.
3. Essential oils
Siapa sangka essential oil seperti peppermint dan lavendar juga berkesan halau serangga. Spray di tempat-tempat seperti almari, kabinet dapur dan ruang tertutup. Bau harum semerbak. Serangga pun tak ada.
4) Timun batang
Timun batang ini rangup dan sedap dimakan begitu saja. Tahu tak lipas tak menggemari bau timun batang ini. Bau ini repulsive bagi lipas. Tak percaya? Nanti letak beberapa keping di tempat lipas selalu lepak. Tengok hasilnya macam mana.
Kayu manis pun sama. Nanti tabur serbuk kayu manis di celah pintu. Di dalam kabinet dapur.
Semoga manfaat!
Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar