Famili

4 Perkara Yang Akan Membuatkan Isteri Korang EXTRA Sayang Dekat Korang. He he he..

45.3K
reads

Untuk pasangan yang baru mahupun sudah lama mendirikan rumah tangga tu, mungkin korang tertanya apa agaknya resipi ibu-bapa korang semua yang sudah pun bersama melebihi 20 tahun lamanya tapi masih lagi sweet macam baru kenal.

Sangat comel bila fikir balik cara mereka bergurau senda, cara mereka kacau satu sama lain, cara mereka handle something bersama tak kisahlah benda tu berat atau ringan. Kita yang muda ni mesti nak juga jadi macam mereka kan? Dapat mengekalkan kemanisan dalam rumahtangga sehingga tua.

Menjelang raya ni, si suami disarankan untuk tolong si isteri buat kerja rumah. Mana tahu isteri korang akan makin sayang, ‘extra’ lagi tau! Bagaimana caranya? Meh admin nak bagi tahu sikit.

1. Tolong pasang langsir TANPA DISURUH. Hehe

Suami ni memang kalau nak suruh buat something kena remind banyak kali sampai dah berbuih mulut. Tapi untuk buatkan isteri makin sayang, cuba untuk buat sesuatu tanpa disuruh. Tahu-tahu dah siap, tak ke senyum lebar si isteri tu nanti. Hehehe. Tolong dia pasang langsir pun dah cukup bagus, takkan la perempuan nak kena memanjat pulak kan?

2. Basuhkan pinggan bila si isteri selesai memasak

Lepas isteri selesai memasak, suami kena lah tolong basuhkan pinggan atau kemas apa yang patut walaupun isteri korang tak pernah suruh. Sebab isteri dah penat memasak, so apa salahnya untuk bekerjasama sikit dekat dapur. Simple je kerja basuh pinggan ni. Boleh lah meringankan beban isteri sikit. betul tak? Hehe

3. Pick-up baju dekat tailor sebab si isteri terlepas pandang

Tanggungjawab isteri ni memang banyak sampai kadang-kadang dia akan terlepas pandang check-list yang patut dia buat lagi-lagi menjelang raya. Macam-macam benda dia kena ingat dalam satu masa. Si suami tugasnya mudah je, try tengok check-list yang isteri korang dah buat dan tengok apa lagi yang masih belum settle. Contohnya, BAJU RAYA LUPA AMBIK! Ha kang tak raya kang.. Aiyoyo

4. Ambik hati isteri dengan buatkan air untuk dia lepas dia selesai mengemas. Bodek sikit..

Dah nampak si isteri penat buat kerja, try buat something untuk ambik hati dia. Buatkan teh tarik untuk dia relaks sikit lepas kehulu-kehilir kemas rumah dan settle kan semua perkara yang perlu sebelum raya. Sampai nak buat air pun tak sempat dah sebab terlalu sibuk menguruskan keluarga.

Dengan 3 langkah mudah membancuh Teh Tarik Ori F&N. Barulah isteri makin sayang..

Mudah je untuk si suami menambat hati isteri. Tak perlu buat macam-macam, tolong back-up kerja rumah sikit pun dah memadai. Lagi-lagi kalau suami yang memahami, tolong buatkan air dan sebagainya.

Bak kata orang ‘little things mean the most’. Bagi si isteri merasa air tangan korang buat teh tarik yang terangkat dengan bila korang menggunakan Teh Tarik Ori F&N ni. Fuh mesti isteri bertambah sayang..

Jom ramai-ramai join ‘Jom Tarik bersama Hang Tarik F&N’ yang bakal diadakan di Mydin USJ!

Bukan itu sahaja, korang juga dijemput untuk menyaksikan pakar persembahan Teh Tarik mendemonstrasi cara membuat Teh Tarik Ori F&N pada 20 Mei bertempat di Mydin USJ, jam 11 pagi.

Jangan ketinggalan untuk menyertai pelbagai pertandingan menarik dan korang berpeluang memenangi banyak hadiah lumayan!

Cara untuk menyertai? Senang je.. Dengan pembelian 2 tin Krimer Manis F&N atau Krimer Sejat F&N dan paparkan resit pembelian. Haa apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai serbu Mydin USJ pada 20 Mei ni. Jumpa disana!

Carian Yang Berkaitan:

  • ayat yang membuatkan isteri bertambah sayang
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top