Famili

Segarkan Hari Anda Bersama “F&N X Jom Ronda” Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Yang ke-65!

164
SHARES

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65, F&N ingin mengimbau kembali memori dan meraikan anda semua, pelanggan setia F&N sebagai tanda terima kasih kerana telah menjadikan F&N pilihan no 1 anda ketika merayakan pelbagai sambutan.

Berkolaborasi bersama Jom Ronda, F&N bakal memeriahkan sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia anda dengan pelbagai produk minuman keluaran mereka.

F&N X Jom Ronda belanja 65,000 unit minuman kegemaran anda!

Istimewa buat anda semua, F&N X Jom Ronda ada 65,000 unit minuman untuk diedarkan bermula dari tarikh 31 Ogos hingga 18 September pada di lokasi-lokasi terpilih bagi memastikan korang kekal segar merayakan sambutan Kemerdekaan.

Bukan itu sahaja, Hot FM Zoomers juga akan turut serta bagi memeriahkan sambutan hari Kemerdekaan kali ini. Buat para pendengar Hot FM stay tuned untuk pengumuman lokasi yang bakal dikunjungi F&N X Jom Ronda.

“flag-off” bersama F&N di Balai Berita, Bangsar!

Meriah giler upacara flag-off yang diadakan di Balai Berita, Bangsar. Kehadiran selebriti jemputan iaitu Nabil Aqil, Aman Aziz, Sharul Kamal, Afieq Shazwan, Ahmad Adly dan Fiza Thomas menceriakan lagi sambutan bermulanya konvoi F&N x Jom Ronda.

Inilah wajah-wajah bahagia dapat air percuma sempena activation day F&N X Jom Ronda yang berlangsung pada hari ini! Tersenyum manis diorang semua.

Pilihan sepanjang masa, “Dulu, Kini, Selalu F&N”

Telah berada dipasaran lebih 139 tahun, F&N memiliki peminatnya yang tersendiri. Bayangkanlah, setiap kali sambutan perayaan datang menjelang, pasti stok-stok minuman keluaran F&N habis licin di sapu oleh segenap masyarakat.

Rasanya yang tersendiri dan sedap menjadikan ianya pilihan utama rakyat Malaysia. Maka, tak hairanlah produk-produk lain keluaran F&N seperti Minuman Isotonik 100PLUS, F&N Fun Flavours, F&N SEASONS, F&N Magnolia, F&N ICE MOUNTAIN dan susu tin F&N mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk serbu konvoi Jom Ronda dan dapatkan minuman F&N anda dan meriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-65 .

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Layari media sosial Jom Heboh dan F&N untuk maklumat terkini berkaitan konvoi F&N X Jom Ronda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×