Rakyat

4 Kes Terbaru COVID-19, Antaranya Jururawat Pelatih Warga Malaysia

4K
SHARES

Pada hari ini, empat (4) kes baru dicatatkan pada 1 Mac 2020. Ini menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia ialah 29 kes.

Ringkasan kes adalah seperti berikut:

Kes 26 – lelaki umur 52 warganegara Malaysia mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada pertengahan Januari 2020.

Mula alami gejala pada 27 Februari 2020 dan terus dapatkan rawatan di hospital swasta pada hari yang sama. Ujian saringan dijalankan dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Kini dirawat di Hospital Sg Buloh.

Kes 27 – wanita umur 20 tahun warganegara Malaysia, seorang jururawat pelatih yang dikesan sebagai kontak rapat bagi kes 24.

Alami gejala batuk pada 27 Februari dan selepas jalani ujian saringan, disahkan positif COVID-19 pada 29 Februari 2020. Kini dirawat di HKL.

Kes 28 – lelaki umur 45 tahun warganegara Malaysia dan merupakan rakan sekerja kepada kes ke-25.

Beliau bersama-sama dengan kes ke-25 dan seorang lagi rakan sekerja mempunyai sejarah perjalanan ke Milan, Itali pada 15 hingga 21 Februari 2020. Dikesan ada gejala sejak 26 Februari 2020. Ujian saringan sahkan beliau positif COVID-19 pada 29 Februari 2020. Kini dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh.

Kes 29 – wanita umur 35 tahun warganegara Malaysia.

Terdahulu, beliau telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari 2020 dan ditempatkan di bilik berdua dengan kes ke-24; yang pada ketika itu belum diketahui dijangkiti COVID-19. Pada 25 Februari 2020, beliau telah dibenarkan pulang ke rumah. Pada 27 Februari 2020, beliau mula merasa tidak sihat – mengalami gejala demam dan batuk. Namun, beliau tidak mendapatkan sebarang rawatan. Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah, beliau telah dikenalpasti sebagai salah seorang dari kontak rapat kepada kes ke-24. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh.

Setakat ini, 22 kes dari 29 kes keseluruhan COVID19 telah sembuh dan dibenarkan pulang. Tujuh (7) lagi masih dirawat di wad.

*Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×