Asuh

Jenis Car Seat Untuk Bayi, Ini 4 Garis Panduan Pilih Ikut Umur, Berat & Ketinggian

1
SHARES
Jenis Car Seat

Bermula 1 Januari 2020 lagi, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau carseat (CRS) diwajibkan di Malaysia. Mungkin ramai yang pening dan tak tahu jenis car seat apa yang sesuai untuk anak mereka. Dan kalau yang dah beli tu, adakah anda sedang menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak yang betul? Kini, terdapat 4 jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang sedia ada di pasaran.

Jom ketahui lebih lanjut tentang jenis carseat yang paling sesuai untuk anak-anak anda mengikut info dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) ini.

Baca juga: Mohon Rebat 50% Pembelian Car Seat, Boleh Semak & Beli Di Kedai Terpilih

JENIS CAR SEAT UNTUK BAYI MENGIKUT UMUR, BERAT DAN KETINGGIAN

Berdasarkan garis panduan kerusi keselamatan yang dikeluarkan MIROS, kanak-kanak yang memiliki ketinggian kurang 135 cm diwajibkan menggunakan car seat semasa berada di dalam kenderaan dan harus diletakkan di bahagian belakang tempat duduk kereta.

Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk memilih car seat mengikut kesesuaian umur, berat dan ketinggian anak seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).

1. TEMPAT DUDUK KESELAMATAN BAYI

jenis car seat

Kategori umur : 0-18 bulan
Ketinggian : Sesuai bagi bayi dengan ketinggian kurang daripada 83cm
Berat : 9 kg – 13 kg

2. TEMPAT DUDUK KESELAMATAN KANAK-KANAK

Kategori umur : 15 bulan hingga 4 tahun
Ketinggian : Sesuai bagi anak dengan ketinggian 71cm ke atas
Berat : 9 kg – 18 kg

3. BOOSTER DENGAN 5 POIN HARNESS

Kategori umur : 4 tahun hingga 7 tahun
Ketinggian : 100cm dan ke atas
Berat : 15 kg – 25kg

4. TEMPAT DUDUK SOKONGAN (BOOSTER SEAT)

Kategori Umur : 6 tahun ke atas
Ketinggian : Sehingga 135cm
Berat : 25 kg – 36 kg

PASTIKAN IA MEMPUNYAI COP KESELAMATAN YANG DISAHKAN

Selain memilih kerusi keselamatan yang sesuai dengan umur, ketinggian dan berat, pastikan juga ia dilengkapi dengan ciri keselamatan yang disahkan.

Kalau nak tahu, periksa label piawaian dengan kelulusan ECER44/04 atau ECE R129 pada produk tersebut. Terkini, kerusi keselamatan juga akan didatangkan dengan label QR MIROS untuk produk kerusi keselamatan baru di pasaran.

Sumber: MIROS Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×